......Masing masing diam seribu tanpa berkata apa apa.
Mikail asyik sekali memandang gadis di hadapannya ini. Perempuan ini ialah bekas kekasihnya dulu sebelum dia memulakan hubungannya secara serius bersama Mira.
Gadis ini yang banyak meninggalkan kesan hitam dalam hidupnya.
Tatkala itu, suara si gadis itu mula kedengaran.
"Mik....ai...l!" Panggilnya tersedu sedan menahan tangisan.
Aku memandangnya tajam.
"Anak siapa yang kau kandungkan Kirana?" Kasar sahaja bunyinya.
Walaupun dia sudah tidak ada apa apa hubungan dengan Kirana, tetapi dia masih menganggap gadia itu sebagai sahabatnya.
"Hel....mi!" Tersekat sekat suaranya ingin menjawab.
Jawapannya membuatkan rahang Mikail seperti hendak jatuh ke bawah.
"Helmi! Kawan kita sendiri tu! Kau goda dia ke?"
Kirana menggelengkan kepalanya bersama tangisan yang makin melebat. Tidak! Dia bukan semurah itu.
"Tak Mika! Aku tak goda dia! Dia yang buat tanpa aku rela. Dia nak ikat aku supaya jadi isteri dia. Dia nak aku jadi mak kepada anak dia." Aku menafikan.
"Then? Kenapa kau tak terima? Kau nak aku buat apa?" Mikail memandang Kirana tepat sekali.
"Aku takut Mika! Aku takut sebab aku tak cintakan dia! Aku cintakan orang lain!"
Mikail lantas bangun dari duduknya.
"Come on Kirana! Kau sepatutnya bersyukur sebab ada lelaki yang masih nak bertanggungjawab dengan bayi kau. Kau ingat senang ke nak cari lelaki macam tu zaman sekarang?"
Perlahan lahan Kirana bangun dan berjalan menghampiri si Mikail dan tanpa disangka dia memeluk tubuh tegap itu.
"Aku cintakan kau Mika!" Kirana mengucapnya.
"Hey! Kau dah kenapa?" Ditolaknya tubuh si Kirana tanpa mengira belas kasihan.
"Kau gila ke? Aku dah ada bini. I love my wife more than you! Kau hanya sejarah lepas aku!" Mikail hanya mengherdiknya dengan kuat.
"Mika, kau pernah janji dulu nak kahwin dengan aku. Kau cakap kau nak bahagiakan aku. Tapi mana semua janji tu!" Kirana sudah seperti perempuan yang gila.
"No more bila aku dah jumpa Mira. But then, Mira buat dekat aku macam ni, aku dah buka hati aku untuk terima adik dia pula!"
"Kau memang penipu! Hidup kau takkan selamat Mikail! Aku akan pastikan hubungan kau dengan Sara hancur suatu hari nanti. Itu janji aku!" Sejurus itu,Kirana terus beredar keluar lalu menghempaskan pintu bilik Mikail dengan kuat.
Mikail terduduk di atas sofanya sambil meraup wajahnya berkali kali.
.......
"Okay kita dah sampai!" Mark membuka pintu pagar rumah ommanya lalu berjalan masuk hingga ke pintu rumah. Aku pula hanya mengikuti dari belakang.
"Omma!" Mark memanggil ommanya dari luar rumah.
Aku lantas memegang tangannya menyebabkan dia memalingkan wajahnya ke belakang.
"Kenapa?" Mark menjongketkan keningnya.
"Saya malulah!" Aku tersenyum sengih.
"Wae? Apa yang nak dimalukan? Awak pakai baju kan?" Aduh! Mamat ni nak buat lawak ke!
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...