......"Mira awak tidak rasa seperti mahu pulang ke Malaysia. I mean awak tidak rindukan keluarga awak ke?"
Aku memandang Mark seketika.
"Siapa kata saya tak rindu. I miss them so much! But....." Setitis air mataku telah tumpah tanpa disangka.
"I'm sorry! I didn't meant to hurt you Mira."
Mark sudah gelabah.
"Its okay. I memang sensitif macam ni." Aku gelak pula menyebabkan dia menjongketkan keningnya. Mungkin dia sangka aku gila apa!
Tatkala itu, telefonku berdering di dalam tas tanganku.
"Kejap ye Mark." Dia mengangguk.
Terus ditekan punatnya tanpa melihat nama yang tertera di skrin terlebih dahulu.
"Hello...."
"Hello adik!" Aku tergamam.
......
Masih ramai lagi yang bergelutan di tempat penampalan pointer bagi Semester 2 ini. Aku dan rakan rakanku masih tidak tahu pointer kami lagi kerana memberi peluang kepada mereka mereka untuk melihat pointer mereka terlebih dahulu.
"Hi Sara!" Sapaan seseorang membuatkan aku mendongakkan kepala untuk melihat gerangan siapakah.
"Oh Hazim!" Aku tersenyum.
"Boleh saya duduk?" Dia bertanya.
"Eh! Duduklah." Aku berganjak ke tepi sedikit untuk memberi tempat dia duduk.
Tatkala itu aku terasa seperti tanganku dipegang oleh seseorang.
Aku memalingkan wajahku. Umi seperti memberi jelingan bermakna kepadaku.
"Aku tahu Umi!"
"Awak dah tengok pointer awak berapa?"
Aku menggelengkan kepalaku.
"Belum sebab ramai sangat. Nak menyempit pun payah."
Dia mengangguk sambil ketawa.
"Betul tu. Saya pun tak tengok lagi."
"Ini kawan saya Umi." Aku memperkenalkan Umi kepadanya lantas menarik tubuh Umi mendekatiku. Umi terkejut.
"Oh hi!" Dia tersenyum ke arah Umi. Umi sudah tersipu malu.
Yes! Berjaya.....
......
"Ye cik nak jumpa dengan siapa?"
"Erk...Encik Helmi ada tak?" Sesekali aku bermain jariku.
"Hmmm ada. Tunggu sekejap ye."
Dial sedang proses.......
"Silakan cik!" Perempuan tersebut membawa aku masuk ke dalam bilik yang menempatkan Helmi sebagai pengurus syarikat tersebut.
"Bos ini orangnya!" Perempuan tersebut lantas meninggalkan aku bersama Helmi di dalam bilik.
"Ye siapa?" Apabila dia mendongakkan wajahnya, dapat ku lihat wajahnya berubah reaksi.
"Kirana!"......
......
"Aku tak sangku Mi. Aku dapat pointer sebaik tu walaupun....." Aku tak dapat meneruskan kata kataku kerana tiba tiba aku berasa sebak.
"Sara sudahlah tu. Sekarang ni kau dah baik dengan suami kau kan. Apa yang nak dirisaukan?"
Aku mengangguk. Tapi....
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
Storie d'amoreMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...