Bab 41

3.1K 94 6
                                    

.......

Di hadapan rumah ibu,

"Kasut siapa ni sayang? Abang tak pernah tengok pun selama ni." Berkerut wajah suamiku ingin mengetahui siapa pemilik kasut wanita tersebut.

"Mungkin kawan abang Fattah datang sini ke. Entahlah! Malas nak ambil tahu." Perutku yang sudah mula rasa berat sedikit itu membuatkan aku berasa tidak selesa.

Tatkala aku ingin memulas tombol pintu, terjengul wajah ibu di sebalik pintu dengan siap tubuhnya memakai apron. Wah! Tak salah timinglah kiranya.

" Ada orang nak datang ke ibu? Siap masak bagai?" Aku menyalam tangan ibu lalu ibu menarik tubuhku masuk ke dalam.

Mikail sudah mengambil tempat di sofa kegemarannya.

"Kita-kita je yang makan." Ibu berseloroh.

Aku mengikuti langkah ibu ke dapur.

Tatkala itu,

"Ibu, mana barang Mir......?" Aku tergamam apabila melihat wajah kakakku yang sudah sekian lama aku tidak melihatnya. Dia juga terkelu sepertiku.

"Kakak dah balik sayang." Mata ibu kemerahan menandakan dia sedang menahan tangisan.

Aku tak tahu apa yang aku rasa. Sedih, kecewa, gembira semua ada!

"Sa.....ra?" Ya Allah! Suara kakakku yang dah lama aku tak dengar. Aku rindukannya.

Dia berjalan menghampiriku lalu memegang tanganku. Dia mengusap pipiku yang sudah berlinangan air mata. Dia tahu aku sangat kecewa.

"Maafkan kakak!" Lantas dipeluk tubuhku seerat mungkin. Aku pun memeluknya walaupun sedari tadi aku masih tidak mengeluarkan percakapan bersamanya.

Akhirnya aku mengalah,

"Kenapa akak tinggalkan Saraa?" Tersedu-sedan aku menuturkan kata.

Dia mengusap bahuku.

Dan pada masa yang sama, Mikail datang dan dia juga terkejut untuk melihat Mira, bekas tunangnya dan juga merangkap kakak iparnya.

"Mira!" Dia tergamam.

.......

Hazim berdiri di balkoni biliknya sambil termenung jauh. Dia masih memikirkan tentang rancangan ibunya yang hendak meruntuhkan keluarga Sara...

"Oi! Termenung jauh nampak. Apa yang kau fikirkan tu?" Liyana yang baru saja keluar dari biliknya untuk keluar dari rumah bagi menghabiskan masanya bersama kawan-kawannya di 'shopping mall'.

"Akak nak pergi mana ni?Kan mama nak makan tengah hari sekali dengan kita?" Hazima menjongketkan keningnya.

Liyana Ashila. Kakaknya yang sangat berperangai liar. Dia berumur 25 tahun dan sudah tamat belajar bagi bidang perniagaan. Dia sambung belajar dekat New Zealand jadi bila dah bercampur dengan masyarakat dekat sana, sikap dia pun dah lain.

"Kau sibuk apasal dik? Kau jelah teman mama makan! Akak dah janji dengan kawan kak nak shopping. Sebab nanti akak nak pergi interview kerja. So akak kenalah lawa-lawa kan?" Sudah berseri-seri wajahnya ingin jumpa si Mikail yang sudah lama dia minati sejak di bangku sekolah.

Walaupun dia tahu Mikail sudah beristeri, namun niat di hatinya tetap mahukan Mikail kerana dia sudah memasang niat untuk jadi isteri lelaki tersebut setelah tamat pembelajarannya di New Zealand.

~Flashback~

"Mikail ni ada orang bagi dekat kau surat." Hafzan memberi surat yang tidak tahu siapa pemiliknya kepada si Mikail.

"Siapa bagi?" Mikail bertanya. Di sekolah, memang Mikail sering menjadi lelaki idaman pelajar perempuan di sekolahnya. Malah, dia juga menjadi pelajar contoh di sekolah bagi seluruh guru-guru di situ memandangkan dia sudah di tingkatan Lima.

"Kau kan banyak secret admire? Mestilah salah seorang daripada secret admire kau. Haiyoo!" Ditunjal dahi milik Mikail itu.

"Malaslah aku nak baca. Buang jelah surat tu!" Dilempar surat tersebut ke dalam tong sampah berhampiran.

Dari jauh, kelihatan seorang perempuan berambut separa pendek sedang menahan amarahnya sambil menahan tangisan.

" Kau tunggu Mikail! Aku akan pastikan kau jadi milik aku jua." Dikepal penumbuknya.

......

"Akak kau boleh mengelamun pula? Kak nak pergi mana? Makanlah sekali dengan mama. Dah lama akak tak makan sekali. Sejak ayah dah kembali ke rahmatullah, akak makin lain sangat." Suara Hazim semakin perlahan menusuk ke telinga milik kakaknya.

"Kau jangan cakap yang aku dah lain. Kau dengan mama yang lain! Aku nakkan Mikail. Tapi kenapa kau dengan mama tak boleh tolong aku. Korang membuta je!" Liyana tidak dapat membendung perasaan sakit hatinya setiap kali melihat pasangan bahagia tersebut di depan matanya.

"Akak kena redha. Akak tiada jodoh dengan Mikail. Mungkin Sara yang terbaik untuk dia. Akak boleh dapat yang lebih baik dari tu!" Hazim buntu.

Mama suruh dia tarik Sara dan kakaknya pula nakkan Mikail.

"Aku tak kisah. Apa yang aku nak mesti aku akan dapatkan. Ni kau bagitau mama, aku tak balik harini. Kalau balik pun lewat. Aku pergi dulu!" Terus dia melangkah meninggalkan adiknya masih membungkam di balkoni rumah.

Hazim memejam matanya. Saat ini dia hanya rindukan seorang saja. Ayahnya!

.......

Suasana sunyi sepi antara Mikail dan Mira. Sara memberi ruang untuk kakaknya bercakap dengan suaminya.

"Maafkan Mira, Mikail". Suara sayu Mira menusuk ke dalam telinga Mikail.

Mikail hanya menyepikan diri. Dulu mungkin dia tak dapat menerima kehadiran Sara sebagai peneman hidupnya kerana dia masih mencintai wanita di hadapannya ini.

Tapi bila dia dah sedar Sara banyak mengubah kehidupannya, dia terima Sara dan mencintai isterinya itu kerana dia tahu Mira bukan lagi milik dia.

" Mika dah maafkan Mira. Walaupun apa yang Mira buat tu bukan semua orang boleh terima, Mika masih anggap Mira sebagai kawan."

Mira sudah menitiskan air matanya. Dia rasa sangat bersalah membuat adiknya dan Mikail sebegini.

Tapi dia tahu tindakannya ini tak salah kerana adiknya sudah membuatkan Mikail jadi seorang lelaki yang lain.

"Mira seronok tengok adik Mira bahagia dengan Mikail. Mira harap Mikail dapat jaga Sara dan kandungan Sara sebaik mungkin. Hanya Sara saja adik Mira. Mira tahu Mikail sayangkan Sara dan Mira harap perasaan tu kekal selamanya." Dia rasa lega.

Mikail tersenyum.

Sara, perempuan pertama dan terakhir dalam hidupnya.

" Terima kasih Mira sebab temukan Mika dengan Sara. Mika hargai apa yang Mira buat. Dan Mika juga harap Mira akan dapat pengganti yang lebih baik dan yang boleh membimbing Mira hingga ke syurga-Nya."

Mira mengangguk. Ya Allah! Terima kasih kerana temukan aku kembali dengan keluargaku.

Sara yang sedari tadi mendengar perbualan mereka hanya mampu menahan tangisan saja.

......






TBC

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now