Bab 23

9.5K 173 2
                                    


......

"Abang nak bawa Sara pergi mana?" Aku memasang tali pinggang keledar ke pinggangku sebelum memulakan perjalanan kami berdua.

Dia menghentikan perbuatannya yang ingin menghidupkan enjin lalu memalingkan wajahnya memandangku sambil tersenyum penuh makna.

"Abang nak bawa Sara jalan-jalan. Lagipun abang cuti hari ni. Minggu depan kita nak pergi honeymoon kan?" Aku mengusap kepalanya yang ditutup dengan tudung.

Barangkali aku beruntung kerana mendapat Sara sebagai isteriku. Dia masih menjaga auratnya sebagai seorang perempuan muslimah di muka bumi ini.

"Okey! No prob!" Dia menyandarkan badannya kepada seat sebelum kami memulakan perjalanan ke KLCC.

......

"Fattah!" Panggilan seseorang membuatkan aku memalingkan wajahku ke belakang.

Aku terkejut melihat empunya suara itu.

Raina!

Aku mempercepatkan langkahku. Tak sanggup aku melihat perempuan itu kembali setelah dia meninggalkan aku kerana lebih mempercayai Remy, rakan baiknya sendiri yang telah menabur fitnah kepadanya bahawa dia pernah tidur dengan Arysa, gadis yang paling hot di kampus mereka.

"Fattah tunggu!" Aku tahu dia mengejar aku tapi aku tak pusing belakang.

"Aaahhh!" Itu sahaja yang aku dengar sebelum aku pusing ke belakang.

"Raina!" Aku pantas berlari ke arahnya semula lalu membantunya untuk bangun.

Dia mengangkat wajahnya. Aku dan dia berpandangan. Aku terkelu melihat matanya yang penuh dengan takungan air mata.

"Fattah....maafkan Raina!" Dia mengenggam tanganku erat.

Aku terdiam seribu. Aku tak tahu nak cakap apa! Tapi aku rasa sesuatu bila dia ucap kata maaf dekat aku tadi.

"Dah jom bangun!" Aku mengangkat tubuhnya perlahan lalu menstabilkan kakinya.

"Thank you!" Dia tersenyum.

Tatkala aku ingin beredar, dia menarik lenganku membuatkan pergerakan ku berhenti.

"Awak nak apa lagi Raina?" Aku sudah berasa tidak selesa.

"Fattah, Raina rindukan Fattah!" Dia lantas memeluk tubuhku tanpa dijangka.

"Hey! Watch your move!" Aku menolak tubuhnya lantas berlalu pergi walaupun aku dengar dia terjerit jerit memanggil namaku.

Aku buat tak tahu! Ingat aku ni apa sesenang hati dia nak peluk! Bukan muhrim kot!

......

Sungguh indah aku melihat pemandangan dari tingkat paling atas di KLCC. Aku sebenarnya bersyukur kerana dapat meluangkan masa bersama suamiku.

Keadaan di tingkat atas ini agak sunyi kerana bilangan pelancong yang ingin melawat telah dihadkan. Malah, pihak atasan juga telah menggunakan khidmat polis untuk mengawasi keadaan. Bayangkan nak naik atas pun masih kena memakai pas dan akan diperiksa seperti di airport.

"Cantikkan?" Mikail mematikan lamunanku yang lama. Dia merapatkan tubuhnya ke tubuhku menyebabkan aku tersekat dalam pelukannya lalu dia merangkul pinggang aku dari belakang.

"Abang....!" Aku cuba melepaskan pautannya di pinggangku. Tapi keadaan lain pula yang jadi apabila dia mencium telingaku di sebalik tudung.

Dah kenapa laki aku ni?

"Wanginya sayang!" Dia tersenyum.

"Abang apa ni?" Aku menolak tubuhnya ke belakang. Ternyata mungkin dia terkejut dengan tindakanku.

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now