.......
Helmi meraup wajahnya berkali kali. Dia berasa bersyukur dengan apa yang didengarinya tentang ulasan doktor terhadap isterinya.
Flashback
"Doktor, macam mana dengan keadaan isteri saya?" Helmi dan Kirana memandang doktor dengan wajah yang penuh mengharap.
"Alhamdulillah. Kandungan Puan Kirana sangat baik. Bayi cukup nutrisi ye. Encik bagi Puan makan apa ni?" seloroh doktor Hilman.
Helmi tergelak sambil tangannya mengenggam jemari Kirana yang sedari tadi mendiamkan diri.
"Saya jaga makanan dia dengan betul. Saya tak bagi dia makan benda yang merapu. Tak elok!" Doktor Hilman mengangguk.
"Kalau begitu, encik boleh bawa balik puan. Pergi rehat di rumah. Lagi 2 minggu datang sini balik untuk buat check up. Saya akan isi dalam kad appointment ye." Tangannya lincah menulis sesuatu dalam kad laporan.
"Terima kasih doktor ." Tangan dihulur tanda untuk bersalam.
End of Flashback
Terima kasih Ya Allah! Kau telah melengkapi hidup aku dengan kehadiran Kirana dan juga anakku yang dikandung olehnya.
Helmi menitiskan air matanya kerana terlalu teruja.
.......
"Eh ibu nak pergi mana pagi pagi ni?" Fattah memandang Puan Zalina yang sedang memakai tudung di hadapan cermin.
"Ibu nak teman adik kamu pergi klinik." Jarum dicucuk di atas kepala.
Fattah mengerutkan keningnya.
"Adik sakit ke bu? Dia sakit apa?" Dengan muka yang selamba Fattah bertanya tanpa mengetahui apa apa.
"Sakit buatan orang!" Ditinggalnya terkulat kulat wajah Fattah yang masih ingin mencerna apa yang dimaksudkan oleh ibunya. Kenapalah dia dapat anak yang bengap sangat ni? Nak kata tak pandai tapi jadi engineer?
Fattah blur. Sakit buatan orang!
......
Wajahku sungguh gembira tatkala mendengar apa yang dikatakan oleh doktor sebentar tadi.
"Kan ibu dah kata. Sara mengandung! Tekaan ibu tak pernah salah!" Ibu mengusap tanganku.
Aku melentokkan kepalaku di bahu ibu sambil memeluk lengannya sementara menunggu nurse panggil.
"Mesti abang seronok kan? Sara mengandungkan anak dia." Aku berasa sebak sambil tanganku lembut mengusap perutku yang masih kempis.
Ibu mencium ubunku lembut.
"Sayang anak macam mana Sara sayang nyawa Sara ye. Ibu bahagia sangat tengok Sara dengan Mikail dapat berbaik semula." Air mata mula bertakung di tubir mataku.
"Tak nak bagitahu Mika ke?" Ibu bertanya.
"Takpa nanti Sara nak buat surprise dekat abang. " Aku membalas.
.......
Aku hanya memandang kosong terhadap pensyarah Sufi yang sedang mengajar subjek Sastera di papan putih.
Ingatanku masih teringat akan wajah mummy yang menangis kerana inginkan dendamnya terbalas terhadap keluarga Sara. Tapi aku tak sanggup nak buat sebab aku sayangkan Sara sebagai sahabatku.
"Woi! Kau mengelamun apa? " Bahuku ditepuk oleh Sham merangkap rakan baikku.
Aku meraup wajahku.
"Tak de apalah. Eh! Jom pergi makan. Aku lapar." Aku menarik tangannya keluar dari kuliah memandangkan kelas dah tamat. Mataku terpandang kerusi milik Umi yang sudah lama kosong.
Mana kau pergi Umi?
......
Kelopak mataku dikucup berkali kali. Aku menepis wajah yang mendekati diriku itu.
"Janganlah kacau!" Aku menggumam.
Dia membuat lagi membuatkan aku terus menolak tubuh tersebut.
"Aduh!" Suara seseorang menyeringai kesakitan. Aku terus membuka mata. Kelihatan Mikail sedang menggosok punggungnya akibat tolakanku yang kuat menyebabkan dia terjatuh katil.
"Abang!" Aku merangkak ke arahnya lalu membantunya untuk bangun.
"Sampai hati sayang tolak abang. Abang nak kacau sayang je." Dia mencebik. Aku resah. Ala suamiku dah merajuk!
"Abang sorry. Sara tak tahu yang tu abang. Sara ngantuk sangat." Aku mengoyoh mataku.
Mikail mengambil tempat di sebelahku lalu menarik wajahku lalu menghadiahkan sebuah ciuman di dahi dengan lamanya. Dia rindu sangat ni!
"Sayang okay tak sepanjang abang tak de ni. Ada orang kacau tak?" Dia membelek belek wajahku sambil tangannya menyelak rambutku yang berjuntaian.
Aku mengangguk lalu aku bangun dari baringku dan berlalu ke meja solek untuk mengambil telefonku.
"Abang okey tak dekat sana? Ada orang kacau tak? Hmmm, ada orang ngorat tak?" Aku mengusap pipinya.
Dia tersenyum. Tiba tiba dia mencempung tubuhku lalu dibaringkan semula sambil dia menindih tubuhku.
"Sayang saja yang bertakhta di hati abang." Lantas ditutupnya lampu meja.
.......
TBC
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...