.....Malaysia! I'm back....
Betapa seronoknya aku dapat pulang semula ke tanah air selepas 4 tahun melanjutkan pelajaran ke Korea.
Dari jauh kelihatan keluargaku sedang melambaikan tangan ke arahku.
Rindunya ibu dan ayah...!!!
"Ibu !" Pantas aku memeluk tubuhnya dengan erat. Tidak semena mena, air mataku mengalir laju.
"Maisara, ibu sangat rindukan kamu."
"Maisara pun." Makin erat aku memeluknya. Aku meleraikan pelukanku lalu bersalam dengan ayahku.
"Maisara, apa khabar sayang?" Ayah menyentuhku kepalaku dengan lembut.
"Baik ayah. Ayah sihat?" Aku mencium tangan ayah dengan penuh kasih.
Ayah seorang lelaki yang sangat aku sanjungi. Tiada siapa boleh kalahkan ayah.
Ayah mengangguk dengan pertanyaanku.
Bersebelahan ayah, kelihatan kakakku iaitu Mira Filzah sedang tersengih ke arahku.
"Hai kakak !" Aku menumbuk perutnya.
"Adik sakitlah!" Aku tersengih seperti kerang busuk. Beginilah kami berdua. Tak sah kalau tak bergaduh satu hari.
"Jom balik. Sara teringin nak makan masakan ibu." Aku merengek kecil.
"Baiklah sayang. Balik nanti ibu masak."
......
Aku menghenyakkan punggungku di atas sofa yang sangat empuk bersebelahan dengan kakakku yang sedang asyik membelek smartphonenya.
"Maisara, ibu nak beritahu kamu sesuatu. Tapi jangan terkejut pula.
Tumpuanku terganggu dek pernyataan ibu sebentar tadi.
"Cakaplah ibu."
"Minggu depan, hari Sabtu kakak kamu nak kahwin."
Terbeliak terus mataku. Kakak aku di sebelah sudah meleret senyumannya.
"Apa? Biar betul. Dengan siapa ibu?" Aku terus menggoncang tubuh kakakku sekuat mungkin.
"Kejap akak tunjuk gambar dia."
Aku menunggu dengan penuh debaran. Entah kenapa tiba tiba hatiku berasa lain macam.
"Ni dia."
Lantas aku membeleknya. Terasa luluh jantungku apabila melihat gambar lelaki tersebut.
Kenapa mesti dia?
Dia ialah lelaki yang pernah cuba untuk meragut mahkotaku.
"Siapa nama dia kak? " Aku memandang kakakku dengan jantung yang sudah berdetak laju.
"Tengku Mikail Isyraf." Ya! Betul telahannya. Itulah lelaki yang cuba untuk merosakkan masa hadapannya.
......
"Kamu ada call Mira tak hari ni?" Datin Rosmizah memandang anak terunanya yang satu itu.
Inilah satu satunya hasil cinta antara suaminya dan dia. Betapa sayangnya dia terhadap Mikail, anak lelakinya yang sangat kacak ini.
"Tadi petang Mikail dah cuba call dia tapi tak jawab. Mungkin dia sibuk dengan adik dia kot."
"Mira ada adik?" Mikail mengangguk dengan soalan mamanya.
"Hurmm, adik dia study dekat Korea. Baru balik ke sini."
"Mesti cantik macam kakak dia."
"Tapi tak boleh lawan kecantikan Mira lagi mama." Datin Rosmizah tersenyum kecil.
Sah sah anak dia memang sedang angaukan si Mira sekarang ni.
.....
Sejak gambar Mikail yang ditunjukkan tadi, buatkan dia berasa tak tentu arah.
Macam mana dia boleh muncul semula? Macam mana dengan kakak aku nanti kalau dia tahu perkara yang sebenarnya.
~flashback~
"Hai sayang. Balik seorang diri je ke?" Aku menepis tangan Mikail yang sedang memegang bahuku.
"Jangan sesekali sentuh aku boleh tak!" Aku menempelaknya.
"Oh! Main kasar nampaknya." Alangkah terkejutnya apabila dia mencengkam pergelangan tanganku lalu menarikku ke dalam sebuah banglo lama yang terletak bersebelahan dengan sekolah.
"Apa kau nak buat ni?" Aku harap sangat ada orang yang akan lalu and tangkap dia.
Dia menghempaskan tubuhku ke atas sebuah katil yang lama. Bagaikan aku faham apa yang hendak dilakukannya, aku terus meronta sekuat hati walaupun dia sudah menindih aku.
"Hari ni kau akan kehilangan sesuatu yang sangat bernilai dalam hidup kau dan tak mungkin dapat dikembalikan semula." Dia mengucup pipiku sekilas.
Terus air mataku mengalir laju. Tidak! Aku takkan sesekali menyerahkan tubuhku kepada lelaki ini.
"Tolong lepaskan saya....!" Aku merintih apabila dia cuba untuk mengoyak bajuku.
Dengan pertolongan Illahi, belum sempat dia ingin mengucup bibirku, aku terus menendang kelemahannya. Lalu dia jatuh terjelepok di atas lantai sambil meraung kesakitan. Aku mengambil kesempatan untuk melarikan diri ke tempat lain.
~end of flashback~
Rasa trauma masih lagi tersemat kukuh dalam jiwaku.
Sedang melayani perasaan, terdengar seperti seseorang memulas tombol pintu bilikku. Terjengul kepala kakakku di sebalik pintu.
Pantas aku mengesat air mataku yang bertakung di tubir mata.
"Adik tak tidur lagi?" Kakakku duduk di sebelahku.
Aku menggelengkan kepala dengan lemahnya.
"Kenapa kakak lihat sejak adik tengok gambar future husband akak tu, adik macam kegelisahan? Ada sesuatu yang adik sembunyikan ke?"
Dadaku berdegup laju. Macam mana kalau kakak aku dapat tahu perkara sebenarnya? Aku tak nak jadi peruntuh hubungan kakak aku sendiri.
Biarlah aku seorang saja yang tahu, bisik kecil hatiku.
"Tak da apa pun kak. Tinggi juga taste akak kan? Cari lelaki yang hensem."
Kakakku sudah tersipu malu.
"Akak kenal pun sebab akak kerja satu tempat dengan dia."
"Erk.....dia kerja apa kak?" Tiba tiba terlintas soalan sebegitu di fikiranku.
"CEO syarikat bapa dia. Dia ambil alih sekarang ni."
Bukan calang calang orang juga lelaki ni kan, bisik hatiku.
"Huargh!" Aku menguap.
"Adik dah mengantuk ke?"
"Hurmm...." Terus kepalaku terlentok di atas riba kakakku.
To be continued
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...