......Perlahan lahan aku menapak masuk ke dalam bilik tidurnya yang sudah kelihatan malap dan hanya dicerahi dengan lampu tidur sahaja.
Kelihatan sesusuk tubuh sudah enak tidur di atas katil.
Aku menghampirinya lalu baring di sebelahnya dengan perlahan kerana aku takut aku mengejutkannya secara tiba tiba.
Dapat ku lihat wajahnya yang sembap dek menangis akibat kejadian tadi.
Aku menyelak rambutnya yang berjuntaian di dahi ke belakang telinga.
"Maafkan abang Sara. Abang tak bermaksud nak tampar Sara. Tapi abang tak tahu apa yang abang rasa bila abang nampak Sara balik dengan jantan lain. Abang cemburu, Sara. Sara isteri abang. Abang takut kalau Sara berpaling tadah daripada abang. Abang takut kalau Sara dah tak sayangkan abang lagi." Mataku sudah bertakung dek menahan sebak yang menyebulungi diriku seketika ini.
Kerana Sara, aku tidak tahu berapa banyak air mata yang aku dah bazirkan.
Dengan tidak semena mena, aku mencium dahinya dengan penuh syahdu.
"Abang cintakan Sara!" Itulah luahan hatiku yang tersekat dari tadi.
Tanpa diduga rupanya, Sara mendengar semua itu. MasyaAllah!!!
......
"Mira sihat?"
Entah kenapa aku terus mengalirkan air mata tanpa sempat berkata apa apa lagi.
"Mi.....ra sihat bang." Itu saja yang mampu terluah.
"Ibu rindukan Mira. Bila Mira nak balik sini? Mira dah tak sayangkan kami ke?" Aku tersentap lagi.
"Maafkan Mira, bang! Mira tak tahu!" Aku tergagap.
"Sampai bila Mira! Mira tahu tak Sara kemalangan sampaikan dia tak ingat yang Mikail tu suami dia!" Aku tergamam.
Adik accident!!!
"Mikail dah boleh terima Sara ke bang?"
"Sebab itulah bila Sara hilang ingatan, dia dah macam orang gila."
Aku tersenyum. Alhamdulillah! Dia dah lupakan aku...
"Mira baliklah! Sudahlah! Lupakan apa yang dah berlaku! Ibu pun dah tak cakap apa pun."
"Takpalah bang. Mira ada kerja. Nanti Mira call balik ye."
"Yelah."
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." Talian diputuskan.
Aku termenung seketika. Perlukah aku pulang semula ke Malaysia? Bagaimana dengan ibu?
......
"Hi Sara!" Teguran Hazim mematikan lamunan aku seketika.
"Eh! Hi!" Aku tersenyum.
"Kenapa saya tengok awak macam sedih je?" Hazim mengambil tempat di hadapanku.
"Sedih ke? Saya memang macam ni, Zim. Awak tak kenal saya lagi!" Aku berseloroh.
"Ye ke! By the way saya nak tanya sikit boleh tak?"
"Apa dia?" Aku memandang wajahnya yang sedari tadi tidak senang.
"Awak dah kahwin ke?" Aku tiba tiba tersentak dengan soalan yang telah ditanya.
"Kenapa awak tanya soalan macam tu?" Aku memandang anak matanya yang sedang merenung aku dengan penuh maksud yang tersirat.
"Sebab awak pakai cincin tu!" Jarinya menunjuk ke arah cincin berlian yang sedang dipakai olehku.
Inilah satu satunya hasil pemberian cincin oleh Mikail kepadaku sewaktu pernikahan kami.
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...