.........
Sara pov
Fikiranku masih terlayang mengingatkan perbualan aku dengan si dia kelmarin. Kenapalah susah sangat dia nak buang wajah suaminya itu dari fikirannya?
Hati: Sebab kau masih sayangkan dia Sara....
"Oi mengelamun lagi. Dari kelmarin asyik mengelamun ja kerja kau kan." Heliza menepuk bahuku kuat menyedarkan aku dari lamunan.
"Kau ni terkejut aku. Aku ingat siapa tadi." Aku membetulkan rambutku yang berjuntaian ke belakang telinga.
"Kenapa? Kau ingat Ain ke?" Dia mula gelak terbahak-bahak. Aku terus memasamkan wajah.
"Ada pula Ain yang nak pegang aku. Dia berjalan pun tak boleh. Haih kau ni!" Aku mencebik.
"Dah-dahlah tu merajuk. Dah jadi mak orang ni tak boleh duk cebik je. Buruk." Dia gelak lagi.
"Suka hati kau lah Iza."
Lama menyepi sebelum Heliza kembali berbicara.
"Apa keputusan kau Sara? Kau masih tak nak bagi dia peluang?" Aku terus memandang wajah Heliza dengan seribu satu pertanyaan di wajahku. Aku buntu.
"Entahlah Iza. Hati aku tak boleh berbohong yang aku ni dah tak sayangkan dia. Tapi hati aku masih sakit Iza." Air mata mula bertakung di tubir mataku.
"Berapa lama? Dah sebulan kau dekat sini dan nak masuk dua bulan dah. Dan kau masih ragu-ragu dengan keputusan kau!" Heliza seakan memarahi aku kembali.
Dia yang mungkin perasan dengan riak wajahku terus mengeluh perlahan.
"Aku tak marah kau Sara. Malah aku sayangkan kau sangat-sangat. Kau sahabat aku. Aku tak suka tengok kau dengan Mikail macam ni. Ain pun berhak dapat kasih sayang ayah dia kan?" Aku mengangguk perlahan.
"Takpelah Sara. Aku doakan semoga korang berbaik kembali. Biasalah kalau sesebuah rumah tangga tu ada dugaan." Dia menepuk bahuku lantas berlalu masuk ke dalam meninggalkan aku yang masih buntu.
Ya Allah! Tolonglah hambaMu ini.....
........
Mikail pov
"Mikail nak makan apa-apa ke? Ibu boleh masakkan." Puan Zalina menghampiri aku yang sedang menonton televisyen. Mira dan Mark pula dah keluar pergi mana pun tak tahu.
"Takpe ibu. Mika tak nak susahkan ibu. Lagipun Mika datang ni sebab nak tengok ibu." Aku berseloroh. Ibu tergelak kecil.
"Ada-ada jelah kamu ni Mika. Takpe ibu masak. Nanti Mira balik dengan suami dia bolehlah makan." Ibu pun berlalu pergi ke dapur meninggalkan aku kembali bersendirian di dapur.
Aku bangun sambil berjalan menikmati keadaan rumah tersebut. Lama dah aku tak datang sejak aku bergaduh besar dengan Sara. Haih....sayang! Abang rindu sangatlah Sara..
Aku membelek setiap gambar yang berada di dalam cermin kaca tersebut. Mataku menjamah setiap wajah Sara dari kecil hingga ke besar. Wajahnya memang cantik. Kerana wajahnya banyak mirip arwah ayah mertuaku.
Tatkala mengingatkan kejadian lampau yang terjadi di hadapanku, aku berasa sebak. Sara menjadi anak yatim buat pertama kalinya selepas dia berkahwin dengan aku. Di awal usia, dia sudah kehilangan bapa yang sangat dia sayangi dan sanjungi itu.
"Lama dah kau sampai?" Satu suara yang sangat ku kenali menegurku dari belakang. Aku memalingkan wajah. Kelihatan abang Fattah sedang memandangku. Dari luar pula kelihatan kakak iparku masuk lalu memberikan senyuman kepadaku.
"Lama dah Mika sampai. Abang sihat?" Aku menyalam tangannya.
"Alhamdulillah sihat. Mari duduk. Abang ada benda sikit nak bincang dengan kau." Dia mengajak aku kembali duduk di ruang tamu.
.......
Hazim pov
Menitis air mataku melihat mummy yang masih tergagap-gagap menyebut ayat-ayat suci Al Quran. Ya Allah, kami ini hambaMu yang sangat jahil tentang agama. Ampunkan kami.
"Hazim, mummy rasa hina sangat diri ni sebab tak mampu jadi ibu yang baik buat anak-anak mummy." Air mata tuanya menitis perlahan tatkala dia habis mengucapkan ayat tersebut.
"Mummy, please don't be sad like this. Manusia tak pernah lari dari buat kesilapan. Allah itu Maha Mengampun." Aku menarik tubuh mummy menghampiriku lalu memeluknya erat agar dapat mengalirkan rasa semangat kembali dalam dirinya.
Dari jauh, kelihatan Liyana sedang menyaksikan adegan tersebut. Tercuit hatinya melihat perubahan yang sedang berlaku pada ibunya itu. Dia yang baru keluar dari kereta milik Malik terus mengorak langkah kembali untuk masuk ke dalam kereta milik teman lelakinya itu.
"Why sayang?" Malik memandangnya dengan wajah yang berkerut.
"Please bring me somewhere else. I nak tenangkan diri." Liyana cuba menahan sebak yang bertandang tiba-tiba di hatinya itu.
"Sure sayang." Malik memulakan kembali perjalanannya itu. Namun di hatinya masih memikirkan kenapa Liyana tiba-tiba menjadi seperti itu. Ada apa-apa yang menganggu pemikiran gadis miliknya itukah?
.......
Sara pov
Aku memandang telefonku berkali-kali. Kenapa aku seakan menunggu panggilan darinya? Adakah hati aku sudah boleh menerima kembali dirinya? Ya Allah, aku buntu.
Aku memejam mata sekejap bagi menghilangkan rasa beban yang tak tertanggung dalam hati aku ni.
Tatkala itu, terus telefonku berbunyi. Aku pantas menjawab tanpa melihat si pemanggil terlebih dahulu.
"Hello!"
"Amboi cepatnya kau jawab panggilan dik." Terus mati keterujaanku. Aku sangkakan si dia. Haih..
"Eh akak. Ingatkan siapa tadi." Suaraku mula berubah rentak.
"Eh! Tak happy ke akak call. Ke kau tunggu laki kau call ha?" Dia gelak pula.
Aku pula yang malu dengan kenyataan kakak aku tu sebab memang betul pun. Haih lagi.......
"Sara baliklah sini. Mikail pun dah berubah sangat tu kak tengok. Dia asyik datang sini masuk bilik adik tau. Tak tahulah apa dia buat dalam tu. Tapi bila tanya, dia cakap nak lepask rindu."
Aku terpaku. Sampai macam tu sekali ke????
"Erk akak. Tapi bukankah dia benci adik. Adik ni tunggu masa je nak dapat surat cerai daripada dia." Terdengar kakak aku mengeluh dari arah sana.
"Sayang oi. Surat cerai tu Mikail dah koyak dah. Dia akan jadi suami adik sampai bila-bila ye. No excuse. Dia kata kalau Sara tak nak balik sini. Dia akan pergi sana culik Sara. Macam tu lagi ke adik tak nak bagi peluang dekat dia?" Aku diam.
"Takpelah kak. Nanti adik fikirkan. Ibu sihat?"
"Jangan nak ubah topik ye. Ibu sihat je kat sini. Adik je yang tak sihat."
Aku mengeluh lagi.
"Sara, jangan lepaskan barang bernilai depan mata kita. Nanti silap haribulan, kita yang merana. Dan tentang Ain, akak nak Sara berterus terang dengan dia sebab dia berhak tahu. Tak baik kita tipu dia cakap yang Ain dah meninggal dunia." Aku tergamam.
"Yelah kak. Ni Sara ada kerja nak buat. Nanti Sara call balik ye. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." Aku mematikan panggilan.
Mungkin ini saja peluang yang aku harus guna untuk berbaik dengan dia kembali. Aku tak boleh tipu perasaan aku. Aku masih mencintai suami aku, Tengku Mikail Isyraf.
.........
TBC
#Don't worry saya akan continue lagi....
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomansaMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...