......
Liyana pov
Runsing kepala aku dengan masalah yang tak habis-habis menimpa aku ni.
Masih jelas lagi di ingatannya tadi tentang pergaduhan yang berlaku antara aku dan ibu aku.
Aku tak mahu buat dah. Jelas-jelas yang Mikail tu memang tak mahu aku. Kenapa aku kena terhegeh-hegeh macam perempuan tak bermaruah?
"Alone, honey?" Suara itu.
Aku terus pusing ke sisi. Kelihatan Malik berdiri di sebelah ku sambil tersenyum menyerlahkan sebaris giginya.
"Erk....Malik. Apa you buat dekat sini?" Dia menghenyakkan punggungnya di sebelah aku, di atas kerusi yang tidak berpenghuni itu. Aku gugup.
"Saja datang release tension. Somehow, I never thought you are here too." Suaranya sedikit gembira.
Aku sengih.
"I ada problem sikit. That's why I come here." Suaraku mula perlahan. Takkan aku nak share masalah dengan dia.
Dia bukan siapa-siapa dengan aku lagi. Aku hanya bekas dia sahaja.
"Babe, you can share with me? You tahu kan I masih sayangkan you, Liyana." Aku tergamam mendengar luahannya. Terasa rambut ku diselit ditepi telinga oleh tangannya sendiri.
"Malik, I'm so sorry. But how about your fiance, Anisa. I takut dia salah anggap tentang kita." Aku masih lagi berdalih.
Namun lain yang jadi bila dia gelak pula. Dia ingat aku buat kelakar ke.
"No worries because I dengan dia tak jadi. Dia curang dengan I. I'm glad that happened because I boleh cari you semula." Dia meneguk sedikit gelas yang berisi air di hadapannya sebelum meletakkannya kembali.
"You know what, I tak pernah sukakan dia sebab dia tu pilihan my mom. I rasa sakit hati bila my mom tuduh you macam-macam. Dia buat macam tu sebab nak pisahkan kita berdua." Pandangannya beralih ke arahku.
"Sebab itu you jauh dari I, Malik?" Aku dah tahu perkara sebenar. Rupanya sebab ini, Malik jauhkan diri dia daripada aku.
"Tapi I tak boleh sayang. Sebab you cinta pertama I. Mana boleh seseorang tu lupakan cinta pertama dia macam tu je."
Aku tersenyum.
"You tahu kan apa jadi dekat I after you tinggalkan I macam tu saja." Mataku bergenang.
Wajahnya kelihatan bersalah. Dia seperti ingin memeluk aku. Tapi aku tahan lengannya.
Aku pejam mata bagi menghilangkan rasa sebak yang mula mencengkam jiwa aku. Tolonglah jangan nangis....
"I'm so sorry. I janji I akan bahagiakan you semula sayang. Tolong jangan tinggalkan I lagi. I janji akan kahwini you. That's what we want right?" Dia mengusap bahuku.
Aku mengangguk. Dah tiba masanya aku berubah. Sampai bila aku nak jadi jahat.
Yang penting aku kena jumpa Sara untuk terangkan hal yang sebenar.
......
Sara pov
Sejak berlakunya panggilan tak diduga daripada Mikail, aku jadi tak senang duduk.
Aku rasa bersalah dengan apa yang aku cakap dekat dia? Aku boleh dengar dia macam dah berubah tapi....
Hati aku masih ragu dengan keikhlasan dia sebenarnya.
Aku pandang Ain yang sudah dibuai mimpi di sebelah. Aku usap rambutnya yang sudah mula panjang. Tunggu nanti aku nak cukur.
"Maafkan mama sayang. Mama janji nanti mama akan bawa sayang jumpa dengan papa. Mama rasa bersalah sebab pisahkan Ain daripada papa. You deserve to know your father." Aku tunduk dan cium pipinya sekilas.
Badannya seakan bergerak mungkin sedar dengan apa yang aku buat dekat dia.
Lepastu dia tidur balik.
Hmm! Bertuah punya anak....
.......
Mikail pov
Seperti biasa aku pergi ke pejabat setalh seminggu aku meninggalkan semua kepada PA aku untuk uruskan syarikat.
"Selamat pagi bos!" Zahirah menundukkan badannya sedikit tanda menghormati aku.
Aku tersenyum.
"Selamat pagi. Zahirah nanti bawa masuk dokumen syarikat Bumi Sejahtera tu. Saya tak belek habis lagi."
"Baik bos."
Aku membawa diri aku masuk ke dalam bilik.
Nampak dari jauh kerusi aku yang seperti sedang memanggil-manggil aku sahaja. Sabar ye.
"Ahh! Sedapnya duduk atas kerusi ni." Aku menggeliatkan tanganku sedepa.
Sambil melihat sekeliling, mataku terpandang sebuah gambar Sara yang aku letakkan sebagai perhiasan di meja ofisku. Aku mencapai gambar tersebut lalu mengusapnya lembut. Dah angau ni...!!
"I promise I will come to you, sayang." Sara memang cantik. Dia pandai jaga aku. Aku bertuah memilikinya sebagai isteri aku.
"Ehem!" Deheman seseorang mematikan lamunan ku. Kelihatan Zahirah sedang tersengih memandang aku.
"Eh! Bila awak masuk?"
"Dah lama dah bos. Cukup lama untuk terpanggil sekali tengok apa yang bos sedang buatkan tu." Pipi aku merah.
Malulah kantoi dengan pekerja sendiri sebab dok usha bini.
"Ermmm...mana fail yang saya minta tu?" Aku tukar topik. Bukan aku tak kenal Zahirah ni. Suka sangat sakat aku especially bila ada Sara dulu. Haih!
"Nah! Bos. Nanti dah habis belek. Bos bagi dekat saya ye." Aku angguk.
Lama menyepi antara aku dengan Zahira sebelum dia menegurku kembali.
"Bos dah tahu Sara dekat mana ke?" Aku dongak memandangnya.
"Dia tinggal di Melbourne. Datin cakap dia dapat offer kerja dekat sana." Aku menutup sekejap fail yang dibelek tadi.
Zahirah menghenyakkan punggungnya di atas kerusi berhadapan aku.
"Jauhnya dia pergi. Bos tak nak pergi sana ke?" Makin rancak pulak si minah ni berbual dengan aku.
"Saya memang nak pergi. Tapi hanya awak seorang yang tahu. Saya nak buat surprise dekat dia." Aku dah terbayang wajah Sara bila nampak aku depan mata dia.
"Bos, saya harap bos jaga Sara baik-baik. Dia tu kental. Dah banyak kali dikecewakan oleh lelaki. Saya yang kawan dia pun tak sanggup tengok dia macam tu. Dia tu terlalu sayangkan bos. Dia selalu cerita dekat saya." Aku senyap.
Ya! Memang itu aku harapkan sebenarnya. Aku inginkan hubungan yang mesra kembali antara aku dengan dia.
"InsyaAllah. Doakan saya ye."
"Baik bos!"
.........
TBC
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...