......
Namun lain yang jadinya bila aku mengeluarkan arahan kepadanya.
"Liyana, please give us some space." Dia terus memalingkan wajahnya menghadapku. Matanya membeliak.
"Dear, don't tell me that......" Aku memotong percakapannya.
"Just for awhile only." Aku sudah malas bertekak. Dia terus berlalu keluar sambil menghentakkan kakinya. Tapi sebelum itu sempat lagi dia sengaja melanggar tubuh kecil milik Sara menyebabkan gadis itu tertolak ke tepi sedikit.
Sekarang ini hanya tinggal kami berdua sahaja dalam bilik. Aku dari tadi hanya memerhatinya sahaja. Aku membiarkan dia untuk memulakan bicara.
Dia menghampiri meja aku lalu menghenyakkan punggungnya di atas kerusi yang tersedia.
"Kenapa kau datang? Kau nak balas dendam ke?" Eh! Apa aku ni. Kenapa aku fikir lain tapi aku cakap lain.
Wajahnya berubah seketika tapi tak lama sebelum dia mengeluarkan satu kertas dari dalam beg tangannya.
Aku hanya memerhati sahaja tingkah lakunya itu.
"Awak jangan anggap saya ni serupa Liyana. Saya cuma datang sini untuk bincangkan sesuatu. Saya nak awak sign borang ni." Aku mencapai kertas yang dihulurnya lalu dibaca.
Aku tergamam. Cerai?
"Apa ni?" Aku menekankan suaraku. Bukan ini yang aku mahu.
"Bacalah! Dah tak tahu baca?" Dia membalas pandanganku. Aku sedar depan aku ni bukan lagi Sara yang lemah lembut seperti dulu. Dia seakan sepenuhnya sudah membenci aku.
Aku cuba mencari alasan untuk tidak mahu meneruskan topik ini.
"Oh! Kau nak cerai? Kau nak sebab senanglah kerja kau nak menggatal dengan sesiapa pun!" Aku menengkingnya.
Dia hanya berdiam diri sahaja.
"Jawablah!" Aku menempelak. Aku tak kisah yang penting sekarang hati aku.
"Ye memang saya nak awak lepaskan saya! Buat apa awak simpan saya kalau awak hanya layan perempuan tu! So just let me go. Saya akan buat hal sendiri lepas ni. Awak tak perlu nak ada apa-apa kaitan dengan saya!" Aku terpana.
Aku mengeluh. Rasa panas dalam hati mula kendur.
"Sara, please jangan buat begini. Aku terpaksa....aku tak tahu apa yang jadi dekat aku sebenarnya. Bila kau tinggalkan aku, hidup aku seperti kosong." Aku mula mati kata.
Dia gelak.
"Saya kenal awak Mikail. Awak memang pandai berkata-kata untuk attract seseorang perempuan tu. But not me! Senang-senang awak dah buang saya, awak ingat saya nak lupa semua tu." Dia mula beremosi.
Aku bangun dan mendekatinya. Aku mencapai tangannya tapi dia menarik semula.
"Tolong Sara jangan buat aku begini." Aku rasa seperti mahu menangis. Tapi ego telah menguasai diri aku.
Dia bangun dan mencapai beg tangannya. Aku terus memeluk tubuhnya erat. Ya Allah! Tolong aku. Kenapa aku rasa seperti ini?
"Lepaskan saya! Saya tak cintakan awak. Awak hipokrit!" Dia menolak-nolak tubuhku. Memang sakit kenyataan itu.
"Sara, mana anak kita?" Dia mula berhenti. Aku memalingkan wajahnya. Ternyata air mata sahaja yang membanjiri wajah putih mulus itu.
"Awak tiada hak nak tanya mana anak awak! Awak bukan bapa dia!" Aku tergamam.
Dia menangis lagi sebelum dia meleraikan peganganku di pinggangnya.
"Hancur hati saya bila saya lihat awak hanya biarkan anak kita mati di tangan perempuan yang awak sanjung sangat tu. Saya harap anak saya tak pernah ada bapa seperti awak." Dia terus berlalu pergi meninggalkan aku yang sudah terjelepok di atas lantai.
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...