BAB 9

17.9K 365 6
                                    


.....

"Habis tu kau sanggup ke nak teruskan perkahwinan ni?"

"Aku terpaksa buat semua ni. Kakak aku yang suruh."

"Sara kau boleh saja minta dia lepaskan kau."

Aku menggelengkan kepalaku.

"Macam mana Umi? Aku dah sayangkan dia. Aku tak nak kecewakan parents and abang aku."

Air mataku sudah mula mengalir tanpa dipinta.

"Sara kau sanggup walaupun dia bencikan kau?"

"Ya aku sanggup. Aku yakin satu hari nanti Allah pasti akan membuka pintu hati dia. Aku sentiasa berdoa untuk dia."

"Sara, aku sentiasa doakan kebahagiaan kau. Kau tahu kan yang aku sayangkan kau?

Aku hanya mengangguk saja.

.....

"Sufi aku nak tanya kau sikit ni?"

Sufi yang sedang menghirup jus oren memberhentikan perbuatannya.

"Apa?"

Tiba tiba seorang perempuan yang agak seksi menyampuk perbualan kami berdua.

"Hai Mikail!" Seorang perempuan menegurku.

"Eh! You Kirana right?" Aku terkejut melihatnya. Lama aku tidak berjumpa dengannya sejak aku bercinta dengan Mira.

"Seems like you still know me Mikail."

"Oh! Come on....you kan model terkenal di negara ni."

"Can I have a seat?"

"Of course." Aku menarik kerusi kepadanya.

"Siapa ni Mikail?"

"Oh! Ini Kirana. Anak kawan mak aku."

Kirana menyuakan tangannya untuk bersalaman dengan Sufi.

"Kirana"

-" Sufi" Dah tersengih seperti kerang busuk nampaknya.

"Hurm by the way, you buat apa di sini Kirana?"

"Oh! I just datang shopping and sambil berjalan I perasankan you with your friend. Tu yang I singgah."

"Mikail I dengar you tak jadi kahwin dengan Mira. Betul ke?"

Masa untuk mengorek rahsia...!!!

"That's right. I pun tak tahu sebab apa dia larikan diri. Sampai sekarang dia tak balik lagi."

"Maybe kan dia ada orang lain kot. So dia tak nak you tahu, dia lari tinggalkan you." Kirana memeluk lenganku secara sengaja.

Aku dan Sufi tergamam.

"Entahlah. I malas nak ingat. Lagipun I must take care of my wife lagi."

Huk!huk! Wife?

"You kahwin ke?"

"Yes I kahwin dengan adik dia, Maisara. Mama I dengan mama dia satukan kami berdua sebab nak jaga aib keluarga."

Kirana sudah memasamkan wajahnya.

Tak guna punya perempuan...!!!

.....

"Sara kau nak balik dah ke?"

"Maaf Umi. Aku dah janji nak jumpa dengan mak aku."

"Okay jumpa lagi." Umi terus memeluk tubuhku.

Aku pun berjalan ke arah kereta sambil menyanyi dengan penuh riang.

Tiba tiba sebuah kereta memecut laju ke arahku. Tanpa sempat aku berjalan, dia terus....

"Sara!!!" Itu sahaja yang aku mampu dengar. Serasa seperti tubuhku melayang.

.....

Lagu Stressed out kedengaran berbunyi daripada telefonku.

"Hello?"

Sufi memandangku tekun.

"Apa? Sara accident?"

Jantungku terasa hendak tercabut saja.

"Fi, isteri aku accident. Aku takut."

Kenapa tiba tiba aku rasa seperti hendak menangis saja?

"Kenapa kau nak nangis? Bukan kau benci sangat dekat Sara tu."

Terkena batang hidung sendiri.

"Hargai segala apa yang telah jadi milik kau terutamanya isteri kau."

Basah! Itulah apa yang dapat aku rasa tatkala aku memegang pipiku.

.....

"Doktor macam mana dengan keadaan anak saya?"

"Maafkan kami. Sekarang ini anak puan masih tidak sedarkan diri. Dia sedang berada dalam keadaan yang tidak stabil kini. Kami harap puan sekeluarga dapat bersabar."

Puan Zalina hanya mampu mengangguk saja.

.....

"Ma, Sara macam mana?" Aku terus menerpa ke arah mama dan ibu mertuaku yang sedang duduk di kerusi.

"Sara kritikal. Dia masih tak sedarkan diri."

Aku meraup wajahku.

"Semua ni takkan berlaku kalau bukan sebab Mikail kan?"

Aku menangis lagi.

"Mika tak baik salahkan diri sendiri. Ini semua dugaan. Mika kena terima seadanya."

Pada masa yang sama,

"Maafkan saya. Jika puan sekeluarga hendak melawat pesakit. Silakan." Seorang doktor yang lingkungan umur seperti aku menegur kami.

Aku terus meluru masuk ke dalam wad yang menempatkan isteri aku.

To be continued

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now