Bab 60

3.2K 110 5
                                    

......

Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Melbourne. Rezeki aku bila aku datang sini, negara ini sedang mengalami musim salji.

Aku menarik bagasiku dan melangkah masuk ke dalam lapangan terbang tersebut.

Dari jauh ada seorang perempuan bertudung sedang melambai ke arahku.

Aku menghampiri perempuan tersebut dan aku terkejut untuk melihat siapa orang itu.

"Heliza?"

"Sara, kau tak kenal aku ke? Sampai hati sahabat sendiri kau tak kenal." Dia terus menerpa ke arahku.

"Ya Allah Heliza! Apa kau buat dekat sini? Aku sangka kau di Malaysia." Aku terus memeluk tubuh Heliza dengan erat.

Nilah sahabat akrab aku sewaktu sama-sama belajar di universiti.

Kami masing-masing meluahkan perasaan rindu yang teramat. Gila kau tak rindu....!!!!

"Comelnya ni siapa?" Dia memandang ke arah Ain yang sedang tidur dalam stroller.

Aku tersenyum.

"Ni anak aku. Aku dah kahwin Heliza." Matanya membuntang.

"Kau dah kahwin? Bukan nak ajak aku ke. Dengan siapa kau kahwin?" Aku diam. Takkan aku nak bagitahu Mikail. Mesti dia terkejut.

"Eh! Jom pergi makan. Kau kena bawa aku pusing Melbourne. Aku bukan tahu negara orang sangat." Aku menarik stroller Ain menghampiriku.

"Okay tapi kau kena cerita dekat aku ye. Aku tuntut hutang." Dia memberi amaran lalu menolong aku untuk menarik bagasi aku juga.

Aku tersenyum. Terima kasih ya Allah sebab pertemukan aku dengan kawan aku kembali.

.......

Tuk!tuk!tuk!

"Mira pergi tengok kejap siapa yang datang!" Ibu melaung dari arah dapur.

Mira melangkah ke arah pintu lalu dibukanya. Terkejut dia melihat yang datang ialah Datin Rosmizah. Dia masih kenal dengan wajah itu. Wajah bakal mertua tak jadi.

"Mira kan?" Datin Rosmizah turut tergamam.

"Maafkan saya datin." Tanpa menunggu terus dipeluk tubuh tua itu. Dia rasa bersalah dengan apa yang pernah berlaku antaranya dulu dengan Mikail.

"Takpe Mira. Aunty dah maafkan. Benda dah lepas." Mira mengangguk lalu meleraikan pelukan di tubuh itu.

"Eh datin! Mari masuk." Mira menarik tangannya masuk ke dalam rumah.

"Ibu tengok siapa yang datang." Puan Zalina bergegas ke ruang tamu. Dia turut tergamam melihat besannya datang.

"Rosmizah apa khabar?" Dipeluk tubuh tersebut erat.

"Alhamdulillah sihat. Ina macam mana? Maaf tak datang jenguk. Saya sibuk sikit kebelakangan ni." Mereka duduk di sofa untuk berbual bersama. Mira pula berlalu ke dapur untuk membancuh air.

"Takpe. Saya sihat je. Alhamdulillah Mira pun dah balik." Zalina tersenyum.

"Itulah saya terkejut tengok dia yang buka pintu tadi. Takpelah benda dah lepas. Nak diingatkan lagi buat apa kan." Mereka gelak bersama-sama.

Dari jauh, Mira berjalan sambil menatang dulang cawan yang berisi air.

"Mira buat apa sekarang?" Mira mengambil tempat bersebelahan ibunya.

"Mira dah kahwin aunty." Terkejut teruk di datin Rosmizah.

"Ye ke? Maaf aunty tak tahu. Tak datang pun kenduri kamu. Dengan siapa kamu kahwin?" Memang banyak soalan yang akan ditanya nampaknya.

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now