Ok semua readers just nak inform dalam chapter ni dan chapter yang akan datang, banyak scene Mikail berbanding Sara sebab kita nak tengok macam mana Mikail menggunakan peluang yang ada untuk dapatkan Sara.................
Mikail pov
Malam ini di rumah ku mengadakan sedikit majlis doa kesyukuran atas sebab menyambut hari lahir anak saudaraku Aina. Jadi adalah juga kenalan aku yang aku jemput tapi tak ramai.
Mummy juga jemput keluarga Sara datang. Tapi aku tahu mereka hanya datang sebab nak jaga air muka mummy.
Aku berteleku di hadapan cermin sambil memandang diriku yang sudah siap berbaju melayu. Walaupun majlis biasa tapi aku memang jenis yang menjaga penampilan.
Apabila melihat diriku sebegini, aku teringatkan Sara yang akan selalunya memasang butang baju melayu sebab dia cakap ini satu tugasan wajib dia untuk aku. Aku tersenyum.
Aku terlalu rindu nak jumpa isteri aku. Tak dapat aku ungkapkan macam mana, tapi fikiran aku ni selalu terbayangkan wajah mulus itu.
"Adik dah siap ke?" Kepala kak Medina terjengul di sebalik pintu.
"Ye dah siap! Kejap adik turun."
"Ha cepat, anak buah hang tu tak mau potong kek kalau hang takda." Hah! Keluar dah loghat Penang dia ni. Maklumlah kahwin dengan orang Penang.....
Aku ketawa kecil. Ada-ada je Aina ni.
.......
Orang ramai mula memenuhi kawasan rumah. Kali ini agak mewah lah sambutan hari jadi si kecil ni. Sebab sayang punya pasal.....
Tatkala aku hendak melangkah ke arah meja, tubuh aku terlanggar seseorang di hadapanku.
"Eh sorry aunty."
"Tak nampak ke?" Suara itu. Terus aku dongak. Ibu mertuaku turut terkejut melihat aku.
"Ibu, dah sampai ke?" Aku cuba untuk menyalamnya. Tapi dia hanya buat tak endah. Aku toleh ke sisi. Wajah Mira turut memaparkan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan.
"Mana mak?" Dia bertanya namun matanya tidak melihat aku. Aku tahu mereka sekeluarga masih bencikan aku atas apa yang aku dah buat dekat Sara.
"Mummy ada dekat dalam. Ibu sihat?" Sudah 3 minggu aku tak pergi ke rumah mereka untuk bertanyakan tentang Sara. Sebab aku tahu jawapan mereka masih 'TIDAK'.
"Alhamdulillah sihat. Jom Mira!" Dicapainya tangan Mira berlalu masuk. Sebelum itu sempat Mira berbisik sesuatu di telingaku.
"Please forgive her."
......
"Datin, saya nak Mikail lepaskan anak saya secara elok. Saya tak mahu anak saya terikat dengan dia lagi. Saya mahukan kebebasan untuk Sara." Wajah Datin Rosmizah sugul. Bukan ini yang dia mahukan.
"Tapi Ina. Awak dah fikir habis-habis ke? Macam mana dengan anak awak dan anak saya? Ada kita tahu hati mereka bagaimana?"
Aku menyorok di belakang dinding untuk mendengar butir bicara mereka. Selesai majlis tadi, mummy membawa mereka sekeluarga untuk berbincang tentang aku dan Sara.
"Saya tahu anak saya datin. Kalau dia cakap dia tak mahu, memang dia tak ingin!"
"Ina, please jangan macam ni. Kita bincang dulu elok-elok. Sebaiknya kita tunggu Sara pulang dulu. Kalau betul dia tak mahu, saya sendiri akan cadangkan kepada Mikail." Aku terkaku.
Pulang? Sara dekat mana?
"Datin, Sara takkan pulang dari Melbourne selagi semua ni tak selesai. Dia minta saya cakap elok-elok supaya Mikail lepaskan dia. Dia tak mahukan Mikail lagi." Datin Rosmizah sudah mati kata.
Aku tergamam. Sara bawa diri hingga ke Melbourne? Ya Allah selama ni mummy dan ibu tahu tapi.....
Hati aku terasa seperti ditusuk sembilu. Sampai hati mereka sembunyikan keberadaan Sara daripada pengetahuan ku.
Aku terus berjalan ke ruang tamu tanpa menghiraukan semua mata yang mula cuak terlihatkan aku.
"Kenapa semua orang dalam rumah ni menipu dekat Mikail? Mikail macam orang gila cari Sara merata tempat sebab ingat korang semua tak tahu tapi sebenarnya korang tahu!" Aku terus jatuh terduduk sambil menumbuk dadaku berkali-kali.
"Mikail...." Mummy cuba menghampiri aku tapi aku halang dengan tangan.
"Mikail percayakan mummy. Sampai hati mummy buat Mikail macam ni." Ya Allah!!!
Aku lihat ibu dan Mira turut terkaku.
"Mira awak pun pembohong. Awak sanggup tengok saya merana kehilangan adik awak kan! Puas hati awak!" Aku menghamburkan rasa kecewa ku.
"Mikail maafkan saya. Ini semua amanah Sara." Dia turut mengalirkan air matanya.
Aku terus bangun dan berlutut depan ibu membuatkan ibu tergamam dengan tindakanku.
"Ibu ampunkan Mikail. Mikail bukan suami yang sempurna untuk Sara. Tapi untuk kali ni bagi Mikail peluang untuk bahagiakan Sara. Mikail hanya cintakan dia seorang. Mikail dah sedar dengan kesilapan Mikail. Tolong ibu!!" Aku merintih sambil memeluk kakinya.
Puan Zalina turut sebak dengan keadaan Mikail yang dilihat seperti tidak terurus. Sekuat mana pun seorang ibu, dia takkan sanggup melihat anak dia merana walaupun menantu.
"Mikail bangun. Jangan begini nak." Aku ditariknya ke dalam pelukan.
Datin Rosmizah pula hanya memandang adegan dua orang itu. Dia tahu Sara yang terbaik untuk anaknya itu.
"Ibu sayangkan Sara sangat-sangat. Bila Sara datang mengadu tentang apa yang Mikail buat dekat dia, ibu rasa kenapa anak aku tak boleh dapat kebahagiaan dia sendiri? Ibu tahu Sara terlalu sayangkan Mikail sehinggakan sanggup telan apa yang Mikail buat dekat dia. Kalau isteri lain tentu dah lari tinggalkan Mikail. Kamu berdua dah besar dan boleh fikir apa yang terbaik. Jadi ibu bagi peluang lagi sekali untuk Mikail tebus kesalahan dekat Sara dan bawa Sara pulang ke sini. Jangan abaikan dia lagi." Pipi aku diusap lembut.
Aku mengangguk. Terima kasih ya Allah!
"Terima kasih ibu, akak sebab bagi peluang dekat Mikail. Mikail janji takkan lukakan hati Sara lagi." Puan Zalina tersenyum. Akhirnya anak perempuannya itu akan bahagia kembali....
Tapi ada satu yang Mikail perlu tahu....
"Mikail sebenarnya......."
.......
Prang!
Pinggan yang dipegangnya jatuh ke lantai. Hatiku tiba-tiba terasa tidak sedap. Ya Allah kenapa ni?
"Sara, apa bising-bising tu?" Heliza dari luar menghampiriku.
"Ya Allah Sara! Kau okay tak? Kena kaki kau tak?" Dia membelek-belek aku.
"Aku okay cuma penat sikit." Aku duduk di kerusi meja makan.
"Kau ni degil. Aku tak suruh pun kau basuh pinggan semua tu. Nanti aku buatlah. Nasib tak kena kaki, nanti apa aku nak jawab dekat Mikail....." Aku terus pandangnya bila dia sebut nama lelaki itu.
Wajahnya berubah terus.
"Erk...sorry aku tak maksudkan. Eh! Jom keluar makan. Aku belanja kau hari ni. Baru dapat gaji." Dia menukar topik.
Nama tersebut dah lama tak meniti di bibirku. Tapi yang pasti aku memang rindukan lelaki itu.
........
TBC
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...