......"Helmi, can I talk to you right now?" Datin Mariam memandang wajah anaknya tajam. Mana mungkin dia membiarkan anak lelakinya itu merosakkan perempuan begitu saja. Sama seperti bekas suaminya itu.
"What mum! I have my own things to do!" Helmi meraup wajahnya. Dia sudah benar benar lewat kerana ingin pergi mencari Kirana. Dia tak sanggup kalau Kirana menghilangkan diri bersama bayi mereka.
"Could you tell me how did it happened? How could you rape that girl Helmi! Mummy tak pernah ajar anak mummy supaya hancurkan maruah perempuan!" Datin Mariam menengking anak lelakinya.
"Mum! I said to you! I did it purposely. I love her! That is the only way I could get her love. Now, she's pregnant my child and I will responsible to be that child father!" Helmi melepaskan amarahnya. Dia tahu siapa yang membuka mulut kepada mak dia kalau bukan kakak dia yang tersayang tu.
"But why Helmi? Helmi yakin dengan cara ini akan mengembalikan kepercayaan Kirana terhadap kamu?" Setelah amarahnya berkurang, Datin Mariam duduk berteleku di atas sofa sambil memandang redup ke arah anaknya.
Helmi mengeluh. Dia menghampiri ibunya lalu memegang tangan tua itu sambil berlutut.
"Mummy! Helmi cintakan Kirana. Helmi sanggup buat apa saja untuk dapatkan perhatian Kirana. Helmi tahu dia tak suka Helmi sebab dia lebih suka Mikail. You know him right? Tapi Helmi tak kisah sebab Helmi akan dapatkan dia juga walaubagaimana sekalipun." Tanpa disedari, Helmi menitiskan air matanya.
Datin Mariam terus memeluk tubuh anaknya erat. Dia sayangkan anaknya itu. Tapi semenjak suaminya meninggalkan mereka terkontang kanting bersama, hidup anaknya ini semakin berubah.
"Mummy sayangkan kamu! Mummy doakan kebahagiaan Helmi okay!" Datin Mariam mencium dahi anaknya dengan penuh kasih. Sesungguhnya dia buntu dengan apa yang dilakukan oleh Helmi kepada Kirana. Masakan dia tidak tahu perangai Kirana seperti apa. Walaupun begitu, Helmi masih lagi perlu menghormat perempuan sebaik mungkin.
.......
Aku mengenakan blouse yang bercorak bunga berserta seluar palazo. Kepalaku pula aku kenakan shawl instant yang sangat simple. Cantik! Heheheh....puji diri sendiri.
"Sayang dah siap?" Mikail menghampiriku yang sedang menyolek di hadapan cermin.
"Sudahlah tu sayang! Cantik sangat aih! Nanti abang yang merana!" Mikail memegang tanganku yang sedang memegang brush pipi.
Aku tertelan air liur. Eh! Dia ni memang nak kena....
"Bukannya cantik mana pun! Saya cantik pun untuk awak je!" Aku menjelirkan lidahku kepadanya.
"Iyelah! Tapi kan sekarang kita nak keluar. So tak baik kalau isteri lebih cantik di luar berbanding dengan suami sendiri. Manalah tahu mat saleh dekat sini semua gatal gatal. Tak boleh tengok perempuan cantik sikit!" Mikail lantas merampas brush di tanganku. Aku pun apa lagi terus menyerang dia sebab aku nak ambil balik HAK milik aku!
Sehinggakan aku tidak sedar yang aku sudah pun terbaring di atas dada Mikail. Dan aku sedar apabila Mikail mula menatap anak mata aku sedalam mungkin.
Aku terkelu. Masing masing mendiamkan diri. Hanya kedengaran deruan nafas Mikail yang begitu kuat di telingaku.
Tatkala Mikail merapatkan wajahnya ke wajahku, aku terus menolak dada bidangnya dan bangun secepat mungkin.
Tapi tak semudah tu apabila dia menarik semula tubuhku jatuh kembali di atas tubuhnya. Habis baju aku terselak hingga ke pinggang.
"Abang! Apa ni!" Aku menumbuk dadanya berkali kali.
Wajahnya berkerut kerut menahan kesakitan disebabkan aku sendiri.
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...