......"Mika tak tidur lagi ke?" Sapaan mama menyebabkan aku tersedar daripada lamunanku yang semakin jauh terbang.
"Belum lagi. Tak mengantuk!" Aku menceriakan suara.
"Sara mana?" Mama duduk di sebelahku.
"Dah tidur. Katanya penat. Malas Mika nak ganggu!" Aku membalas.
Lama sikit kami berdua mendiamkan diri, akhirnya mama memecahkan keheningan.
"Mika can I ask you something?"
"Tanyalah mama selagi Mika boleh jawab." Aku tersenyum.
......
Kelihatan ramai anak muda yang menghabiskan masa di kelab malam itu. Ada yang menari bagaikan orang gila dan ada juga yang melakukan maksiat di luar jangkaan.
"Kirana aku nak pergi jumpa boyfriend aku sekejap. Nanti aku datang balik!" Samar samar aku mendengar suara Fetty yang semakin menjauh daripada pendengaranku.
"Ye ye!" Aku menyambung semula minumku sehinggalah....
"Hi pretty! Are you alone here?" Seorang lelaki yang tampan menegurku.
Aku memandangnya tanpa berkelip. Sesungguhnya aku sangat terkejut.
Helmi????
"Apa kau buat dekat sini?" Aku cuba untuk menjauhkan diri.
Aku takut jika kisah lampau aku menghantui aku semula.
"Sepatutnya I yang tanya you. Where are your hubby tu? Bukan you cinta mati dengan dia ke?" Pedih menusuk hatiku.
Buat seketika aku mengalirkan air mata. Aku rasa terhina diri aku ini!!!
"Kirana why are you crying?" Tanpa disedari dia datang memeluk tubuhku erat.
Tetapi aku tidak menolaknya malah aku mengetatkan lagi pelukannya itu. Entah kenapa aku rasa ingin disayangi seketika.
"Helmi, I rasa kecewa dengan dia. Dia permainkan hati I. Dulu dia akan kahwin dengan Mira and right now dia kahwin dengan adik Mira tu. I rasa tertipu." Aku menangis teresak esak.
"Wait! Dia tak jadi kahwin dengan Mira sebab apa?"
"Because dia lari waktu perkahwinan mereka." Tiba tiba dia gelak. Aku seram.
"I dah agak dah. Its okay! Sekarang ni you ada I. Okay kita pergi luangkan masa berdua. You can share with me anything that you want, Kirana." Aku terpegun apabila dia mengelap air mataku lalu mencium ubun ubunku.
Aku terasa sesuatu.
......
Badanku terasa berat apabila ada seperti sesuatu menindihku.
Aku membuka mata. Kelihatan jam di dinding tepat menunjukkan pukul 3 pagi.
Aku toleh ke belakang dan terkejut untuk melihat wajah Mikail yang hanya seinci dariku.
Tanpa menunggu lagi, aku terus menampar lengannya.
"Bangunlah!" Aku menjerkah.
Dia pun bangun sambil mengoyoh matanya itu.
"Ada apa ni sayang? Awal lagi ni!" Dia memandangku.
Wajahku sudah menyinga.
"Oh awak tanya saya? Apa awak buat atas katil ni?" Aku bercekak pinggang.
"Abang tidurlah. Kenapa?"
"Awak dah langgar peraturan kita. Awak dah janji nak tidur atas sofa tu kan. Kenapa awak gatal nak tidur sini jugak?" Aku memarahinya lagi.
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...