......
"Zahirah, banyak tak dokumen yang saya kena sign before this?" Mikail memandang wajah PA barunya. Sudah dua minggu dia tidak masuk ke pejabat.
"Bos saya tak tahu nak cakap apa tapi memang banyak tender syarikat lain yang nak share holder dengan syarikat kita!" Wajah Zahirah sudah menyinga membuatkan Mikail tersenyum sendirian. PA nya yang baru ini sangat menghiburkan hati. Entahlah mana mamanya dapat perempuan ni...
"Okey now you letak dulu semua tu atas meja I." Mikail mengarahkan Zahirah.
Tatkala itu, pintu biliknya dibuka dari arah luar menjengulkan kepala si isteri tercinta, Sara.
"Sayang!" Mikail terjerit. Zahirah hanya mampu menggelengkan kepalanya. Tak keruan dia nak ganggu cinta dua merpati sejoli ni.
Sara sudah merah mukanya tatkala melihat senyuman sungging di bibir Zahirah.
"Saya keluar dulu." Tangannya terus mencuit bahu Sara tanda usikan. Oops! Zahirah dan Sara ni boleh tahan kenalan rapat jugaklah.
Mikail cepat cepat meraih pinggang isterinya lalu memeluk erat.
"Eh abang ni kenapa? Baru sehari tak jumpa dah rindu ke?" Sara memegang tangan suaminya.
Pipi Sara dikucup sekilas. Tuhan sahaja yang tahu betapa sentiasa dia merindui gadis idamannya ini.
"Sayang buat apa datang sini? Dah abis kerja ke?" Sara meletakkan handbagnya di atas meja Mikail lalu menghenyakkan punggungnya di atas sofa yang turut berada dalam bilik suaminya itu.
"Sara habis awal jadi Sara datanglah sini. Lagipun Sara ingat nak ajak abang dinner malam ni. Abang okey tak?" Sambil itu Sara menilik telefonnya yang sedari tadi berbunyi.
"Abang jap Sara nak jawab fon!" Dia memegang tanganku yang sedari tadi merayap di pahanya. Mikail tersengih. Dengan Sara, semua benda tak dapat tahan....haih!
.......
"Mummy nak cakap sikit dengan Hazim!" Tengku Sharifah memandang anaknya tajam. Sungguh dia berasa kesal dengan sikap anaknya yang telah membuang peluang untuk bersama Sara iaitu anak kepada musuhnya, Puan Zalina.
Aku mengeluh.
"Mummy nak apa lagi? Hazim tak nak buat semua tu sebab Hazim sendiri tak tahu diri Hazim boleh tahan ataupun tak bila dengan dia." Aku memicit kepalaku.
"Fine kalau Hazim tak boleh tolong, mummy akan suruh Liyana buatkan. Lagipun dia kan suka dekat laki Sara tu."
Terbeliak mata aku. Sampai begitu sekali rancangan ibuku yang inginkan perpisahan buat Sara dan Mikail kerana dendam kepada Puan Zalina.
"Mummy dah kenapa? Kalaupun mummy marahkan ibu dia, pergi selesaikan tapi jangan jadikan Sara sebagai mangsa keadaan. Dia baru saja ingatan pulih. Don't be like this mummy! This is not you!"
Tengku Sharifah bangun sambil bercekak pinggang.
"I will do anything for our family. For our sake. Because of her father, your father's company bancrupt! Did you know that?" Mata mummy sudah berair menahan tangisan.
"Mummy please....Hazim merayu pada mummy supaya hentikan semua ni. Kalau arwah papa still ada dengan kita, mesti dia kecewa dengan cara mummy. I love you. Jangan buat benda yang akan menghancurkan keluarga kita." Aku meraih tubuh mummy ke dalam pelukanku. Aku tahu kenapa mummy jadi begini kerana dirinya penuh dengan dendam terhadap keluarga Maisarah yang sudah merampas kekayaan milik mereka.
Akhirnya tumpah jua air mata Tengku Sharifah yang bertakung sejak tadi. Sesungguhnya dia amat merindui arwah suaminya.
"Abang, Ifah tak kuat!" bisik hatinya pilu lalu terjelepok ke atas lantai bersama Hazim.
.......
TBC
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...