.....Keesokan paginya,
"Sara kakak kamu dah siap ke belum. Makcik Nah nak solek dah ni."
"Kejap ibu. Sara pergi tengokkan kakak ye kat atas."
Kring! Kring! Kring!
Telefon rumah berbunyi. Puan Zalina pun mengangkat gagang
lalu menjawabnya."Zalina dah siap ke semua?"
-" Alhamdulillah dah siap cuma pengantin belum siap lagi. Nak tunggu disolek pula."
"Hurm, kami on the way ni. Mikail dah tak sabar nak jumpa Mira."
Puan Zalina tergelak kecil.
"Biasalah tu anak saya pun apa kurangnya."
"Saya cukup lega kalau perkahwinan mereka ni berjalan dengan lancar tanpa halangan."
"Insya-Allah."
"Takpalah. Bersiap siap dulu. Nanti kami sampai ye. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
......
"Akak dah sia...." Terbuntang mataku tatkala melihat pakaian pengantin yang berselerak di atas lantai.
"Kak! Kak! Oh, kak!"
Aku meninjau sekeliling biliknya. Kosong! Memang takda siapa pun.
Tatkala itu, aku terperasankan sesuatu kertas di celah gubahan bunga di atas meja soleknya.
Aku membuka lipatan kertas tersebut.
Adikku tersayang,
Kalau adik baca sekarang ni memang kakak dah tiada di rumah. Maafkan akak. Akak terpaksa pergi jauh dari adik, ibu, ayah dan juga Mikail. Akak tak sanggup lagi, dik. Akak rasa menyesal seumur hidup akak.
Apa yang cuba kak aku nak sampaikan ni?
Sorry akak menangis. Sebab tu ada tompokan sikit dekat kertas ni. Akak dah tahu dah cerita adik. Sorry sekali lagi akak dah baca diari adik.
Aku terjelepok di atas lantai dan terus air mata yang tidak semena mena mengalir laju daripada tubir mataku.
Kakak dah baca. Apa aku nak buat ni?, bisik hatiku pilu.
Akak tahu mesti adik sedih bila akak akan kahwin dengan crush adik sendiri waktu sekolah. Akak taknak jadi perampas harta adik akak sendiri. Akak sanggup berkorban untuk adik akak. Jadi, akak minta adik gantikan akak dan kahwin dengan Mikail. Akak tahu maybe ni choice yang sangat gila tapi akak nak adik yang kahwin sebab adik layak dan akak tak layak disisi Mikail.
Cakap kat ibu dan ayah, jangan risau akak tak ke mana pun. Akak ada ja. Tapi bukan di sini, tapi di tempat lain. Akak sentiasa sayangkan ibu dan ayah. Kirim salam ye. Akak sayang adik akak sangat sangat. Akak harap adik dapat tunaikan janji akak untuk jadi isteri abang Mikail ye. Don't cry...
From ur love,
MiraAku menangis teresak esak. Kenapa akak buat adik macam ni? Adik rasa bersalah sangat.
Tatkala itu, aku rasa ada tangan yang memelukku erat.
"Sara kenapa menangis ni sayang?"
"Ibu, akak dah tinggalkan kita semua." Aku meraung sekuat hati.
"Ya Allah! Apa dah jadi ni? Macam mana kamu tahu?"
Aku terus memberi surat tersebut kepada ibu untuk membacanya.
"Apa ni Sara!" Ibu menggoncangkan tubuhku sekuat mungkin.
"Sara minta maaf ibu. Sara rasa bersalah sangat."
Ibu sudah jatuh terduduk di atas lantai sambil mengusap dadanya.
"Ibu kenapa ni?" Abang mendekatiku dengan penuh tanda tanya.
"Adik kau dah lari Fattah. Dia tinggalkan surat saja."
"Astaghfirullahalazim. Kenapa dia buat macam tu?"
"Sekarang ni dia suruh Sara kahwin dengan Mikail."
"Sara setuju ke?" Abang memandangku.
Aku pandang abang dengan mata yang sayu.
"Sara tak tahu. Tapi kalau ibu dan abang nak, Sara tak boleh buat apa."
Abang memegang tanganku lalu mengusapnya.
"Adik please do for me and ibu. Kami tak nak mengecewakan keluarga Mikail."
"Tapi macam mana dengan perasaan adik. Mikail tak cintakan adik. Dia hanya suka kak Mira saja." Aku membentak.
"Please sayang. Demi ibu, abah dan abang."
Ibu memandangku seumpama memberi harapan kepadaku untuk berkahwin dengan Mikail.
.....
"Zalina, dah siap ke?"
Kedengaran suara tangisan di sebalik sana.
"Kenapa Zalina? Ada apa yang berlaku ke?"
-" Maafkan saya datin. Mira dah lari dari rumah."
"Apa!"
Prang! Telefonnya terus jatuh menyembah bumi.
"Mama kenapa ni?" Mikail memandang mamanya kehairanan.
Datin Rosmizah terus memeluk erat tubuh anak lelakinya itu.
Ya Allah! Kenapa anakku tidak diberi peluang untuk mengecapi kebahagiaan dalam hidupnya...
Mira lari rumah! Kenapa ye?
Jangan kemana mana, kalau nak tahu bacalah sambungannya.To be continued
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...