......Aku hanya mengenakan t-shirt berlengan panjang dan dipadankan bersama seluar tracksuitku. Aku pun turun ke bawah.
Kelihatan Mikail sedang rancak berbual bersama abangku dan juga maksu ku. Tanpa menghiraukan mereka, aku berlalu ke dapur untuk mencari ibuku.
"Sara, marilah sini." Maksu memanggilku.
Aku memalingkan wajahku ke belakang. Terpancar wajah serius Mikail yang sedang merenungku tajam.
Aku berjalan perlahan ke arah mereka lalu duduk di sebelah suamiku walaupun aku tahu, dia sangatlah jijik dengan aku. Haih...!!!
"Sara cantik cantik ni nak pergi mana? Ada date ke?" Maksu memerliku.
"Issh! Ada adalah maksu ni. Sara duduk rumah jelah."
"Maksu, Sara ni memang sentiasa jaga penampilan. Untung Mikail dapat Sara tau." Abangku menyampuk.
Aku terdiam manakala Mikail sudah berdehem berkali kali.
Waktu itu, ibu aku melibatkan diri dalam kumpulan kami.
"Sara dengan Mikail dah makan ke? Kalau belum, ada je nasi goreng atas meja tu."
"Tak pa ibu. Nanti Sara dengan Mikail makan."
.....
Bosan! Itulah yang aku rasa saat ini. Dekat sini, aku mana ada sesiapa. Tapi.....
Baru aku ingat.....
Kalau ajak Mark keluar, agak agaknya dia nak tak?Hey Mark! Are u busy today? I just want to ask you for a walk.
Harap harap dia sudi.
Ting! Aku buka inbox. Aku tersenyum.
- Hye Mira. Miss u! I'm always free for you. I fetch you at 9.30 a.m okay. See you later.
Kenapa aku rasa sesuatu yang sangat aneh bila berdepan dengan Mark? Tak sama macam aku dengan Mikail dulu.
......
"Kenapa awak tak bincang dengan saya dulu?"
"Eh! Kau tu hanya isteri je. Apa yang aku buat, kau kena ikut."
"Tapi saya tak sanggup tinggalkan ibu dengan ayah macam tu je. Lagipun kakak dah tiada."
"Kau ingat aku ni kejam sangat ke? Bila bila, kau baliklah rumah sini." Mikail menukarkan bajunya.
"Ibu dengan ayah dah tahu ke, awak?" Dia hanya mengangguk saja.
Setujulah. Maybe ini langkah pertama aku untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada Mikail.
.....
"Oh! Awak beli rumah teres dua tingkat ke?"
"Habis kau ingat aku beli apa?" Mikail memandangku tajam.
"Erk....ingatkan kondo." Dia tergelak. Lawak sangatkah?
"Dah jom masuk." Aku membuka pintuku untuk keluar.
Dalam keasyikan melihat rumah, aku telah terlanggar sesuatu menyebabkan badanku mula hilang imbangan. Sah akan jatuh!
Tapi disebaliknya aku rasa ada tangan yang memaut pinggangku. Mikail!!!
Kami saling bertatapan. Masing masing mendiamkan diri.
Degupan jantungku sudah berdetak laju tatkala Mikail mengelus pipiku. Aish....
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...