.......Aku membuka mataku yang terasa berat. Ku pandang ke kanan. Kelihatan Mikail enak dibuai mimpi. Tubuhku terasa sedikit sakit disebabkan hal semalam yang berlaku antara aku dan Mikail. Aku tersenyum
Akhirnya, Mikail telah mendapatkan haknya dengan sempurna, bisik hatiku sendirian.
Tanpa segan silu, aku melingkarkan tanganku di atas dada Mikail yang kelihatan.
Aku memeluknya erat. Aku sayangkan Mikail! Aku dah cintakan dia! Dia suami aku! Aku takut kalau dia tinggalkan aku suatu hari nanti....
"Ermm....sayang. Pukul berapa dah ni?" Suaranya yang serak serak basah membuatkan aku membuka mataku semula. Dia memandangku sambik mengoyoh matanya.
"Dah pukul 7 pagi!" Aku mencubit pipinya. Dia mengaduh kesakitan.
"Lah! Kenapa sayang tak gerak abang bangun solat subuh? Abang dah terlepas dah!" Dia mencebikkan bibirnya. Makin lama aku kenal Mikail ni rupanya dia seorang yang manja.
"Abang kan penat semalam. Kerja kuat sangat!" Aku mengeyitkan mataku. Dia gelak.
"Penat dengan siapa lagi! Orang tu jual mahal sangat!" Dia memerliku kembali. Aku senyum. Ya! Aku bukan mudah untuk percaya orang kecuali suami aku sendiri.
Tiba tiba Mikail mengucup bibirku sekilas. Aku terpana. Aku menggemamkan bibirku.
"Thank you sayang sebab beri hak abang. Thank you juga sebab sayang percayakan abang!" Dia mengusap pipiku. Aku sebak.
Aku menggelengkan kepalaku.
"Sara yang patut terima kasih dekat abang sebab abang layan Sara baik sangat selama ni! Sara nak cakap yang Sara sayang dan cintakan abang sampai akhir hayat Sara. Sara minta ampun atas segala dosa Sara dekat abang!" Aku lantas menangis semahu mahunya pada tubuh suamiku. Mikail pula makin mengeratkan pelukannya di tubuhku.
Tatkala itu, aku terasa tubuhku dicempung. Aku memandang ke bawah.
"Abang nak bawa pergi mana?" Aku kegelisahan. Tepat sekali Mikail sedang menahan ketawanya.
"Jom kita mandi sekali!" Dia mengeyitkan matanya lalu terus berlari masuk ke dalam bilik air tanpa menghiraukan jeritanku yang kuat turut bercampur dengan gelak ketawaku.
Sesungguhnya aku bahagia...!!!
.......
Drama While were you sleeping yang bermain di kaca televisyen tidak aku hiraukan. Otakku sudah melayang ke arah lain. Apa yang sedang aku ingatkan???
"Hoi!" Sergahan dari belakang membuatkan aku terkejut beruk.
"Oh mak kau!" Aku menyembunyikan mukaku. Malu!!!
Nampaknya Riana telah berjaya mengenakan aku.
"Kau ni Riana! Tak pasal pasal aku dah melatah!" Aku memasamkan wajahku.
Riana mempamerkan senyuman senget menampakkan lesung pipitnya itu.
"Sorry dear!" Dia memeluk tubuhku seketika.
"Hmm takpa!" Aku menyambung tontonanku semula.
"Beb....kenapa aku dah lama tak nampak Sara. Dia dah berhenti belajar ke?" Riana mengajukan soalan yang sangat drastik membuatkan aku sendiri tergamam. Sudah lama aku tidak berhubung dengan Sara sejak Hazim melarangnya untuk berjumpa dengan Sara.
"Entahlah! Dah berapa hari aku tak nampak dia. Mungkin dengan suami dia kot?" Bohonglah kalau cakap aku tak rindukan si Sara tapi disebabkan tindakan aku yang bodoh ni....aku terpaksa jauhkan diri daripada dia.
Riana pun mendiamkan diri lalu melayan telefonnya itu.
......
"Cantiknya tempat ni abang!" Aku mengenggam tangan Mikail erat sekali. Semakin hari semakin membuah rasa cinta yang hadir dalam diriku untuknya.
"Abang tahu sayang suka. Sebab tu abang bawa sayang datang sini! Lagipun esok kan kita nak balik dah!" Mikail mencuit hidungku manja. Aku mencebikkan bibir.
"Kalau ikutkan hati Sara, Sara tak nak balik Malaysia sebab Sara nak ada di sisi abang sampai bila bila." Mataku mula berkaca.
"Shhh....sayang what are you talking about? Walau dekat Malaysia or Italy, sayang tetap di samping abang sampai abang mati. Hanya maut yang boleh memisahkan kita." Ubunku dikucup lantas ditarik tubuhku ke dalam dakapannya.
Ya Allah! Kau kekalkanlah hubungan kami hinggar ke Jannah-Mu....
......
TBC
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomansaMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...