Bab 47

2.5K 70 4
                                    


........

"Terima kasihlah sebab belanja makan. Awak macam tahu-tahu je yang baby ni tengah lapar." Aku mengusap perutku.

Tak sangka pula punya berbual dengan Hazim dah sampai pukul 4 lebih. Nasib bukan malam lagi. Kalau tak hampeh aku dengan Mikail.

"Takpelah ni sebagai tebus kesalahan saya dekat awak." Dia tersenyum sumbing.

"Hazim, awak ni buat macam kesalahan tu besar sangat. Bukan apa pun!" Aku menafikan. Peliklah mamat ni!

Dia terdiam.

"Okeylah saya masuk dulu. Assalamualaikum!" Pintu dibuka dan aku melangkah keluar.

"Waalaikumsalam." Dia melambai kembali sebelum keretanya dipandu jauh daripada penglihatanku.

Aku memandang kereta Mikail yang sudah berada di porch kereta.
"Awalnya dia balik! Tak kerja ke". monolog hatiku.

Aku pun tanpa menunggu lagi terus masuk ke dalam rumah memandangkan tombol pintu tersebut memang tidak dikunci olehnya.

.......

Kriuk!Pintu dibuka perlahan. Rumah gelap tapi masih petang. Namun hanya cahaya televisyen dari arah ruang tamu menerangi rumah tersebut.

"Abang?" Aku memanggilnya. Namun masih tiada sahutan darinya. Dia tak balik lagi ke? Tapi ada kereta dia.

Sekali lagi aku memanggil namanya sambil aku melangkah masuk ke arah dapur.

"Kau pergi mana?" Dush! Orangnya di belakang aku. Aku memalingkan wajahku. Tapi yang tak menyedapkan hati aku bila panggilan dia dah bertukar menjadi 'kau', dan juga matanya menikam pandanganku.

Aku menghampirinya dengan perlahan.
"Abang.....baru balik ke?" Aku ingin menyentuh tangannya namun sebaliknya dia menepis tangan aku.

"Abang kenapa?" Dia menghela nafas.
"Kau keluar dengan siapa? Sara!" Dia mencengkam tanganku tiba-tiba. Aku mula ketakutan.

"Abang......sakit! Jangan buat Sara begini." Aku menaruh simpati. Namun dia masih mengetatkan cengkamannya.
"Aku paling pantang bila orang tipu aku! Kau cakap kau nak pergi jumpa mama kan?" Dia menjegilkan matanya.

Aku menahan tangisanku. Sumpah!Mikail benar-benar macam kena rasuk syaitan.

"Abang, memang Sara tak pergi jumpa mama." Aku memberitahunya. Dia melepaskan tangan aku dan aku dengar keluhan dilepaskan.

"Berapa kali aku cakap dekat kau? Aku tak suka kau jumpa Hazim! Aku cemburu!" Dia menjerit. Aku takut melihatnya.

"Abang bukan salah Sara. Dia yang ajak jumpa sebab dia nak minta maaf dengan Sara. Pasal kejadian haritu. Sara ada cakap dekat abang kan?" Aku melembutkan suara. Aku cuba meraih tangannya namun dia menarik kembali.

Dia bangun dari duduknya lalu memandangku sekilas.

"Entahlah Sara. Abang penat. Abang naik atas dulu." Dia meninggalkan aku lalu melangkah naik ke atas.

Aku buntu. Kenapa semua ni terjadi? Aku menangis lagi. Aku perlukan Mikail dalam hidup aku. Ya Allah! Bantulah hambaMu ini...

Dan pada malam itu juga, aku tidak naik atas untuk tidur dalam bilik malah aku melelapkan diri aku yang penat di bilik bawah.

.......

Liyana pov

"Padan muka kau Mikail! Tak nak layan aku sangat kan?" Aku bermonolog dalam hati.

Aku gelak sendiri sambil mataku asyik menelaah telefon di tanganku. Tatkala itu, Hazim datang menghampiriku dan tanpa diduga dia merampas telefonku.

"Woi! Kau kenapa?" Aku menjerkahnya.

"Akak ni kenapa kejam sangat! Apa yang akak tak puas hati dekat Sara tu!" Dia memarahiku. Aku senyum jengkel.

"Eleh! Cakaplah kau suka dekat Sara tu dik oi! Kau patut berterima kasih dekat akak." Aku berseloroh.

"Ini bukan pasal perasaan tapi akak tak kesiankan dia ke? Dia tengah mengandung. Emosi tak stabil. Bila Mikail tak layan dia, dia lagi rasa lemah. Apa akak ni!" Hazim memarahiku.

Aku terus bangun. Aku mencekak kolar bajunya menyebabkan dia terdiam.

"Kau kena ingat dik. Disebabkan dia, company papa bankrup dan mama jadi tak betul. Disebabkan dia, papa MATI!" Aku menjerkahnya. Tatkala itu, aku terasa mataku bertakung air. Aku tak mahu menangis tapi aku rasa marah.

Aku bangun dan berlalu naik ke atas. Baik aku tidur......

Hazim pov

Aku terduduk. Kenapa kakak perlu kaitkan dengan arwah papa? Papa pun tak minta semua ni. Sara, ampunkan aku.

......

Aku mengereng ke kiri dan ke kanan. Perutku rasa tak sedap. Macam lapar pun ada. Aku memalingkan wajahku ke sisi. Mikail tiada di sisiku.

Ku lihat jam di dinding. Sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Oh! Baru aku teringat yang semalam kami bergaduh besar. Jadi kami tidur berasingan.

Mataku berair. Sampai hati Mikail tak nak dengar penjelasan aku. Aku rindukan dia. Aku rindukan pelukan dia, dan rindu semua tentang dia. Aku memejam mataku yang sudah bergenang.

Tanpa rasa ingin bangun, aku terlelap semula tanpa memikirkan perutku yang lapar sebentar tadi kerana aku lagi mementingkan hati aku sekarang.

.......

Mikail pov

Sebenarnya dari naik tadi, aku tak boleh lelap sebab Sara tak tidur dengan aku sekali. Aku rindukan dia sebenarnya tapi ego yang menghalang.

Aku membelek semula gambar yang 'orang tak dikenali' hantar dekat aku tadi.

"Kenapa dia tak nak berterus-terang dekat aku, yang sebenarnya dia pergi jumpa Hazim?" monolog aku bersendirian.

Tak tahulah dengan aku ni. Semakin hari, semakin kuat cemburu aku. Kalau ada ja lelaki yang nak dekat dengan Sara, mereka tentu boleh rasakan penumbuk aku free.

Aku paling ke kiri. Aku ambil bantal kepala yang selalu Sara gunakan untuk tidur lalu ciumnya. Lama. Sentiasa terlekat bau wangian Sara dalam bilik ni.

Aku cintakan dia. Aku sayangkan dia. Aku sayangkan zuriat aku.

Aku pejam mata seketika untuk merehatkan fikiranku yang semakin tegang memikirkan masalah kami.

.......

Mira pov

Aku termenung di luar jendela. Angin petang tersebut sangatlah sejuk. Aku memeluk tubuh. Fikiranku menerawang teringat akan perbualan antara aku dan mak Mark dua hari yang lepas.

" Mark demam Mira. Dia asyik kurung diri dia dalam bilik."

" Dia cakap dia tak nak hidup."

" Dia rindukan Sara. Bila Sara nak datang sini?"

Aku mengeluh. Kenapa Mark kena susahkan diri dia sampai macam ni?
Hari tu dia cakap dia nak datang Malaysia sendiri, nak masuk meminanglah.....

"Mira, ada kawan kamu datang. Lelaki! Katanya nak jumpa kamu." Aku terkejut.
Kawan? Kawan aku mana tau aku baru balik sini?

"Kejap ibu!" Aku mencapai tudung jenama 'Neelofa' di atas katilku dan menyarungnya ke kepala. Lantas aku turun ke bawah.

Aku nampak ibu sedang menunggu di muka pintu. Dia sedang melambai-lambai ke arahku.

"Siapa yang datang, bu?" Aku menjongketkan kening.

"Manalah ibu tahu kawan kamu." Aku mempercepatkan langkah.
Lantas, aku memalingkan wajah aku. Dan aku terkejut.....

"Mira?"

Dan itu ialah..........








Mark.





TBC

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now