.......
Mataku terasa sakit. Aku cuba membukanya. Kelihatan semua putih di sekelilingku. Aku dekat mana ni?
Terasa berpinar-pinar kepalaku seketika.
"Adik dah sedar?" Satu tangan mulus mencapai jemariku yang sudah mula bergerak. Aku memandang ke sisi. Kelihatan kak Mira bersama Mark. Aku memandang ke depan. Ada abang Fattah dan kak Raina. Masing-masing seperti sedang menahan tangisan.
Ibu pula sudah mula mecium ubun-ubunku.
"Alhamdulillah! Sara dah sedar." Aku hanya mendiamkan diri.
Aku tahu kenapa aku dimasukkan di sini. Ini semua kerana lelaki itu. Suami aku sendiri.
Tangan aku mula naik ke atas perut. Terasa kempis. Aku cuak.
"Mana anak Sara?" Air mata mula bergenang. Aku tak nak sesuatu yang aku tak pernah harapkan untuk jadi.
Aku mula menangis apabila kak Mira dan abang Fattah turut datang memelukku.
"Anak Sara perlu dikeluarkan segera sebab Sara dah pecah air ketumban waktu tu. Jadi, anak Sara lahir tak cukup bulan." Kakak berkata.
Terasa sebak di hatiku. Ya Allah! Kesian dekat anak aku. Kenapa dia yang perlu tanggung segala perlakuan ayahnya sendiri?
"Ya Allah! Anak Sara lahir tak cukup bulan. Ibu!" Aku memeluk tubuh ibu seerat mungkin.
"Sayang, sabar. Ni semua dugaan Allah. Dia duga Sara sebab Dia tahu anak ibu kuat." Aku turut dengar ibu yang menahan tangisannya.
"Sara benci Mikail!" Ya itulah perkataan yang aku tak inginkan untuk ucap dan akhirnya terluah sendiri dari mulutku kerana dia terlalu mengikut egonya.
Yang aku tahu, aku tak nak jumpa dengan Mikail. Lelaki itu seumpama tidak wujud dalam buku hidup aku lagi.
........
Mikail pov
Sejak apa yang berlaku kelmarin, aku tiba-tiba rasa bersalah.
"Kenapa aku sanggup tengok Liyana tendang tubuh Sara? Anak dalam kandungan dia tu anak aku." Aku bermonolog.
" Sayang, I puas hati bila dah seksa perempuan tak tahu sedar diri tu. Dia ingat you masih sayangkan dia kot." Liyana mengambil tempat disebelahku yang sedang berada di ruang tamu.
"Biarlah. I dah tak mahu ingat tentang tu. Liyana, tolong masakkan untuk I boleh. I laparlah?" Terus berubah wajah Liyana menjadi kerut.
"Sayang kita order delivery lah. I malas nak ke dapur. Manalah perempuan secantik I pergi duduk dapur buat kerja memasak semua ni." Dipeluknya pula tangan aku. Aku mengeluh perlahan.
Ingatanku masih teringatkan perbuatan aku terhadap Sara.
........
Selepas seminggu,
Aku berdiri di tepi tingkap sambil memandang sayu ke arah luar. Sudah hampir seminggu aku keluar dari hospital dan sejak itulah aku tidak bertemu dengan Mikail.
Anak kami yang lahir tidak cukup bulan semua disebabkan angkara tak berperikemanusiaan itu. Perempuan itu telah menyebabkan anak aku jadi sebegini.
Air mata mengalir di pipi apabila mengenangkan nasib aku. Aku tak tahu kenapa Mikail boleh berubah sebegitu sekali!
Uwekk!Uwekk!
Ain yang berada di atas katil tiba-tiba menangis teresak-esak. Aku pantas menghampiri anakku itu. Kasihan aku melihatnya yang sudah mencebikkan bibir kerana terlalu laparkan susu.
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...