.......
Keesokan harinya,
Seperti biasa aku bangun untuk solat subuh sebagai hambaNya. Kelihatan Mikail masih nyenyak tidur bersebelahanku. Mungkin dia balik lewat malam tadi.
Aku membersihkan diri lalu menyarung baju mengandung yang aku ada simpan dalam almari aku. Dia masih lagi tidur.
Aku menghampiri katil lalu duduk di sebelahnya.
"Abang, bangun solat subuh." Perlahan-lahan aku mengusap tangannya.
Aku tenung muka dia buat seketika. Ya Allah! Aku tak boleh nak ungkap macam mana aku terlalu sayangkan lelaki di hadapan aku ini...
Sehingga kini aku masih tidak tahu kenapa dia tak suka aku.
Aku usap lagi sekali membuatkan dia mula respon dengan panggilan aku.
"Hmm....aku bangun." Perlahan sahaja suaranya tapi aku tahu dia masih dingin dengan aku sebab dah tiada dah panggilan manja olehnya.
Dia mula bangun dari baringnya dan duduk di atas katil seketika. Sejurus itu, dia memandang aku pula. Entah kenapa, tapi aku rasa satu perasaan asing yang mengalir bila dia pandang aku macam tu....
"Nanti lepas abang dah mandi semua, abang turun makan ye. Sara nak turun dulu." Aku mula bertindak untuk bangun dan meninggalkannya kerana sebenarnya aku nak elak rasa janggal dengan dia.
Namun lain yang jadi bila dia tiba-tiba pegang tangan aku membuatkan langkah aku terhenti.
Aku memalingkan wajah aku ke belakang. Dia asyik sekali merenung aku sehingga aku tertunduk seketika.
Dan aku terkejut apabila dia bertindak untuk mengucup jari jemariku dengan perlahan. Rasa sebak mula bertamu di hati aku. Apa yang dia cuba lakukan sebenarnya?
Lama dia cium sebelum aku sendiri yang tarik tangan dan terus berlalu keluar dari bilik kami. Lagi lama aku dekat satu.....boleh sakit jantung aku!
Mikail pov
Apa yang aku buat tadi? Kenapa aku rasa sesuatu yang pelik dalam hati aku bila berdekatan dengan dia.....
.........
"Good morning pengantin baru!" Aku berseloroh dengan ibu sambil ketawa. Habis merah pipi kakak aku jadinya.
"Lambat bangun kak!" Ibu memukul bahuku perlahan. Dan Mark pula memang tak faham apa yang kami sedang bualkan.
"Nasib dia tak tahu!" Kak Mira marah pula.
"Good morning ibu!" Bahagia sungguh wajah abang Mark hari ini. Sampaikan ibu yang malu. Kami nak tergelak sebenarnya bila dengar dia guna ibu sebagai panggilan.
"Ibu okay ke kalau saya guna 'ibu'?" Aku menyampuk.
"Boleh saja abang. Ibu tak kisah pun!" Semua ketawa.
Tatkala itu,
Aku nampak kelibat suami aku yang sedang menuruni anak tangga. Baru habis mandi kot tu.
Wajahnya hanya selamba saja tanpa berkata apa-apa pun. Dia mengambil tempat duduk di sebelah aku.
"Good morning Mikail!" Mesra pula Mark ni sampai semua orang dia nak tegur. Namun hanya anggukan sahaja yang dibalas oleh Mikail. Dia macam tiada mood.
"Abang nak makan apa? Sara letakkan." Aku tahu ini mungkin berlebihan aksi aku dengan dia. Tapi ni sahaja cara untuk mengelakkan suasana janggal antara kami semua.
Kak Mira dah pandang aku semacam sebab dia tahu apa yang berlaku antara aku dengan MIkail.
"Mikail makan bihun goreng tu. Ibu goreng tadi pagi." Ibu bermesra. Aku hanya mendiamkan diri setelah selesai menyedok sedikit bihun ke dalam pinggan suami aku.
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...