Bab 45

2.6K 84 4
                                    


......

Sedang aku berjalan dengan suamiku sambil bergelak ketawa ke arah bilik kepunyaan suamiku di ofisnya, datang seorang perempuan yang pada pandanganku sangat seksi memotong aktiviti kami berdua.

"Good morning bos!" Wajahnya ceria sungguh. Tapi bila mata dia tengok aku macam nak makan ja.

"Oh Liyana! Good morning." Mikail semakin mengetatkan pelukannya di pinggangku.

"Siapa ni bos? Kakak bos ke?" Diperlinya aku sambil tersenyum penuh makna. Kenapa aku rasa dia macam ada niat tak baik dekat Mikail?

"For your information, this is my wife. My lovely wife!" Mikail sengaja menekan perkataan wife kepada perempuan tu. Oops! Liyana!

Terus berubah wajahnya. Kelat dah jadi.

" Jom sayang!" Aku dibawa pergi ke biliknya meninggalkan perempuan tersebut terkulat-kulat di situ.

Dalam bilik,

"Siapa tu abang?" Aku bertanya. Mikail sedang membetulkan kot di kerusi sandarnya itu.

"PA baru abang. Mama bawa semalam. Tapi tulah abang tak berkenan. Macam menggedik semacam dengan abang." Aku tersenyap. Menggedik! Ni tak boleh biar ni.....

"Jangan abang yang menggedik dengan dia sudah." Amaran aku berikan kepada suami tercinta aku ni.

Tatkala Mikail cuba melangkah ke arah depan dengan keintiman kami berdua, pintu dibuka dari luar tanpa sebarang ketukan.

"Oh bos! Kita ada meeting di Suria Holding petang ni." Muka si Liyana tu tanpa rasa bersalah pun. Dahlah tak ketuk.

"Liyana lain kali ketuk dulu. Kalau saya tengah buat apa-apa tadi, macam mana?" Suara Mikail bunyi tegas.

"Bos! Saya ni PA. So I have the right to make sure my bos is always on time. Kerja apa sangatlah yang bos tengah buat sekarang dari melayan 'bini' bos tu!" Dia seakan memerliku. Aku menundukkan pandangan. Siapa perempuan ni ah?

"Awak just wait at outside. Nanti saya keluar." Terus pintu bilik Mikail itu dihempasnya. Mikail menarik nafas lega.

Sebaliknya, aku masih terasa dengan apa yang diperkatakan oleh Liyana. Mungkin aku buat kacau saja di tempat ini.

"Abang, Sara balik dulu." Aku bangun dari dudukku. Tanganku terus ditarik menyebabkan langkahku terhenti. Aku mengeluh.

"Sayang nak pergi mana? Sayang kena teman abang" Dia bangun lalu berdiri di hadapan aku.

"Tapi Sara macam menganggu abang. Betul kata Liyana, abang nanti tak buat kerja sebab abang kena jaga Sara dekat sini." Aku mengelus pipinya.

"Dia siapa nak arahkan abang! Diri abang! Abang tahulah nak jaga! Mama pun tak pernah control abang. Dia tu over reacting!" Pinggangku dipeluk.

Perutku yang memboyot itu diusap lembut.

"Baby, maafkan papa sebab tak jaga hati mama." Suaranya menusuk ke dalam telingaku membuatkan aku sebak mendengarnya berkata begitu.

"Takpelah. Nanti kita jumpa dekat rumah ye." Aku masih mempertahankan keputusan aku untuk pulang ke rumah.

"Okaylah sayang. Ni sayang nak balik dengan siapa?" Aku memandang telefonku. Tak sedar yang jam dah menunjukkan pukul 10 lebih.

"Saya ambil grab pergi rumah mama, boleh? Nak bercerita dengan mama sikit." Aku teruja. Lama tak jumpa mama.

"Hmm....boleh! Nanti abang ambil sayang dekat sana ye? Kirim salam dekat mama." Mikail menarik tanganku dan diusap lembut.

Aku mengangguk lalu aku terasa satu kucupan lembut di dahiku dengan lama sekali. Sayangnya aku dekat dia!!!

"Take care sayang." Perlahan saja suaranya. Lalu aku pun menyalam tangannya dan meminta izin untuk pergi dari situ.

Aku nampak wajahnya seakan tak mampu melepaskan aku pergi jauh darinya.

Di luar bilik,

Liyana pov

"Sakitnya hati aku! Kau tunggu Mikail. Dan especially kau Sara!!!" Digenggam penumbuknya kerana marahnya yang semakin membuak-buak.

.......

Aku keluar dari lif dan melangkah ke lobi untuk menunggu grab yang sudah ku order.

Tatkala itu, suara seseorang yang sangat aku kenal menyapa telingaku. Aku mendongakkan wajah dan terpaku untuk melihat Hazim sedang berdiri di hadapanku.

"Sara, awak sihat?" Suaranya perlahan saja. Dia seolah-olah menahan getaran suaranya itu.

"Apa awak buat dekat sini? Nanti suami saya nampak, dia mengamuk!" Aku cuba untuk menjauhkan diri. Manalah grab ni? Tiba-tiba pula nak datang lambat. Haih!

"Dak! Awak jangan salah faham. Saya hanya nak ajak awak minum. Saya ada benda nak bincang dengan awak sikit. Please!" Dia merayu.

Aku takut sebenarnya. Takut kalau peristiwa di mana aku telah ditampar oleh Mikail bakal berulang lagi.

Tapi bila tengok dia punya tahap kerayuan tu, aku kesian pula.
"Kejap saya call suami saya." Dia mengangguk. Aku mendail nombor Mikail.

Tut!Tut!Tut! "Maaf nombor yang anda dail sedang sibuk. Sila dail semula."

Aku cuba banyak kali. Tapi orang yang sama jawab call aku iaitu 'voicemail'.

"Jomlah! Nanti saya call lagi sekali."

Terpaksalah aku batalkan order grab aku tu. Maaf pakcik!

Dari jauh,

Seorang perempuan sedang ketawa jahat di sebalik dinding. Tangannya yang memegang telefon sudah selesai mengambil gambar Sara dan Hazim sebentar tadi. Dia mempunyai agenda tersendiri.

"Padan muka kau Sara! Kau tunggu dan lihat saja. Kau bakal hilang suami kau tak lama lagi." Dia ketawa lagi.

Haih! Ada juga manusia macam ni. Perangai macam bertopengkan syaitan! MasyaAllah.......

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx



TBC

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now