BAB 4

18.3K 443 2
                                    


.....

"Datin saya minta maaf. Saya tak tahu nak cakap apa. Saya tak minta pun benda macam ni nak berlaku."

"Nak buat macam mana Zalina. Semua ni takdir Tuhan. Kita tak boleh menidakkan."

Masing masing mendiamkan diri. Aku pula dari tadi kegelisahan semacam. Entah kenapa permintaan kakak aku untuk kahwin dengan Mikail sangatlah berat.

"Sara, makcik nak tanya Mira ada cakap apa apa tak sebelum dia pergi?"

Waktu itu, abang aku turun dari tangga. Aku duduk di atas sofa bersebelahan ibuku sambil memeluk pinggangnya.

"Sara tak tahu nak cakap macam mana makcik."

Serius aku rasa bersalah. Pandang muka Mikail waktu tu memang macam orang hilang bini.

"Mira ada cakap yang dia suruh Sara kahwin dengan Mikail."

Aku terkejut tatkala Mikail menumbuk meja yang ada di depannya.

"What! No, Mikail takkan kahwin dengan perempuan ni mama."

Aku hanya menundukkan kepalaku sahaja tatkala Mikail sudah merenungku tajam bagaikan ingin menerkam mangsa.

"Mika, kalau yang ni yang terbaik untuk Mika, mama sanggup kahwinkan dengan Sara."

"Tapi makcik, Sara tak bersedia lagi nak jadi seorang isteri."

"Ha! Mama dengar tu? Dia pun tak bersedia nak kahwin. Don't push me to marry with her. I don't love her mom."

Entah kenapa hatiku bagai dihiris pisau belati.

"Mika, makcik harap kamu faham. Ni satu satunya permintaan Mira. Makcik tak dapat halang." Ibu sudah mengalirkan air matanya.

Mikail bangun dari duduknya sambil bercekak pinggang.

"Makcik, izinkan saya meminjan anak makcik sebentar."

"Baiklah Mika." Ibu memandang aku dengan penuh harapan.

.....

"Mesti sebab kau kan Mira tinggalkan aku, ha!" Aku tergamam tatkala dia menengkingku sebegitu.

"Bukan salah saya. Kakak yang tinggalkan secara tiba tiba tanpa pengetahuan kami semua."

"Aah! Aku tak kisah. Sekarang ni aku tak nak kahwin dengan kau sebab aku langsung tak cintakan kau."

Aku memalingkan wajahku ke belakang sebab aku tak sanggup tengok wajahnya yang penuh kebencian.

"Saya tak kisah kalau awak bencikan saya Mikail. Tapi tolonglah tunaikan permintaan kakak saya tu."

Aku dapat mendengar yang dia sedang mengeluh. Maafkan adik kak.

"Fine! Aku akan kahwin dengan kau. But, just remember that I will make you suffer more than everything okay." Dia terus beredar masuk ke dalam rumah.

Tubuh aku tak kuat. Bagaimana aku ingin meneruskan kehidupan aku sebagai isteri kalau sekelumit perasaan sayang langsung tiada dalam jiwa dia?

Kakak kenapa buat adik macam ni. Sampai hati akak, rintihku sambil mengesat air mataku yang mengalir laju tanpa henti.

.....

Aku merenung diriku yang sudah siap dipakaikan baju pengantin di cermin.

Selalunya orang nak kahwin mesti seronok kan tapi aku tak sebab aku tahu dah apa yang akan terjadi dekat aku bila dah kahwin.

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now