........Kirana mengambil keputusan untuk pulang ke halaman kampung memandangkan Helmi berada di 'outstation' bagi mengendalikan syarikat ayahnya.
Uwekk!uwekk!uwekk!
Anaknya, Alisya yang sedang menangis itu telah menyedarkan kehadirannya oleh si ibu yang sedang menyiram pokok bunga.
"Kirana?" Puan Maziah memberhentikan kerjanya lalu menghampiri anaknya yang masih menanti di luar pagar.
"Ibu sihat?" Terus disalam tangan tua tersebut setelah Puan Maziah membuka pagar memberi laluan kepadanya untuk masuk ke dalam rumah.
"Mana suami kamu? Kamu datang sini bagitahu dia tak?" Puan Maziah lantas menyambut cucunya kerana dia sungguh beria ingin bermain dengan cucu kesayangannya itu. Kirana tersenyum.
"Bagitahu dah. Helmi yang suruh datang sini sebab risau Kirana tinggal seorang dekat rumah." Kirana sakan bercerita.
" Dah jom masuk! Ibu nak main dengan Alisya. Rindu bebenor dekat dia!" Dicium pipi mulus milik Alisya bertalu-talu. Alisya pun seperti tahu toknya sedang mengendong dirinya.
Saat ini, Kirana sangat bahagia. Moga dengan kehadiran Helmi dan Alisya adalah satu anugerah terbaik dalam hidupnya.
......
Sarra melangkah keluar dari bilik air setelah selesai membersihkan diri. Dia sudah siap mengenakan 'pyjamas' satinnya dengan sedikit krim di muka.
Kelihatan Mikail sedang leka menonton 'Maharaja Lawak Mega' di televisyen.
Malam ini, dia dan si suami mengambil keputusan untuk tidur di rumah ibu Sarra memandangkan Mira baru sahaja pulang dari luar negara.
Sarra hanya memandang wajah suaminya yang sedari tadi senyum saja.
Dia pelik.
" Dah kenapa suami aku ni? Ada apa-apa dia sembunyikan dari aku ke? Hmm! Ni mesti ada kaitan dengan kakak!" Monolog hatinya. Malas nak layan suami dia yang tiba-tiba lain macam perangai.
Sarra menghampiri katil empuknya lalu dihempaskan tubuh kecilnya itu bersebelahan Mikail tanpa melihat wajah suaminya itu.
"Awalnya sayang tidur?" Mikail tersedar dek lamunannya apabila terasa sebelah kanannya tenggelam.
"Ngantuk!" Itu sahaja yang dibalasnya.
Mikail tersenyum. Ni mesti kes merajuk dengan aku. Takpe, takpe!
Mikail menutup televisyen kerana rancangan tersebut sudah tidak menarik perhatiannya lagi malah si Sarra lebih dipentingkan untuk dijaga.
Dia merapatkan tubuhnya ke belakang tubuh Sarra lantas tangannya yang sasa itu melingkari di pinggang kecil isterinya. Sarra terpana.
Malam ni terasa nak manja dengan si isteri pula!
Diselak rambut yang berjuntaian di dahi Sarra lantas dikucup pipi mulus tersebut bertalu-talu.
"Abang nak apa?" Ditolak badan milik suaminya itu menjauh. Dia rasa cemburu tapi boleh pula suami dia buat macam ni sekarang.
"Sayang merajuk dengan abang ke? I'm sorry dear! Ada apa-apa yang abang buat dekat sayang ke?" Mikail tak habis-habis mengusap tangan isterinya itu.
Sarra mendengus. Dia sebenarnya terpujuk dengan suara Mikail yang mendayu manja tapi dia masih keraskan hati untuk mengajar lakinya itu. Takpa, kita tunggu!
"Sarra nak tidurlah. Tak sedap badan!" Diberi alasan lagi.
Tanpa menunggu lagi, terus Mikail menarik tangan Sarra menyebabkan Sarra baring terlentang dan tepat tubuh Mikail berada di atas tubuhnya sambil tangan milik Mikail menahan tubuhnya di hujung kepala Sarra. Sarra terkejut. Apa ke hal laki aku ni???
" Sarra nak cakap atau Sarra nak abang cium Sarra?" Dipandang tajam mata milik isterinya itu sehinggakan Sarra menunduk pandangannya. Dia tahu dia lemah kalau setiap kali Mikail menggunakan 'keromantisnya' itu.
"Erk.....!" Terus dipagut bibir lembut Sarra oleh Mikail. Terbeliak mata si Sarra.
Namun hanya beberapa saat sebelum bibirnya dilepaskan kembali. Merah wajah Sarra menahan malu. Mikail tersenyum.
"Itulah! Jangan cabar abang! Abang boleh buat apa saja untuk miliki hati isteri abang ni!" Dicuit hidung si isteri dengan lembut.
Sarra hanya terdiam sipu malu. Dia pun tak tau nak cakap apa.
"Sayang, you have to keep in your mind that I am yours to keep. Tak de siapa dalam hati abang. Abang janji dengan Sarra. Anak kita dalam perut ni adalah bukti sayang dan cinta abang dekat Sarra. Abang hanya ada Sarra untuk jadi tempat penggantungan. Ok sayang?" Matanya berasa basah. Dia sedang mengalirkan air mata. Sara menahan tangisannya. Ya! Dia sangat sayangkan lelaki di hadapannya ini.
Terus dipeluk tubuh Mikail seerat mungkin.
"Maafkan Sarra bang! Sarra mengaku Sarra cemburu dengan kak Mira walaupun Sarra tahu dia dah anggap abang sebagai adik ipar dia." Terhinjut-hinjut Sarra mengeluarkan tangisannya.
Mikail mencium ubun-ubun milik si isteri.
"Abang dah tak de apa dengan kak Mira. Abang hanya ada sayang dan anak kita. Kak Mira pun bahagia bila dia tengok adik dia bahagia juga."
Sarra mengangguk.
Malam itu, mereka tidur sambil berpelukan. Masing-masing menyampaikan rasa sayang yang utuh antara mereka berdua.
........
TBC
#sorry pendek sikit sebab rushing....
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
عاطفيةMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...