Bab 43

3.1K 101 4
                                    


.......

Kirana memandang ke arah Aisyah yang sudah dibuai mimpi di atas katil miliknya. Masih teringat lagi waktu dia nak melahirkan si Aisyah, Helmi punyalah bagi semangat dekat dia.

~flashback~

"Puan Kirana tolong teran kuat sikit. Saya dah nampak kepala dia!" Doktor perempuan tersebut teruja.

Berpeluh-peluh dahi Kirana menahan kesakitan yang teramat.

"Abang sakit bang!" Meraung si Kirana menahan sakit di ari-arinya. Yang dia tahu dia hanya ingat Allah sahaja di saat itu.

"Sayang please bertahan. Demi anak kita dan sayang. Abang tahu sayang kuat!" Dicium dahi milik isterinya untuk memberi semangat.

Dengan ucapan bismillah di mulutnya, Kirana meneran sekuat kudratnya.

"Wek!Wek!" Kedengaran suara bayi menangis memenuhi ruang 'labour room' tersebut.

" Alhamdulillah puan! Anak puan selamat!" Terus diberi bayi tersebut kepada jururawat untuk dibersihkan darah yang terdapat di tubuh kecil itu.

Kirana hanya nampak anaknya dibawa pergi sebelum dia perlahan-lahan melelapkan mata kerana terlalu penat.

"Terima kasih sayang!" Itu sahaja ucapan yang didengarinya sebelum tidur membawanya pergi ke alam lain.

~end of flashback~

Kelopak matanya yang basah dilap dengan jari. Saat ini, dia faham pengorbanan seorang ibu bagi melahirkan insan baru di muka bumi ini amatlah bermakna. Dan tiada sesiapa yang boleh melakukannya.

Kirana mengambil langkah untuk keluar dari bilik tidurnya kerana tiba-tiba dia terasa haus tekaknya.

"Kirana tak tidur lagi?" Suara Puan Maziah di ruang tamu mengejutkan Kirana yang sedang melangkah ke arah dapur.

"Terkejut Kirana, mak!" Tak jadi pula ke dapur malah dia melangkah ke arah ibunya pula yang sedang menonton drama malam di tv.

"Aisyah tidur dah?" Kirana mengangguk.

"Lepas bagi susu tadi terus tidur. Penat kot sebab tadi petang merengek tak tentu pasal." Telefonnya diletak di atas meja kopi berhampiran.

"Erm....Helmi tak call kamu ke?" Kirana tersenyum.

Boleh katakan harini saja tiga kali si suami tu call. Katanya rindulah, risaulah, rindu dekat si kecik. Macam-macam!

" Dah call tadi. Dia cakap esok atau lusa dia akan balik after habis meeting dekat sana."

Lama menyepi sebelum mak mengeluarkan kenyataan seperti ini,

"Mak rasa bersyukur sebab kamu dikurniakan suami seperti Helmi. Mana ada lelaki yang sanggup bertanggungjawab macam dia zaman sekarang ni!"

Kirana hanya mendiamkan diri.

"Mak tahu semua orang tak sempurna. Mak pun tak sempurna. Masih ada yang dibelajar. Tapi mak harap kamu dengan Helmi akan menjadi suami isteri yang menjaga zahir dan batin antara satu sama lain. Mak pun tak lama dah! Adik kamu Aiman pun nak habis belajar dah."

Kirana mendonggakkan pandangannya. Kelihatan Puan Maziah sudah mengalirkan air mata. Kirana tergamam.

"Apa mak cakap macam ni? Kirana masih perlukan mak? Mungkin dulu Kirana bukan anak yang baik untuk mak. Tapi Kirana dah berubah sekarang dan Kirana nak ada keluarga yang bahagia dengan mak, adik. Dengan abang Helmi dan Aisyah. Please mak! Jangan cakap macam tu!" Kirana mengusap tangan tua milik ibunya itu.

Puan Maziah menahan tangisannya. Dia menarik tubuh Kirana lalu dipeluk erat tubuh anak gadisnya itu. Sejak kematian suaminya, Kirana dan Aimanlah yang menjadi tembok kekuatannya.

......

Sara pov

"Sara tengah buat apa tu?" Tersentak aku dibuatnya apabila kak Mira datang mengejut seperti itu.

"Terkejut Sara kak!" Aku mengusap dadaku. Kak Mira tersengih seperti kerang busuk.

"Sorry!" Matanya dikerdip-kerdip berkali-kali.

Aku tersenyum.

"Dah berapa bulan dah anak sedara akak ni?" Kak Mira memegang perutku yang sudah menampakkan sedikit bukitnya.

"Dah 2 bulan lebih. Tapi kadang-kadang rasa sakit malam-malam waktu tidur." Aku mengadu. Dia mencubit pipiku.

"Tak sangka akak yang Sara dah nak jadi ibu." Suaranya mula perlahan menusuk kalbu.

Aku memandangnya dengan wajah yang simpati. Aku kesian dengan dia. Kalau bukan sebab aku mesti dia dah kahwin dengan Mikail.

"Maafkan Sara kak! Kalau bukan sebab diari Sara tu, mesti akak takkan larikan diri waktu perkahwinan akak dan akak mesti dah bahagia dengan Mikail." Air mata mula bertakung di kelopak mataku. Aku rasa bersalah!

Tanganku diambilnya lalu digenggam seerat mungkin.

" Sayang, kakak tak pernah anggap yang Sara perampas. Memang akak dah takde jodoh dengan Mikail. Mungkin Allah dah tulis jodoh adik memang dengan dia. Jadi akak siapa yang nak menidakkan takdirNya? Akak bahagia tengok adik akak pun bahagia. Akak sanggup buat apa untuk Sara. Even akak kena korbankan diri akak sendiri." Aku terharu.

"Tapi takkan akak dah takde apa-apa perasaan dekat abang Mika?" Masih lagi terselit rasa cemburu itu walaupun aku tahu kakak aku bukan yang jenis macam tu pun. Mungkin ni semua simpton perempuan mengandung kot! Cepat rasa cemburu!

" Okay akak cerita. Dulu memang akak tak boleh lupakan Mikail. Dan truthfully is, akak ambil masa yang lama untuk move on." Aku sudah memasamkan wajah. Sara, why you become like this???

"Adik akak ni kuat cemburu ye? Sayang sangat ni dekat Mikail." Ketawa akak membuatkan aku rasa malu. Ya Allah Sara!

"After that, Allah temukan kakak dengan seorang lelaki ni. Dia berbangsa American tapi his father is a korean. His mom american. Nama dia Mark!" Tatkala itu, aku dapat melihat betapa kakak sungguh mendalami setiap bait- bait katanya yang berkaitan dengan lelaki tersebut.

" Dia sangat baik dengan akak. Sampaikan akak rasa perasaan akak macam hadir untuk dia. Dan lama-kelamaan akak makin rapat dengan dia. Sampailah dia luah perasaan dekat akak yang dia sukakan akak sejak kali pertama dia bertemu dengan akak dekat Pulau Jeju." Kak Mira terhenti seketika. Fikirannya seperti sedang memikirkan sesuatu.

" Nampaknya dia sangat special untuk akak kan? Mesti handsome!" Aku teruja.

" Eh! Lagi handsome daripada Mikail." Aku tergelak. Oh! Pandai akak nak kenakan aku ye.

" Dia tak nak datang sini jumpa dengan ibu?" Soalan tu juga yang terpacul dari mulut aku. Kak Mira ni dah kena kahwin dah.

"Dia ada cakap dia nak datang Malaysia. Dan sebelum tu dia nak convert instead akak kena ada waktu dia convert tu. After that, baru dia datang masuk meminang akak." Dah teruja muka dia tu.

"Parents dia tak cakap apa-apa ke?"

Kakak menggelengkan kepala.

"Malah mereka menggalakkan lagi. Sebab diaorang suka dengan akak!" Wah! kembang perempuan ni nampaknya.

"Yeay, Sara nak dapat abang ipar dah!" Mulutku terus ditutup menyebabkan aku terdiam seketika.

"Diam Sara! Nanti semua orang tahu! Akak nak buat surprise." Aku tersengih kerang busuk.

Aku terus memeluk tubuhnya erat. Sayang akak!

.......





TBC

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now