........
Masuk ni dah 2 minggu aku berada di Melbourne. Banyak juga yang aku tahu tentang negara ni daripada Heliza. Dialah yang selalu bawa aku berjalan bila aku cuti.
Ain pula aku hantar di tempat mengasuh. Memandangkan aku dah bekerja so tak sempat nak jaga Ain waktu tengahari.
"Iza, kau ni bila nak kahwin? Takkan nak membujang hingga ke tua." Aku memandangnya yang sedang enak menikmati keropok sambil mata tak lepas menonton televisyen.
Ain pula sedang berada di atas pangkuanku. Sejak beberapa hari ni dia asyik merengek tak tentu pasal. Nak kata demam tak pun. Tapi asyik menangis setiap malam. Haih! Susah juga jadi ibu sebenarnya.
"Aku malaslah fikir. Aku nak enjoy dulu. Lagipun aku balik Malaysia nanti barulah aku cari calon." Dia membuat muka selamba.
"Yelah. Kau tu perempuan. Takkan taknak merasa ada orang sayang kita ke?" Aku membidasnya kembali.
"Aku sebenarnya bukan apa Sara tapi aku serik dengan lelaki lepas aku dapat tahu kau jadi macam ni pun sebab seorang insan yang dipanggil sebagai lelaki. Aku taknak fikir semua ni. Malas!" Terus tersentap jiwaku.
Tatkala itu, aku terus teringatkan Mikail. Dia sihat ke? Mesti dia dah bahagia dengan Liyana?
Iza yang perasan dengan riak wajahku terus bangun dan duduk di sebelahku.
"Sara....aku tak bermaksud nak kecilkan hati kau. Aku harap kau jangan salah faham." Dia mengusap bahuku memberi semangat. Senyuman mula menghiasi bibirku bagi menghilangkan rasa sebak yang bertandang di hati.
"Takpe aku faham. Aku pun tahu kenapa kau taknak kahwin lagi." Aku mengenggam tangannya.
"Don't worry friend. Selagi aku ada sebelah kau, aku janji akan lindungi kau. InsyaAllah!" Aku tersenyum.
Terima kasih Iza.....
........
Mikail pov,
Sudah sebulan Sara menghilangkan diri tanpa khabar. Pergi ke rumah mertua, mereka langsung tak nak bercerita tentang Sara kepada aku. Aku buntu. Mana lagi aku nak cari isteri aku.
"Paksu!!!" Jeritan Aina dari dalam rumah mematikan lamunan aku. Aku menoleh ke belakang.
"Aina..." Terus dipeluknya tubuhku erat tanpa berkata apa-apa.
"Rindu betul dia dekat paksu dia ye." Kak Medina berseloroh. Aku menjeling.
"Mikail pun rindukan dia. Mana abang Khairi?" Mataku melilau sekeliling.
"Dia outstation. Dua minggu di pelantar minyak. Ada hal sikit." Aku mengangguk.
"Kental sungguh jiwa akak sebab terpaksa berjauhan dengan abang." Aku memerlinya.
"Nak buat macam mana? Dah suami kerja macam tu kena acceptlah."
"Ni akak nak jumpa mummy jap. Aina stay with paksu. Don't nakal-nakal!" Aina mengangkat jarinya tanda bersetuju.
"I promise mama." Dia mengeyitkan mata. Kami gelak. Ada-ada jelah budak kecil ni.....
"Paksu...Aina nak tanya sikit boleh?" Dia melentokkan kepalanya di dadaku. Aku tersenyum. Kalaulah anak aku ada lagi....mesti dia akan lakukan benda yang sama....
"Apa sayang?" Aku mengusap wajah kecil itu.
"Mana maksu? Lama Aina tak nampak. Rindu nak main dengan maksu." Aku tergamam.
Soalan cepumas itu membuatkan aku terkelu tak mampu nak jawab. Sayang, where are you?
"Paksu dengar tak!" Dia menggoncang tubuhku. Aku terkejut.
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...