......Aku pulang dalam keadaan diriku yang tidak terurus. Mataku sembab kerana dari tadi aku asyik menangis saja.
Mikail pantas menerpa ke arahku yang sudah seperti ingin jatuh ke atas lantai di muka pintu. Dia pantas menyambut tubuhku.
"Sara are you okay?" Aku menggeleng. Ternyata aku memang tidak okay.
Tatkala itu, air mataku mengalir kembali.
"Mika......" Suaraku meleret memanggilnya dengan tersedu sedan.
"Ye sayang!" Dia memeluk tubuhku erat untuk memberi kekuatan padaku. Tetapi entah kenapa aku tidak menolak sebaliknya aku lebih berani untuk mengucup bibirnya secara tiba tiba.
"Sara what's wrong with you?" Dia menjarakkan tubuhku dari tubuhnya.
Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa ingin bermanja dengan Mikail hari ni.
"Nothing!" Aku kembali memautkan tanganku di lehernya lalu menyembamkan wajahku ke dada bidangnya.
Mikail pov
Aku jadi tidak senang apabila tangan Sara mula menjalar ke dalam bajuku.
Ya Allah! Dia pun ada nafsu dan keinginan juga,
"Abang, Sara nak abang!" Dapat ku dengari suara Sara yang tenggelam timbul di sebalik pelukan kami berdua.
Sara ni dah kenapa? Buang tabiat ke sampai minta 'benda' ni. Karang menyesal dah tak berguna dah.
"Sara sudahlah tu. Abang penat!" Aku meleraikan pelukan kami berdua dengan perlahan.
"Abang tak nak Sara ke?" Wajahnya basah dek menangis dari tadi.
"Sara sudah!"
Aku mengangkatnya cara bridal style lalu bawanya naik ke atas.
Sewaktu aku meletakkannya di atas katil, dia sengaja menarik tubuhku menyebabkan aku tidak seimbang dan terus jatuh ke atas tubuhnya.
Aku terkejut. Dan Sara pula tersenyum.....
Aku cuba untuk bangun tetapi Sara sudah mengunci pergerakan ku dengan memeluk pinggangku erat.
"Abang tidur dengan Sara. Sara takut!" Suaranya sengaja dilunakkan.
Aku banyak kali beristighfar dalam hatiku. Memang lain sikap Sara pada malam ni. Dia seakan menggoda keimananku saja.....
Sabo jelah.....Aku mengambil tempat di sebelahnya lalu membaringkan badanku. Dan sekelip mata, tangan Sara sudah ada di pinggangku. Aku hanya membiarkan saja malah aku pun memeluk tubuhnya.
Aku memandang Sara yang sudah melelapkan mata. Comel sekali! Berbeza sungguh jika hendak dibangdingkan dengan bekas kekasihnya dulu, Mira merangkap kakak kepada Sara sendiri.
Bila diingatkan bagaimana aku boleh terkahwin dengan Sara, kadang kadang aku gelak keseorangan. Kahwin paksa! Ya!
Kahwin yang dijalankan semata mata hanya ingin menutup aib keluarga sahaja.
Tapi kahwin itulah telah berjaya membuatkan dia benar benar jatuh cinta kepada isterinya ini dengan sepenuh hati.
Perlahan aku mengucup bibirnya.
"Abang cintakan Sara," ucapku perlahan lalu memejamkan mata untuk menghilangkan kepenatan.
......
"Mira, awak betul ke nak pulang ke Malaysia?" Hyuri memandang rakan baiknya itu dengan wajah yang sayu.
Hyuri merupakan kawan sebilik Mira. Dialah yang Mira ada sepanjang Mira di Korea. Dia dan juga Mark.....
Ya ! Lelaki itu! Kadang kadang dia pelik dengan Mark. Sehingga hari ini, dia masih tidak dapat lupakan apa yang Mark cakap padanya hari itu.
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...