.......
Aku asyik tersenyum dari tadi sehinggakan aku tidak sedar bahawa Hafzan sudah berada di hadapan wajahku.
"Hoi! " Lamunanku mati apabila Hafzan menghentak meja pejabatku.
"Eh Haf!" Aku cepat cepat membetulkan dudukku seketika. Dia tersengih melihatku.
"Mika, Mika.... Tak sangka Sara dah buat kau jauh dari dunia nyata ye? " Dia memerliku.
Aku hanya tersenyum saja. Benar! Sara dah buat aku hanya sayang dekat dia ja...
"Berjaya ke idea aku tu? " Dia bertanya.
Tanpa menunggu lagi, aku bangun lalu menarik tangannya untuk keluar.
"Eh kau nak bawa aku pergi mana? " Dia menahan.
"Sebab kau dah berjaya buat Sara tunduk dekat aku! " Aku menjongketkan kening. Dia gelak besar.
Kami berdua keluar dari bilik untuk pergi menjamu selera dengan wajah yang bahagia.
.......
Sara pov
Aku memarkirkan keretaku di hadapan sebuah gerai kegemaranku. Sudah lama aku tidak makan di sini sejak aku hilang ingatan waktu dulu.
Tatkala aku ingin melangkah masuk ke dalam gerai, sepasang tangan menarik lenganku. Aku terkejut lalu memalingkan wajahku untuk melihat siapa dan ternyata orang tersebut lagi mengejutkan aku kerana dia ialah Umi.
"Sara! "Tubuhku terus dipeluk olehnya erat. Aku terpana.
"Umi! "Aku memegang tubuhnya. Dia teresak esak memeluk tubuhku. Dia tidak hiraukan pandangan orang sekeliling yang sedang melihat adegan kami berdua.
Dia mendongakkan wajahnya.
"Maafkan aku Sara. Aku dah banyak lukakan hati kau. Aku kawan yang tak guna. Sanggup menghancurkan perasaam kau semata mata kepentingan aku sendiri. " Dia menangis lagi.
Aku menggelengkan kepalaku. Sekeras keras hati aku, aku masih lagi mampu memaafkannya kerana aku juga tidak sempurna.
"Sudahlah Umi. Aku dah maafkan. Kau tak perlu cakap macam tu. Kau still kawan aku. "Aku menariknya masuk ke dalam gerai tersebut.
"Aku belanja kau makan ye! " Dia tersenyum.
Ya Allah terima kasih kerana kau telah membuka kebenaran yang terjadi.
.....
Aku berjalan di sekitar Jeju Island. Hari ini ialah hari terakhirku untuk berada di Korea. Pelbagai kenangan aku bersama Hyuri dan Mark terlayar di ingatanku.
Mark, lelaki yang berjaya mengubah hati aku. Lelaki yang banyak melenyapkan rasa sayang aku terhadap Mikail. Adakah dia jodoh aku yang sebenarnya walaupun berbeza agama? Aku keliru. Tapi aku sedar setiap kali dia memandangku, akan aku rasa sesuatu yang aneh mengalir dalam jiwa aku.
Mark, maafkan Mira!
Tanpa sedar air mata mengalir perlahan dari tubir mataku.
Ya, aku sudah mula sayangkannya.....
.....
Filem yang bermain di kaca televisyen tidak menarik perhatianku malah wajah Umi yang menangis siang tadi masih terlayar di ingatanku.
Tiba tiba pipiku dikucup dari tepi. Aku tergamam. Mikail sedang memandangku sambil tersengih.
"Abang ni kenapa? " Aku mengoyoh pipiku sambil mencebik.
"Sayanglah tak dengar! Abang panggil berkali kali dari dapur. Tapi sayang buat tak endah je! " Dia mencebikkan bibirnya.
Aku tersenyum. Alahai merajuk ke laki kita ni...
Aku mendekatkan tubuhku ke arahnya lalu membenamkan kepalaku di dadanya sambil tanganku melingkari pinggangnya.
"Buruklah abang merajuk. Tak handsome dah! " Aku menyakat.
"Sayang termenungkan apa ha? " Dia bermain rambutku pula.
Aku mendongakkan wajahku namun tanganku masih di pinggangnya. Mikail wangi sangat malam ni.
"Daklah abang. Cuma tadi waktu Sara nak pergi makan lunch, tiba-tiba ada orang tarik tangan Sara. Sara terkejut dan Sara kalihlah belakang and what did u expected? Umi yang tarik tangan Sara. " Sakan aku bercerita kepadanya walhal dalam hatinya sudah memikirkan yang bukan bukan.
"Hazim ada sekali ke? " Suaranya sudah berubah mendatar walaupun tangannya masih bermain rambutku.
Aku tersenyum. Alahai merajuk ke cik abang oi!!!
"Mana ada abang! Hazim takde pun tadi. Umi datang sorang je. " Aku mengusap dadanya lembut.
Dia tersengih.
"Bukanlah abang tak suka kalau sayang rapat rapat dengan Hazim tu. Abang jealouslah! " Dia mencuit hidungku.
Aku tersenyum. Sayang benar Mikail dekat aku ye...
"Iyolah Sara tahu." Aku bangun dari dudukku kerana ingin ke dapur untuk mengambil air. Tatkala itu pinggangku diraih olehnya kembali.
"Lah Sara nak pergi dapur jap!" Aku merungut.
"Tak boleh sebab....." Tiba tiba tubuhku dicempung olehnya lalu dibawa masuk ke dalam bilik bersama jeritanku yang semakin jauh kedengaran. Haih! Nasiblah badan....
......
Lamunan Kirana mati tatkala jari jemari Helmi mengenggam tangannya.
"Sayang whats wrong?" Helmi mencium rambut Kirana dengan lembut.
Kirana memandang wajah suaminya itu dengan penuh kasih sayang. Sudah 2 minggu mereka berkahwin dan ternyata dia berasa sangat bahagia apabila berada di samping Helmi.
"Baby, I rasa I tak layak jadi isteri you sebab I dah kotor." Terhinjut hinjut dia menahan tangisan di dada suaminya.
Helmi merangkul tubuh Kirana dengan erat.
"Hey sweety! Don't talk such that nonsense thing. I hate it! Abang yang buat diri sayang jadi begini. Abang yang patut tanggung semua ni. Abang rasa bersalah dengan apa yang abang dah buat dengan Kirana. Abang dah ragut maruah sayang sesuka hati abang. Tapi abang buat semua tu sebab abang cintakan sayang. I can't live without you!" Helmi mengenggam jemari Kirana sambil tidak lepas mengucupnya dengan deraian air mata yang kian lebat.
Kirana tidak dapat mengungkapkan kesedihannya. Ternyata dia rasa bersyukur kerana dengan cara ini dia dapat ketahui dan merasai kasih sayang sebenar dari seorang lelaki walaupun Mikail hanya tinggal sebagai kenangan.
Semoga kau bahagia Mikail...!!!
.....
TBC
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...