xxxxxxxxxxxxxAku pandang sekeliling kedai makan tersebut sebelum mataku menjamah wajah Hazim yang seakan menahan dirinya untuk memberitahu sesuatu perkara.
"Kenapa awak macam sembunyikan sesuatu?" Hazim terkejut.
"Tak de apa Sara. Cuma saya rindu awak je." Aku menghela nafas.
"Hazim, saya dah jadi isteri orang tahu? Tak baik kalau awak simpan perasaan dekat saya. Lagipun saya bakal jadi ibu dah." Aku memberitahunya. Dia mengangguk.
"Ya! Saya faham! Tak salahkan sebagai kawan." Dia masih menegakkan jawapannya.
Aku mengeluh. Susah cakap dengan orang tak tahu bahasa!
Tatkala itu, pelayan sudah membawa makanan yang kami order sebentar tadi. Terliur aku melihat makanan yang dipesan oleh Hazim. Aku pula hanya memesan jus oren sahaja sebab aku malas nak duduk lama-lama dengan Hazim.
Tapi bila mengandung ni, ibu mana boleh tahan tengok makanan sedap-sedap depan mata. Mula baby duk tendang-tendang.
"Awak nak rasa?" Dia bertanya. Aku menggelengkan kepala. Takpe biar aku tahan lapar.
"Apa yang awak nak cakap sebenarnya?" Aku tak betah duk sini, nanti Mikail cari aku kat rumah mama, mati aku!
"Saya nak minta maaf pasal kejadian saya marah awak lepas saya dapat tahu tentang status perkahwinan awak."
Aku memandangnya tanpa berkelip.
"Cerita lamalah Hazim! Umi pun dah jumpa saya, minta maaf semua. Awak tak perlu risaulah."
"Tapi saya rasa bersalah! Sebab saya dah malukan awak depan kawan-kawan awak. Sebab tu harini tujuan saya jumpa awak ni sebab nak tebus balik kesalahan saya dengan bawa awak makan dekat sini." Dia tersenyum.
Aku tersengih. Haih! Kalau dah kawan tu memang tetap akan jadi kawan kan???
"Yelah!"
"Dah berapa bulan dah kandungan?" Dia bertanya sambil mulutnya mengunyah makanan di hadapannya itu.
"Hmm....dah nak masuk 6 bulan. Itu yang sakit bila malam-malam tidur." Aku merengek.
Dia gelak.
"Tak sangka awak nak jadi ibu dah! Saya masih single and available." Dengan bangganya dia berkata.
"Mana umi? Bukan awak bercinta dengan dia ke?" Ha mulalah aku nak buka topik lama.
" Entahlah! Dah lama dah dia minta putus. Then dia terus menghilangkan diri. Kelas pun dia dah tak datang." Dia menjungkitkan bahunya.
Aku pelik. Mana umi pergi? Last aku jumpa dia masa haritu dia datang minta maaf. Lepastu Hazim cakap dia menghilangkan diri. Haih!
" Sara, awak jangan lost contact dengan saya. Apa-apa problem bagitahu saya. Saya sudi mendengar." Dia berdalih.
Aku senyum.
" Awak ni makin berseri-seri sejak mengandung kan?" Dia ketawa terbahak-bahak. Aku memasamkan wajah. Perli akulah tu?
"Menyampahnya!" Aku lihat telefonku. Masih belum ada panggilan semula dari Mikail. Dia tak terima call aku ke? Punya banyak kali aku call. Takkan dia tak notice.
Rindu pula nak dengar suara suami aku. Haih......
........
Wajahnya menyinga. Matanya menahan rasa marah. Badannya menahan getaran. Sanggup Sara tipu aku?
Dilihatnya berkali-kali gambar milik Sara yang sedang berbual dengan Hazim di lobi ofisnya dan juga di sebuah kedai makan. Siapa hantar dia tak tahu? Sebab nombor ni unknown. Tapi yang dia tahu dia marah sangat dekat Sara.
"Dahlah mengandung. Tak sedar diri!" Mikail tak betah duduk di ofisnya lama-lama. Rasa marah semakin membuak-buak. Kertas kerja di mejanya habis berselerak di atas lantai kerana dirinya yang sudah dipenuhi kebengisan.
"Liyana, saya nak ambil cuti harini. Apa-apa just letak atas meja saya!" Pap! Ditutup telefon pejabat tersebut sebelum dirinya mencapai 'briefcase'nya dan berlalu keluar dari biliknya.
Liyana hanya menghantar pergi pemergian Mikail dengan wajah yang sangat menjengkelkan.
"Ini baru first step. Hah! Seronoknya aku!" Liyana bersorak dalam hati.
.......
Mark menilik telefonnya lama. Dia berkeinginan untuk telefon Mira kerana sudah lama dia tidak dengar suara wanita kesayangannya itu.
"Mark, mari tolong omma sekejap!" Suara kuat Mrs Tan bergema di rumah banglo tersebut. Adiknya tiada di rumah kerana pagi-pagi lagi sudah keluar bersama kawan-kawannya.
Mark berjalan keluar dari rumah ke halaman rumah mereka. Kelihatan ibunya sedang menanam pokok bunga yang baru.
"Wae omma?" Mark menyapa ibunya.
"Kamu ni asyik terkurung je dalam bilik. Bila nak sihat demam kamu tu. Mira pun tak suka tengok kamu begini." Wajah Mark tergamam. Mira???
"Mira ada call omma ke?" Kedengaran Mrs Tan mengeluh.
"Dia call Jane semalam. Jane save her phone number. Dia tanya khabar kamu. Jadi omma beritahulah dia yang kamu demam sejak dia balik ke Malaysia." Mark mendengar dengan teliti apa yang omma dia cakap.
Kenapa dia tak call aku? Dia dah tak ingat aku ke?
"Kenapa dia tak call Mark?" Soalan tersebut terlintas jua daripada mulutnya.
"Bukan dia tak mahu call. She wanted to give you some space. Dia cakap nanti dia call lagi." Helaan nafas oleh Mark membuatkan pergerakan Mrs Tan terhenti seketika.
"Mark, if you love her, omma bagi kamu pergi Malaysia. And don't be a stupid guy where you just sit here and waiting for her to come and find you again. Anak omma lelaki. And patutnya lelaki cari perempuan!"
Mark tersinggung. Kenapa otak aku tak boleh proses sebaik mungkin?
"Baiklah omma. Maybe you are right. Buat apa Mark duduk sini sedangkan dia memang balik sini sebab ni bukan tempat dia." Mark menyentuh tangan ibunya itu.
"Please go, son. Omma nak yang terbaik untuk anak omma. Appa pun sama!" Air mata tuanya menitis kerana dia terlalu sayangkan anak lelakinya ini. Dia tak mahu kejadian pertama kali berulang kembali. Dan dia tahu Mira bukan perempuan seperti itu. Dia tahu Mira boleh bahagiakan anaknya......
Mark meninggalkan ibunya setelah sebuah ciuman diberikan di dahi ibunya itu dan melangkah masuk ke dalam rumah untuk menempah tiket penerbangan ke Malaysia.
Dengan harapan yang baru, Mark berharap dia akan sampai dekat Mira dan dia akan jadikan Mira sebagai peneman hidupnya.......
.......
TBC
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...