Bab 19

9.8K 222 8
                                    


......

"Siapa yang call awak tadi Mira?"

Aku tersentak. Dah berejam benda tu berlalu, baru sekarang dia menyoalnya.

"Hmm...abang saya!" Aku menunduk.

"Boya? Abang awak kata apa?" Dia seperti gembira pula. Dah kenapa Mark ni???

"Abang saya suruh saya balik Malaysia." Mark terus diam.

Lama sikit dia senyap. Baru dia cakap balik.

"Habis awak kata apa?" Dia memandang anak mataku dengan satu seribu makna yang mendalam.

"Saya sebenarnya......entahlah Mark! Saya rasa bersalah kalau saya tak balik! Tapi itulah, saya rasa berdosa kepada ibu saya!" Aku menggumam.

"Awak akan tinggalkan saya lah nanti!" Mark memandang ku lagi.

Aku tersentak. Kenapa ni?

"Awak masih cintakan Mikail?" Soalan apakah yang cuba dia tanya ni???

"Kenapa dengan awak Mark? Awak tak sihat ke?" Aku memegang dahinya.

Dia menepis perlahan.

"Mira,please answer me!" Aku menghela nafas yang panjang sebelum jawab.

"Ya memang! Saya tak mampu bohong diri saya kalau saya dah lupakan Mikail sebenarnya. Tapi dia dah pun lupakan saya dan hidup bahagia dengan Sara. Saya reda!" Aku mengenggam tanganku kuat.

Wajah Mark berubah.

"Mira, saya tak mampu nak cakap apa. Tapi saya harap awak faham apa yang saya maksudkan selama ni. Apa yang saya buat dekat awak! Everything!" Dia meluahkan perasaannya.

Aku mula kehairanan.

"Apa awak cuba maksudkan?"

Dia menggelengkan kepalanya lantas bangun dari duduknya.

"Nothing! Nanti awak akan tahu sendiri! Saya pulang dulu!" Dia terus beredar tanpa mempedulikan aku yang sedang memanggilnya.

Aku mula resah. Apa sebenarnya maksud Mark???

......

Mikail merenung jam dindingnya. Sudah menunjukkan tepat pukul 7.30.

Aduh! Dia buat lagi ke...

Mikail keresahan. Dia risau kalau dia tampar lagi pipi isterinya itu.

Sejurus itu, terdengar bunyi enjin dari luar rumah. Aku mengintai di sebalik langsir untuk melihat siapa yang datang. Kelihatan Sara keluar dari sebuah teksi.

Aku cepat cepat duduk di atas sofa apabila aku dengar pintu sudah dikuak dari luar.

Tatkala kepalanya terjengul di sebalik pintu dan terus mengangkat kepalanya menyebabkan dia bertentangan mata denganku.

Tapi dia hanya menunduk balik dan terus berlalu ke tingkat atas tanpa mempeduli ku.

Aik! Dia tak nampak ka aku kat sini??

"Sara!" Aku memanggilnya. Dia terus berhenti.

Aku bangun dan berjalan menghampirinya dan dengan perlahan aku memeluk tubuhnya dari belakang.

Sesungguhnya aku rindu dia. Dah lama aku tak bermanja dengan dia.

"Lepaslah!" Aku dengar suara dia mendatar saja.

Aku melepaskan pelukanku lalu berdiri di hadapannya. Dia hanya kaku sahaja.

"Sara abang minta maaf. Abang tahu abang salah. Sara tak sepatutnya seksa abang begini. Abang rindukan suara Sara dan semua tentang Sara."

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now