Bab 62

3.1K 98 11
                                    

.......

Sara pov

"Masuklah! Buat macam rumah sendiri." Aku terpana melihat sekeliling rumah milik Heliza. Sungguh indah walaupun hanya apartment. Tampak sangat kemas.

"Kau duduk seorang je rumah ni?" Aku membelek setiap gambar yang digantung pada dinding.

"Yelah. Aku mana kahwin lagi. Kotlah kau." Seakan memerli aku sahaja. Aku sengih.

"Jom aku tunjuk bilik kau." Dia meraih tanganku lalu bergerak ke sudut ruang tamu. Dibukanya pintu bilik tersebut.

Aku senyum. Bagi aku sangat selesa dengan keadaan bilik ini. Cukuplah untuk aku dan anak aku beradu.

"Okay tak?" Dia menjongketkan keningnya.

"Iza. Aku bukan apa. Aku rasa macam dah susahkan kau. Kau bagi aku tumpang sini." Dia terus mendengus.

"Apa yang susahnya? Kau kan kawan aku. Apa makna sahabat kalau susah tak boleh tolong. Lagipun aku tinggal alone. Ada kau boleh aku bermanja sikit." Dia menggerrutu.

Aku gelak.

"Ada-ada je kau ni. Terima kasih ye." Aku memeluk tubuhnya. Rasa sebak bertamu di hati. Kalau takde Heliza, tak tahulah apa jadi kat dia....

"Dahlah! Cengenglah kau ni Sara. Asyik sedih je. Kau pergi masuk, rehat. Kesian aku tengok anak kau tu." Dia menghampiri Ain yang sudah membuka mata apabila sudah lama lena di dalam stroller.

"Yelah." Aku mencebikkan bibir.

"Tengok mama cengeng dengan che Za." Aku terus gelak bila dia menggelarkan dirinya Che.

"Boleh glamour sikit tak gelaran tu?" Aku yang mendengar dari dalam bilik memerlinya.

"Ish kau ni. Cute apa panggilan Che. Terasa muda!" Dia dah duk terbayang sorang diri.

Aku melangkah ke arahnya untuk mengambil bagasiku. Aku menjuihkan bibir. Apa-apa jelah kau ni Iza.

Dia tersengih lalu menolak stroller masuk ke dalam bilikku.

.......

Mikail pov

Aku dan kakak masih menunggu di luar pintu wad yang menempatkan mummy. Kami terus bergegas ke hospital apabila mummy tidak sedarkan diri.

Aku memicit kepalaku. Ya Allah! Apa yang aku dah buat ni?

Kak Medina datang dan duduk sebelahku.

"Akak tak sangka adik akak akan lukakan hati perempuan sampai begini sekali." Suaranya lirih.

Hatiku terasa. Aku tahu ini semua takkan terjadi kalau aku tak turutkan kata hati aku sangat.

"Tapi kenapa Mika? Sara tak cukup baik lagi ke? Akak nampak betapa sayangnya Sara dekat kamu. Dia sanggup tak kerja semata-mata nak jaga makan minum kamu." Aku terus pandang wajah kakak. Aku nampak air matanya yang mula mengalir perlahan.

"Please appreciate her. Jangan ego dengan diri." Kak Medina memandangku sambil menunjal dadaku. Aku mengeluh.

Tatkala itu, doktor yang bertugas keluar dari wad tersebut.

"Siapa ahli keluarga Datin Rosmizah?" Dia bertanya.

"Kami doktor. Macam mana dengan mak saya?" Kak Medina bertanya.

"Alhamdulillah. Datin dah stabil. Tadi darah tinggi dia melonjak naik. Agak terkejut saya. And kalau boleh jangan bagi dia stres sangat ye. Kalau takde apa-apa saya pergi dulu." Doktor tersebut meminta diri.

"Terima kasih doktor!" Aku terus terduduk.

"Kakak masuklah. Buat masa ni mesti mummy tak nak jumpa dengan Mikail." Aku pasrah. Aku terima jika mummy tak nak jumpa dengan aku.

"Adik, mari masuk. Walaubagaimanapun adik masih kena tegur mummy. Tak baik!" Ditariknya tangan aku memasuki sekali ke dalam bilik mummy.

Aku mengeluh. Langkahku membuntuti pergerakan kakak yang sudah meloloskan diri ke dalam bilik mummy.

"Medina...." Suara tuanya yang sayu membuatkan aku sebak. Semua ni takkan berlaku kalau bukan sebab aku.

"Mummy, I'm here." Medina menghampiri mummy lalu memeluk tubuh tua itu erat. 

"Mummy kecewa." Terdengar esakan kecil yang keluar dari mulutnya.

"Mummy don't be like this. Mummy tak sihat. You must take care of yourself. Medina tak suka mummy stress macam ni." Suara kakak juga mula kendur.

Aku berjalan menghampiri mereka berdua. Mata mummy terus tertancap ke arah aku. Wajahnya berubab seketika.

"What is he doing here?" Mummy seolah-olah tak mahu melihat aku lagi.

"Mummy please! I'm begging you. Bagi adik peluang betulkan kesilapan dia." Kak Medina menahan tubuh mummy yang mula meronta.

"Peluang apa! Mikail tak tahu nak guna peluang yang mummy dan keluarga dia dah berikan. Dia hancurkan hati Sara. Sanggup Mikail mainkan perasaan wanita macam tu." Berderai-derai air mataku mengalir. Rasa sakit bila ibu kita cakap macam tu dekat kita.

Aku terduduk di atas lantai. Terhinjut-hinjut aku menahan tangisan.

"Mummy tolong maafkan Mikail. Mikail tahu Mikail anak yang tak berguna. Ini semua salah Mikail. But please give me a chance to prove that I am not totally wrong! Mikail dah kena sihir. Dan sihir yang digunakan adalah untuk pisahkan Sara daripada Mikail." 

Lama mummy  mendiamkan diri sebelum aku terasa satu tangan menarik-narik bajuku supaya bangun. Aku mendongak. Ternyata mummy yang sedang memandangku dengan wajahnya cuba disenyumkan walaupun aku tahu ada kesedihan di sebalik wajah itu.

"Sayang, mummy minta maaf. Mummy terlalu ikutkan kata hati sampai tak mahu dengar penjelasan anak mummy. Mummy tahu you are not a bad guy. But please! Cari Sara balik. Mummy rindukan dia dan tentang cucu, insyaAllah akan ada rezeki lagi. Kalau dah dapat, don't let her go again." Terus tubuhku dipeluk erat. 

Aku mengangguk dengan satu azam yang baru. Mikail takkan lepaskan Sara lagi...

"Thank you mummy." Aku mencium ubunnya. Lalu aku terasa kak Medina turut memeluk kami berdua.

........

Hazim pov

Aku memandang kakak dan mummy bersilih ganti. Memang geram dengan apa yang berlaku.

"I just want to ask mummy, do you aware of what she has done? " Mummy nampak sedikit cuak. Aku menunjuk ke arah kakak.

"Whats wrong? Memang itu je cara yang boleh buatkan Sara hilang rasa bahagia dia tu! You know nothing!"

Aku memandang wajah kakak. Ternyata dia hanya membuat wajah selamba sambil membelek kukunya.

"Kenapa akak kejam sangat? Dia tengah mengandung and why you need to be so cruel towards her?"

"Eh adik! Kau tak perlu bising. Kau dah hancurkan impian aku. Jadi just keep your mouth shut up! Aku dah terlepas dia tapi kau jangan bodoh sebab aku boleh buat untuk dapatkan dia kembali." Terus kakak bangun dan melangkah naik ke biliknya.

Aku mengeluh.

"Mummy kecewa sebab Hazim tak pernah nak support apa yang mummy nak. This is for our sake! What I can see is you choose her more than your own mother." Mummy turut berlalu pergi.

Aku meraup wajahku. Tatkala itu wajah papa terlayar di mindaku.

Papa, apa Hazim perlu buat sekarang ni?

........





TBC

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now