......"Jane, when do you come back?" Mark terus merangkul bahu adiknya tanpa menghiraukan aku yang sedang memandangnya tidak berkelip.
"Who is she? Oppa?" Aku lihat Jane menarik tubuh Mark mendekatiku. Aku hanya mendiamkan diriku sahaja.
"Oh I forgot about her! This is my friend. Her name is Mira!" Mark mendekatiku lalu tanpa disangka dia merangkul pinggangku ketat. Aku terkejut. Begitu juga dengan reaksi Jane yang sudah berubah.
Jane datang kepada kami dan menarik tangan Mark yang sedang memeluk pinggangku.
"Oppa! You can't do that! She's muslim. Its wrong!" Jane mencubit tangan abangnya.
Mark mengaduh sakit. Aku menghela nafas lega. Bagus juga adik Mark ni.
"By the way, I am Jane. I am her sister." Huluran tangan Jane aku sambut dengan baik. Dia tersenyum memandangku.
"We can be friends, I think!" Keningnya dijongketkan. Baru aku perasan, Jane ada iras muka seperti abangnya juga. Mukanya pun putih kemerahan. Mereka ini kacukan orang putih barangkali.
Aku mengangguk. Dia terus menarik aku masuk semula ke dalam rumah meninggalkan Mark yang masi melihat aku sambil menjongketkan bahunya.
Aku gelak dalam hati.
.......
Aku keluar dari bilik air setelah selesai membersihkan diri. Rambutku yang basah aku lapkan dengan tuala supaya kering. Tubuhku pula hanya dibaluti dengan bathrobe sahaja.
Tanpa menghiraukan Mikail yang sedang memandang televisyen, aku berjalan menuju ke meja solek untuk mengambil losyen bagi disapu ke tubuh supaya kulit tidak kelihatan begitu kering.
"Aduh! Macam mana nak sapu? Dia ada kat dalam bilik?" Desis hatiku bertalu.
Tatkala itu, aku terasa seperti losyen di tanganku diambil oleh seseorang. Aku memalingkan wajahku. Kelihatan Mikail sedang tersenyum memandangku sejurus menarik tanganku ke arah katil.
Aku termangu sendirian.
"Biar abang yang buatkan." Aku duduk di atas katil membelakanginya manakala dia pula duduk rapat di belakangku.
Terasa suatu perasaan yang aneh apabila tangan Mikail mula mengurut lembut bahuku dengan lapisan losyen yang dipicit ke atas tapak tangannya.
Aku berdesir perlahan.
Mikail meneruskan lagi sapuannya sehinggalah tangannya berhenti betul betul di atas dadaku. Aku menelan air liur. Mikail turut memandangku.
"Sara......" Aku memegang tangan Mikail lantas meletakkannya di pinggangku. Mikail tergamam.
Aku tak tahu kenapa dengan aku tapi aku rasa naluri aku menginginkan sesuatu.
Aku memusingkan tubuhku menghadapnya lalu aku melingkari pinggangnya menggunakan pahaku.
Tubuh kami berdua sangat rapat sehingga masing masing boleh mendengar deruan nafas yang laju dan kian memuncak.Aku pantas memeluk tubuhnya erat membuatkan dia kaku. Dia masih tidak membalas pelukanku.
"Abang....." Aku berbisik di telinganya dengan suara yang meleret. Seketika itu, aku dapat merasa bulu romaku seakan meremang.
Dia cuba menolak tubuhku tapi aku ketatkan juga pelukanku dengan rangkulan di lehernya.
Aku tak tahu tapi aku berani buat. Aku mula mengucup telinganya lembut. Dia berdesir perlahan. Tatkala ciumanku mula menjalar ke lehernya, dia terus menolak tubuhku sedikit kasar.
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...