......Makcik, Raina ingat nanti Raina nak minta mummy datang sini jumpa makcik. Raina nak kembali semula dengan Fattah." Raina memegang tangan Puan Zalina yang sedang tekun melipat baju di ruang tamu.
Tanpa disedari, air mata tuanya menitis. Sesungguhnya dia bahagia kerana akhirnya anak lelakinya itu diberi peluang untuk bersama cinta sejatinya kembali. Lantas dipeluk tubuh Raina dengan erat.
"Ibu restukan kamu berdua, sayang!" Air matanya kian tumpah.
Dari jauh, Fattah menahan sebak yang kian menusuk jiwanya. Raina, terima kasih kerana hadir dalam hidup aku kembali!
......
Aku memasukkan kembali baju baju yang telah dibasuh ke dalam bagasi kami berdua. Hari ini adalah hari terakhir kami di sini sebagai kenangan indah yang kami berdua ciptakan.
Aku tersenyum sendirian.
Tengku Mikail Isyraf, lelaki pertama yang telah berjaya membuat aku jatuh cinta kepadanya kembali. Suami aku yang paling aku cintai!!!
Terasa pinggangku dipeluk dari belakang.
"Sayang termenungkan apa tu?" Hembusan nafasnya dileherku membuat aku menggeliat kegelian.
"Abang ni! Terkejut Sara!" Aku mencebik.
Tubuhku dipusing untuk menghadapnya. Aku ternyata malu untuk melihat keadaannya yang separuh bogel dimana dia hanya dibaluti tuala separas pinggang saja. Lantas aku menutup mataku.
"Aduh sayang ni! Malu apanya! Semalam bukan main ganas lagi dengan abang kan?" Pipiku dikucupnya.
Terasa membahang wajahku. Itulah kau Sara! Gelojoh sangat!
Aku memukul dadanya.
"Janganlah usik Sara! Abang suka buat Sara macam ni!" Rasa macam nak nangis pun ada. Mana mampu dia nak tahan usik si Mikail yang makin menjadi jadi ni....
Rambutku diusapnya perlahan lalu dilabuhkan satu ciuman di situ.
"Sorry tau Sara sebab abang tak sedar apa yang abang buat dekat sayang semalam. Geram sangat!"
Aku termangu. Apa maksud dia?
"What do you mean?" Dia lantas menarik aku ke hadapan meja solek lalu jarinya ditunjuk ke arah leherku.
Aku tergamam. Ya Allah! Apa yang dia dah buat ni?
"Apa ni abang! Banyaknya!" Aku memarahinya.
Terdapat banyak kesan merah disekitar leherku. Dahlah aku ni putih melepak.
"Kalau mama tanya nak jawab apa!" Aku mencerlung tajam ke arahnya yang sudah ketawa terbahak bahak.
"Itu tandanya abang sayangkan Sara sangat sangat!" Dia terus berlari masuk kembali ke dalam bilik air.
Aku menghela nafas. Sabar jelah Sara dengan perangai suami kau yang semakin miang tahap monyet dah tu....
Aku tersenyum....
......
Kirana memerhati Helmi yang duduk tidak jauh darinya. Sesekali lelaki itu membelek telefonnya.
"Helmi...." Kirana mengeluh. Dia bukan tidak sudi untuk terima Helmi dalam hidupnya tapi dia masih tidak boleh lupakan Mikail walaupun lelaki tersebut sudah membuang dirinya.
"I am sorry Kirana! Apa yang I dah buat pada you? I dah rosakkan you. Tapi apa yang I buat ni ada sebab!" Matanya menikam anak mataku.
Wajahku mencuka. Kehadiran benih di dalam perutku ini sedikit sebanyak membuatkan aku mula sayang dengan Helmi. Dia nampak bersungguh sungguh untuk menjadikan aku sebagai isterinya yang sah.
"I takut Helmi. I takut kalau I tak dapat jadi isteri yang terbaik buat you. I dah tak suci selama ni. I ni seumpama pelacur!" Terhinjut hinjut aku menahan esakan. Biarlah orang nak tengok asalkan aku puas meluahkan perasaanku terhadapnya.
Terasa bahuku dipeluk seketika. Aku mendongak memandangnya dengan wajah yang basah.
"Kirana I sayangkan you. I tak kisah apa yang dah berlaku ke atas diri you. I pun bukan lelaki yang sempurna. I pun masih belajar tentang ilmu agama. I akan bimbing you ke jalan yang benar." Aku lantas memeluk tubuhnya erat.
Andai dia adalah jodohku, aku terima seadanya. Aku akan cuba sayangkan dia. Biarlah Mikail bahagia bersama isterinya....
......
Aku merebahkan tubuhku ke atas katil. Bayangkan selama 4 jam kami duduk dalam kapal terbang. Kebas semua anggota badan aku.
Mikail menapak masuk sambil menolak bagasi kami berdua ke dalam bilik.
"Penat ke sayang?" Dia menjongketkan keningnya sambil tersenyum manis. Mikail ni satu aku suka pasal muka dia. Dahlah kacak pastu ada lesung pipit dalam pulak tu. Haihlah laki aku ni....
"Of course!
........
TBC
Sorry terpaksa continue next chap.....ada masalah sikit
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...