Bab 54

3.1K 145 49
                                    

......

Mikail pov

Aku pulang dalam keadaan hatiku tak rasa senang lepas berlakunya peristiwa tadi. Masih aku terbayang wajah Sara yang merayu-rayu supaya aku tidak tinggalkan dia. Aku pelik sebenarnya dengan diri aku. Kenapa aku boleh benci dia sampai macam tu sekali? Bukankah dia cinta hati aku....

"Hi sayang!" Pelukan dari arah belakang mematikan lamunan aku. Aku paling ke belakang. Kelihatan Liyana sudah sampai seperti yang dijanjikan tadi.

"Macam mana you masuk?" Aku terkejut. Dia tergelak.

"You tak kunci pintu. I masuk jelah." Dia mengambil tempat di sebelahku. 

Aku hanya mengangguk. Mataku tidak lepas dari memandang Liyana.

"Cantiknya rumah you. Untung I kalau jadi isteri you." Liyana teruja. Aku hanya tersenyum. 

Tak mungkin aku nak ambil dia sebagai isteri. Tengok cara dia hanya seperti mahukan duit aku sahaja.

"Liyana, kalau you masak dekat I boleh? I laparlah." Terus pucat lesu wajahnya.

"Erk sayang. Tangan I ni tak sesuai nak buat kerja dapur semua. Nanti kalau kita kahwin, kita upah maid untuk masak dekat you sayang." Dia menghampiri aku lalu memeluk lengan aku dengan manja.

Aku hanya mengangguk. Entah kenapa tiba-tiba aku teringatkan Sara.

........

Sara pov

Sejak dari tadi aku tak lalu makan. Aku asyik nak muntah. Entah kenapa tapi aku rasa aku terlalu rindukan Mikail walaupun baru semalam dia balik ke rumah.

"Adik okay tak ni?" Lamunanku mati tatkala kak Mira datang masuk ke bilikku.

"Adik okay. Cuma pening-pening sikit." Aku memegang kepalaku. Memang berdenyut-denyut.

"Kenapa  Mikail balik juga kalau adik tak sihat macam ni? Jom akak bawa adik balik rumah!" Kak Mira menarik tanganku.

"Takpe kak. Nanti ibu marah." Aku masih berkeras.

"Kenapa ibu nak marah pula? Dia sebagai suami, perlu bertanggungjawab atas adik. Bukan biarkan adik macam ni. Entah-entah tengah pergi berfoya dengan perempuan lain." Aku tersentak. Aku mula menundukkan pandangan kerana agak terasa dengan kenyataan kakak.

Kak Mira tahu aku berkecil hati. Jadi dia duduk kembali di sebelahku sambil mengeluh perlahan.

"Akak minta maaf. Akak bukan nak sakitkan hati adik. Tapi akak geram dengan Mikail. Dia macam nak tak nak je layan Sara. Dia ingat Sara apa?" Aku mula mengalirkan air mata.

"Okey. Sara ikut cakap kakak." Kali ini aku mengalah. Aku akan balik.

"Jom!" Ditariknya tangan aku turun ke bawah.

........

Hazim pov

Rumah terasa sunyi seperti tiada orang. Mummy sejak tadi lagi keluar bersama rakan-rakannya kerana dia cakap ada meeting. Kakak aku pula dari tadi keluar tak balik-balik.

Cakap tentang kakak aku, aku nak cuba bongkar rahsia dia. Dengan siapa dia sedang berhubungan sekarang. 

Aku keluar dari bilik dan senyap-senyap mencuri masuk ke dalam bilik kakak memandangkan dia pun memang tak kunci pintu bilik.

Aku cuba mencari sesuatu sebab aku sangat curiga dengan kakak aku sekarang ni.

Aku mulakan misi menggeledah dalam bilik dia. Maaflah sebab ceroboh privasi tapi memang terpaksa sekarang ni.

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now