Bab 49

3.8K 108 17
                                    


.........

Mikail pov

Aku memandang ke arah sekujur tubuh isteriku yang masih tidak sedarkan diri. Tatkala kejadian di mana Sara pengsan dalam pelukanku terlayar di ingatan, aku rasa bersalah.

Dia masih tidak sedarkan diri. Aku memegang perutnya. Air mata mula bertakung di tubir mata.

"Maafkan papa. Papa tak jaga mama sebaik mungkin. Papa sakitkan hati mama." Tersedu-sedan aku menahan air mata dari tumpah.

Pada masa yang sama, doktor yang incharge untuk isteri aku masuk untuk memeriksa pesakitnya.

"Maaf menganggu encik. Encik suami kepada Puan Sara ke?" Doktor tersebut bertanya. " Ya doktor. Bagaimana keadaan isteri saya?" Aku mengelap sisa air mata di tubir mataku.

"Ok beginilah encik. Kandungan isteri encik sudah mencecah 6 bulan lebih. Jadi dia tak digalakkan untuk buat kerja yang berat malah untuk stres juga tak patut sebenarnya. Jadi kali ini kandungannya sedikit terganggu kerana emosinya tak stabil. Saya harap encik dapat jaga Puan Sara dan kandungannya dengan baik." Aku mengangguk. Ya! Ini semua salah aku. Kalau aku dengar dulu apa dia nak cakap, mungkin semua ni takkan terjadi. Dan Sara pun tak perlu alami semua ni....

"Saya keluar dulu." "Baiklah doktor!" Aku duduk kembali di sebelah isteriku sambil memerhatinya. Bila sayang nak sedar?

.......

"Tok! Kenapa tak berhasil pun? Dan sekejap je Mikail dah berbaik dengan isteri dia?" Liyana memberontak. Dia masih ingat kejadian yang Sara nampak dia tengah picit kepala Mikail, ingatkan Mikail lagi nak marah Sara malah dia larikan diri untuk pergi kejar Sara pula.

"Kamu kena sabar. Benda yang kita inginkan bukan semua boleh dapat. Jadi kamu kena ikut satu-satu apa yang tok suruh buat." Tok bomoh tersebut memberi amaran.

"Habis bila Mikail betul-betul akan tunduk dekat saya?" Ditanyanya lagi kerana masih tak puas hati.

"Bila tiba masanya nanti!".........

........

Mikail pov

Aku membasuh mukaku setelah berderai-derai air mata mengalir kerana menginginkan si Sara sedar kembali.

Setelah lama menyepi dalam tandas, aku keluar untuk ke bilik Sara. Dan pada masa yang sama, aku terserempak dengan Hazim. Tiba-tiba, perasaan cemburu mula muncul dalam hati aku.

"Bang. Saya Hazim." Dia menyuakan tangannya.

"Buat apa kau datang sini? Siapa yang beritahu kau?" Mataku menikam wajahnya. Kerana lelaki inilah, aku tuduh Sara tanpa mempersoalkan perkara sebenar yang berlaku.

"Abang, boleh kita borak? Saya ada benda sikit nak cakap." Dia tukar topik.

Aku memandangnya berkali-kali. Boleh percaya ke?

"Yelah!" Lalu aku dan dia menuju ke tingkat bawah hospital dan kami berdua mengambil tempat di sebuah gazebo yang terletak di taman kepunyaan hospital tersebut.

.......

"Apa yang kau nak cakap dengan aku? Kalau kau nak tanya pasal Sara, aku rasa tak perlu sebab aku suami dia dan aku tahu jaga dia." Masih terselit rasa cemburu di hatiku. Dia tersenyum.

"Untung Sara dapat abang. Sayang betul abang dekat dia ya." Dia berseloroh. Aku menjelingnya.

"Sebenarnya, saya nak minta maaf kalau kehadiran saya buatkan abang tak senang. Saya berani mengatakan yang saya tiada apa-apa perasaan pun dekat Sara. Saya anggap Sara tu macam adik saya." Aku diam. Entah nak bagi respond apa.

"Cuma saya harap abang hargai Sara. Jangan sia-siakan dia. Dia tu umpama permata. Dia cakap dekat saya, dia terlalu sayangkan abang macam abang ni nyawa dia." Aku dengar suara dia serak-serak basah. Aku kalih untuk tengok wajah Hazim. Dan ternyata dia sedang menahan tangisan. Matanya merah.

"Saya pergi dulu bang. Assalamualaikum." Terus ditinggalkan aku yang masih terkulat-kulat di situ.

Aku menghela nafas. Tatkala itu, terlayar kembali kejadian di mana aku bergaduh dengannya tentang Hazim di ingatanku.

" Abang masih marahkan Sara ke."

" Sara jumpa dia sebab dia yang ajak Sara."

"Dia nak minta maaf pasal kejadian haritu."

"Abang, maafkan Sara...."

Aku menggemam bibir. Ya Allah! Kau ampunkanlah dosaku ini. Aku suami yang tak guna.....




TBC

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now