Bab 48

2.9K 94 5
                                    


.......

Mikail pov

Aku turun ke bawah setelah selesai menyiapkan diri untuk ke pejabat.

Mataku menangkap sesusuk tubuh sedang menghidang makanan di atas meja makan. Aku rindukan tubuh itu. Perasaan rasa ingin memeluk saja tapi aku biarkan perasaan itu berlalu pergi kerana ego telah mengatasi segalanya.

Dia menyedari kehadiran aku.
"Abang, mari makan. Sara dah siapkan breakfast." Dia memanggilku. Aku masih membatu.

Tatkala aku terasa briefcaseku ditarik, aku mengenggam kembali dan dia memandangku dengan penuh tanda tanya.

"Aku dah lambat nak pergi kerja. Nanti aku makan dekat sana." Aku tahu dia terluka. Aku tahu dia akan menangis. Tapi ego yang menyebabkan semua ni....

Tanpa menunggu perbicaraannya, aku beredar keluar dari rumah meninggalkan dia yang masih terdiam di situ.
Maafkan aku, Sara!

xxxxxxxxx

Ya, aku terluka. Kenapa dia buat aku macam ni? Langsung tak bagi aku peluang. Besar sangat ke kesalahan yang aku buat?

Aku mengelap air mataku yang menitis.
Aku rasa aku perlu buat sesuatu untuk pulihkan hubungan kami berdua.

.......

"Mark, what are you doing here?" Aku memandangnya berkali-kali. Aku terkejut sebenarnya. Baru tadi aku duk fikir tentang dia.

"Saya dah janji yang saya akan kahwin dengan awak kan?" Dia memandangku kembali dengan wajah sayu. Aku mengeluh.

"Tapi tak terlalu awal ke. Awak masih ada banyak yang perlu dikejar." Aku berdalih.

Dia menggelengkan kepala.

"Hanya awak saja yang saya perlu kejar sekarang ni sebelum jatuh ke tangan orang lain. Saya dah tak sanggup nak berjauhan dari awak." Dia mengaku sambil tersenyum.

Aku suka sebenarnya kerana dia seorang yang mengotakan janjinya.

"Kamu berdua nak kahwin?" Suara ibu mengejutkan perbualan kami berdua.

Aku tergamam. Ibu pandang aku dengan seribu soalan terpapar di wajahnya.

Mark hanya tersengih......

..........

Aku ambil keputusan untuk pergi berjumpa Mikail di pejabat. Mungkin aku perlu selesaikan masalah ni supaya tak berlarutan sampai begini sekali.

Aku naik lif ke tingkat yang menempatkan aras pejabat Mikail. Pekerja-pekerja di situ semua kenal aku sebab aku kan isteri bos mereka. Heheheh!

.......

"Bos nampak tak sihat harini." Liyana menghampiriku. Aku tak larat nak layan minah gedik ni.

"Ye saya sakit kepala sikit. Ada apa-apa ke?" Aku memandangnya sekilas lalu memejam kembali mataku. Dalam fikiram aku sekarang ni hanya nampak Sara saja. Entah kenapa aku tak sedap hati.

"Hmm...." Suaranya begitu dekat dengan aku sehinggakan aku rasa bulu romaku meremang.

" Mari saya picitkan kepala bos. Saya pandai picit kepala orang tau." Dia meletakkan tangannya lalu mula menyentel dahiku. Entah kenapa aku biarkan saja walaupun aku tahu itu tidak patut berlaku antara pekerja dan majikannya. Tapi aku rasa selesa dengan cara dia picit.

"Sedap tak sayang?" Aku terbayang wajah Sara sedang memicit kepalaku.

" Sedap sayang...." Aku mengaku kerana aku tahu hanya Sara yang akan buat begitu.

"Abang!" Aku terdengar suara yang sangat dikenaliku menjerit namaku. Terus aku membuka mata. Dan aku terkejut untuk melihat Sara di depan pintu pejabatku sedang menahan matanya dari menangis.

Dan aku melihat ke kiri, Liyana pula sudah terkejut.

Dak! Bukan salah aku.

"Sayang!" Aku bangun dan pergi ke arahnya meninggalkan Liyana yang beberapa kali menjerit namaku. Kali ini aku takut aku akan kehilangan isteri aku sendiri.

Dia terus melangkah pergi meninggalkan aku yang dari belakang mengejarnya.

"Sayang stop!" Aku menarik lengannya.

"Saya benci awak! Kalau awak dah tak suka saya, awak ceraikan saya dan jangan main kayu tiga belakang saya!" Dia menangis teresak-esak. Aku menariknya ke dalam pelukanku. Aku mencium ubun-ubunnya. Aku bersalah dalam hal ni.

Dia menumbuk dadaku berkali-kali.

"Sayang, please jangan tinggalkan abang. Abang tahu abang salah sebab biarkan Liyana urut kepala abang. Tapi waktu dia urut abang, abang terbayang wajah sayang." Aku mengelap air matanya yang kian lebat mengalir.

" Sara tahu Sara bukan isteri yang baik. Tapi jangan buat Sara begini." Dia luah lagi. Dia sudah lemah.

"Maafkan abang." Aku mengucup dahinya. Dan selepas itu, dia terus jatuh melonglai dari pelukanku. Dan saat itu aku takut.....

"Sara!!!"

.......

"Sebenarnya ibu, ini kawan Mira waktu Mira bawa diri ke Korea." Ibu memandang wajahku lagi.

"Ohhhhh! Kamu pergi Korealah. Patut tersangkut mamat korea." Ibu buat lawak.

"Ibu seriuslah!" Aku marahnya.

"Okey dak. Macam mana dengan parents dia semua? Mereka tak kisah ke?" Aku dan ibu berpandangan dan Mark memotong perbicaraanku.

"Aunty, sebenarnya ibu saya yang suruh saya datang Malaysia untuk kahwin dengan Mira. Mereka akan datang kemudian after they heard this good news from me." Panjang lebar dia explain.

"Okey kalau macam tu ibu setuju je. Tapi jangan lambat-lambat sangat sebab kamu tu dah macam dilangkah bendul. Adik kahwin dulu dari akak!" Ibu memerliku.

" Akak tahu akak salah bu." Aku memuncungkan mulut.

"Dah tu kahwin cepat-cepat! Ibu nak cucu." Ibu meninggalkan aku bersama Mark.

Aku tergamam. Kenapa cepat sangat permintaan tu?

"Thanks Mira sebab you hadir dalam hidup saya." Dia berkata-kata lagi. Aku mengangguk.
Ya Allah! Terima kasih atas kebahagiaan yang kau berikan dekat aku ni....
Aku tak terbalas berkatMu ini.






TBC

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now