Bab 44

2.8K 90 9
                                    

......

Mikail pov

Hari ni akan ada orang baru yang menggantikan Zahirah sebagai PA aku. Zahirah dah minta berhenti disebabkan dia dapat tawaran bekerja di Terengganu.

"Mikail, ini orangnya!" Mama memperkenalkan wanita tersebut. Aku mendongakkan wajah untuk melihat empunya badan. Ya! Dia cantik.

Perempuan tersebut tersenyum sumbing melihat aku. Aku tahulah aku kacak.

"Nama dia Liyana. Jadi dia akan sentiasa ikut kamu untuk meeting semua." Mama memberi arahan.

Aku mengangguk. Boleh tahan seksi perempuan ni. Tiba-tiba pula teringat dekat Sara. Bini aku lagi seksi!

"Ok mama. Rasanya dia dah boleh mula kerja kot."

Hari ni dia agak sibuk sebab banyak tender dia nak kena uruskan. So tak menang tanganlah!

Mama meninggalkan kami berdua dalam bilik. Dia berjalan menghampiriku dengan lenggokan tubuhnya yang seakan ingin menggoda fizikalku.

"Bos nak saya buat apa?" Sengaja dirapatkan tubuhnya ke tempat dudukku hinggakan aku rasa meremang bulu romaku.

"Erk...boleh jauh sikit tak? Kalau nak dengar saya cakap, awak boleh je duduk depan saya ni." Aku membidasnya. Tak de rasa malu ke.

"Ala, apa salahnya? Bos dengan pembantu kan selalunya rapat-rapat macam ni." Aku tergamam apabila dia berani untuk menarik tali leher yang aku pakai menyebabkan aku terdorong ke arahnya.

Aku terus menolak tubuhnya. Berdegup-degap jantung aku. Gila ke perempuan ni?

"Saya nak keluar sekejap!" Terus aku melangkah meninggalkannya dalam bilik. Tak betah aku duduk dalam bilik tu lama-lama dengan dia.

Liyana pov

"Kau tunggu Mikail. Aku akan buat kau bercerai-berai dengan isteri kau dan kau hanya akan tunduk dekat aku sahaja." Monolog hatinya yang jahat.

.........

"Terima kasih kak sebab belanja baju baby. Awal lagilah!" Aku menepuk paha kakakku.

Kakak aku bawa pergi shopping baju baby. Katanya tak sabar nak timang anak sedara. Haih! Excited lebih pula dia.

"Takpe. Memang tugas akak belikan baju sebagai hadiah. Dan terima kasih dekat adik akak yang comel ni." Dicubitnya pipiku yang semakin tembam sejak mengandung ni.

"Okey akak. Sara masuk dulu. Abang Mika pun dah sampai rumah. Nanti dia marah pula." Aku memeluk tubuh kakak dengan erat.

"Kalau dia marah bagitahu akak. Akak marah dia balik." Statement akak tu buat kami berdua ketawa.

Sejurus itu, aku berlalu masuk ke dalam rumah.

Kelihatan hanya lampu di ruang tamu dan lampu di dapur sahaja yang menyala. Lama dah ke suami aku balik?

Aku melangkah ke arah televisyen yang sedang memainkan gambar dan apa yang ku lihat Mikail sudah terlentok di sofa. Aku tersenyum.

Aku menghampirinya lalu dikucup pipi itu berkali-kali.

Terus terbuka matanya kerana terkejut.
" Sayang!" Diusap dadanya kerana terlampau terkejut. Aku ketawa.

"Apa abang ni? Tidur mati?" Dia menggelengkan kepalanya.
"Mana ada! Abang penat sangat. Sayang pun balik lambat! Pergi mana?" Dia menarik pinggangku menyebabkan aku terduduk atas ribanya dan habis baju baby dalam plastik terlepas dari genggaman tanganku.

"Kakak bawa pergi shopping baju baby. Dia cakap sebagai hadiah." Aku melingkarkan tanganku di lehernya.

"Sayang jangan buat muka macam tu. Abang gigit kang!" Dia seakan memberi amaran. Tapi aku suka. Dan aku buat tak endah je apa yang dia cakapkan tu.

Cup!Terus bibirku dikucupnya tiba-tiba. Mataku terbeliak.

"Abang!" Suaraku melaung namanya.

"Buat lagi!" Dia mengeyitkan matanya.

Aku mengeluh. Haih!

"Esok abang bawa sayang pergi ofis. Duduk dengan abang dekat sana. Abang tak boleh berenggang dengan sayang!" Dimuncungkan mulutnya macam itik.

Aku pasrah. Kalau suami pujuk memang senang termakan.

"Okay." Aku mengangguk mengiyakan arahannya itu.

Lama menyepi sebelum dia memulakan bicara,

"Jom! Abang nak 'sweet-sweet' dengan sayang." Terus dikendong tubuhku naik ke atas bilik kami berdua. Aku pula hanya menjerit meminta untuk dilepaskan.

.........

Hazim pov

Aku pelik tengok apa tempat yang kakak aku datang ni. Rumah dalam hutan. Sebuah rumah usang penuh dengan kepala lembu. Macam rumah hantu!

Aku nampak kakak aku dijemput masuk oleh seorang lelaki tua yang berjanggut panjang berwarna putih. Nampak creepy je!

Aku memberhentikan kenderaanku dan mematikan enjin dengan perlahan supaya mereka berdua tak dengar.
Rumah tersebut diperbuat daripada papan. Jadi ia memudahkan aku untuk mengendap ke dalam rumah tersebut kerana banyak lubang yang tercipta.

Nampaklah kakak aku sedang duduk berhadapan dengan orang tua tu. Berkepul-kepul asap. Apa orang tua tu buat??? Pelbagai soalan bermain di benak fikiranku.

Liyana pov

"Apa tujuan kamu ke mari?" Bomoh tersebut memandangku tajam seolah-olah dapat meneka kedatanganku.

"Saya nak tok buat seseorang ni suka dekat saya." Aku memberitahu.

"Boleh tok tahu kenapa?" Aku tergamam.

"Erk....saya suka dekat dia dari sekolah menengah lagi. Tapi dia tak pernah layan saya. Dia buat saya macam sampah. Sekarang dia dah kahwin. Jadi saya nak tok buat dia hanya nampak saya saja di mata dia. Bukan isteri dia!" Wah! Aku rasa lega. Dendamku akan terbalas tak lama lagi.

Bomoh tersebut tersenyum jahat.

"Baiklah kalau itu yang kamu mahu. Atok nak gambar dia. Ada tak?" Tanpa berfikir panjang, aku terus mengeluarkan sekeping gambar Mikail yang aku ambil secara senyap.

"Kacak! Patut kamu nakkan dia." Aku mengangguk.

Hazim pov

Aku tergamam. Tak sangka sampai macam tu sekali kakak aku sanggup buat untuk dapatkan Mikail. Macam mana dengan Sara? Ya Allah.....

.......





TBC

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now