.......
Mikail pov
Aku termenung mengingatkan apa yang diberitahu oleh abang iparku petang tadi.
~flashback~
"Mika minta maaf atas apa yang terjadi. Tapi memang Mika tak sedar waktu berlaku benda tu abang." Wajah Fattah ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa dia sedang menahan amarahnya.
"Abang serahkan Sara bukan untuk dimainkan perasaan adik abang tu. Tapi abang bagi dekat Mikail sebab abang percaya Mikail boleh bahagiakan Sara. Dan kalau Mikail nak tahu, Sara pernah berhubungan dengan Mikail sejak dari sekolah menengah lagi." Terus aku pandang wajah abang Fattah dengan kerutan di dahi.
"Apa abang cakap ni?" Aku tergamam.
"Ingat tak apa yang Mikail pernah cuba nak buat dekat dia. And ingat tak Mikail pernah jadi teman lelaki dia. Korang putus sebab Mikail ajak dia bertunang tapi dia cakap tak mahu kan? Ingat tak?" Aku menggelengkan wajahku.
Ya Allah! Patutlah aku rasa sesuatu bila pertama kali kahwin dengan Sara. Rupanya dia pernah kenal aku....
"Maafkan Mika, abang. Mika pernah accident. Jadi Mika tak ingat apa yang berlaku antara kami berdua."
"Sebab itu Sara sanggup terima apa yang kakak dia suruh buat supaya kahwin dengan Mikail sebab dia cakap inilah masanya untuk dia tebus balik apa yang dia buat dekat Mikail dulu."
Air mataku bertakung. Ya Allah! Kenapa sekarang baru aku tahu semua ni.
"Kalau nak tahu secara lebih terperinci, you can go through her diary. Semua dia ada tulis dalam tu." Abang Fattah menghulurnya kepadaku lalu bangun pergi dari situ meninggalkan aku yang masih tak mampu berkata apa-apa lagi.
Selakan pertama pada diari milik isteriku, terus membuatkan hati aku tak dapat menahan tangisan. Dia masih menyimpan gambar sekolah aku. Di bawah gambar tersebut terdapat seperti sebuah coretan hati si dia.
- Tengku Mikail Isyraf-
Awak buat hati saya tak keruan setiap kali tengok awak tersenyum. Awak dah rampas hati saya. Semoga perasaan ini berkekalan hingga ke Jannah, sayang.
yang benar,
Maisara Hanim😊
Aku lantas memeluk diarinya erat.
~end of flashback~
"Sayang, jangan tinggalkan abang lagi." bisik hatiku perlahan.
..........
Liyana pov
Aku dibawa pulang ke rumah Malik sementara untuk aku cuba menenangkan diri seketika.
Kenapa aku perlu rasa semua ni? Kenapa aku juga tak ikut apa yang mummy buat tadi? Inilah masa untuk aku kembali ke pangkal jalan.
"Sayang, what are you thinking about? Dari tadi I tengok you senyap je dalam kereta."
Aku memandang ke arah Malik yang sedang membawa cawan berisi air ke arahku. Dia mengambil tempat di hadapanku.
"Malik can I ask you few questions?" Aku melirik ke arah matanya seakan mencari kejujuran dari lelaki itu.
"Apa sayang?" Dia seakan sudah bersedia untuk menjawab soalanku.
"You memang sayangkan I ke?" Dia terus mengangguk tanpa ragu-ragu.
"You memang betul nak kahwin dengan I?" Dia mengeluh.
"Sayang, how many times do I need to tell you. I hanya akan kahwin dengan you sorang je. You yang akan jadi isteri I bukan perempuan lain." Dia menarik tanganku lalu mengusapnya.
Okay, aku cair dengan ayat manisnya itu.
"I nak berubah. I tak nak jadi jahat dah. I rasa malu dengan diri I, Malik. I rasa malu dengan Allah." Aku mula menangis.
"Sayang, kita sama-sama berubah. I nak belajar dengan you semua apa yang patut kita belajar. Kita mulakan hidup baru ye. Lupakan apa yang pernah jadi sebelum ni." Malik memberi lagi semangat kepada aku.
Aku mengangguk. Terima kasih ya Allah kerana menghadirkan orang yang tak pernah berputus asa dengan aku.
........
TBC
#jgn rushing wahai pembaca, next chapter in progress okay👍
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...