Bab 14

11.8K 222 13
                                    


.....

"Fetty teman aku pergi shopping boleh tak hari ni sebab aku bosan duduk rumah ni!" Aku menggoncang tubuh Fetty yang sedang menonton televisyen.

"Aku malaslah beb. Hari ni aku nak tengok movie jer dekat rumah. Kau suruhlah boyfriend kau teman." Fetty memerliku.

"Kau ni kan suka sangat bagi aku marah. Kau tahu kan dia tu dah tak layan aku. Then, kau suruh aku terhegeh-hegeh lagi dekat dia. Memang tak ah!" Aku menjelingnya.

"Apa apa jelah." Fetty menyambung semula tontonan movienya.

........

Aku tersedar daripada tidurku. Kelihatan sinaran cahaya mula menembusi langsir. Tetapi aku masih tertanya tanya, bagaimana aku pulang ke rumah sedangkan aku mabuk???

"Awak dah sedar?" Suara lembut seseorang menyapa telingaku. Andaianku betul apabila orang itu ialah isteriku, Maisara.

"Macam mana abang balik ke rumah?" Aku memandang Sara yang sudah mengambil tempat di sebelahku bersama tangannya memegang semangkuk bubur.

"Semalam kawan awak hantar awak balik. Teruk betul mabuk awak kan? Kenapa awak sanggup mabuk sampai macam tu sekali? Awak tak ingat Tuhan ke?" Pedas sungguh kata katanya yang menusuk ke dalam hatiku itu. Tetapi aku hanya mendiamkan diri sahaja.

"Kalaulah Sara tahu yang abang mabuk ni sebab Sara", tetapi itu hanya mampu terucap di dalam hati sahaja.

"Sekarang ni awak makan bubur ni then awak pergilah siapkan apa yang patut."

Pantas aku mencapai tangannya apabila dia mula ingin beredar keluar dari bilikku.

Terus terkaku dirinya.

"Tolong suapkan abang!" Aku memandang anak matanya sedalam mungkin sehinggakan dia sendiri tertunduk.

"Please sayang!" Aku mengenggam tangannya makin kuat.

Mungkin lemah dengan paksaanku, akhirnya dia bersetuju.

Ya Allah! Moga-moga ini satu permulaan yang bahagia bagi memulihkan hubungan kami yang sah.

.....

Tiupan angin di pulau ini telah mengingatkan aku kepada keluargaku terutamanya adikku, Sara.

Sara, kakak rindukan kamu sangat-sangat!!!

Tanpa disedari air mataku mengalir perlahan.

Aku berasa bersalah kerana memaksa adikku untuk berkahwin dengan Mikail padahal dia sendiri tahu Mikail tidak suka pada adiknya itu.

"Are you okay Mira?" Sapaan Mark mengejutkan lamunan aku. Serta merta aku mengelap air mataku yang membasahi kelopak mata.

"Eh I'm okay! Awak sudah beli aiskrim?" Aku tersenyum memandangnya.

Aku tidak mahu dia terlalu mengambil berat tentang aku sedangkan dia bukan sesiapa pun dalam hidup aku cuma seorang sahabat sahaja.

"Sudah! Ini awak punya. Chocolate! You like it right?" Dia mengacah acah ke arah aku.

Perbuatannya itu meletuskan ketawa antara kami berdua. Sedikit sebanyak menghiburkan hati aku.

Mark, thank you for everything....

......

"Ibu, Sara macam mana dengan Mikail?"

Puan Zalina meletakkan baju yang sedang dijahit olehnya.

"Ibu pun tak tahu dengan Sara ni. Banyak kali dah ibu pesan dengan dia, jangan buat Mikail macam tu. Dia tetap suami Sara. Ibu penat Fattah!"

"Sudahlah ibu! Tak guna kalau ibu cakap banyak kali dekat adik. Dia tu kan memang degil. Tapi abang pun berharap yang dia sedar siapa sebenarnya Mikail dalam hidup dia tu."

Puan Zalina mengangguk. Benar kata anak lelakinya itu. Semoga Allah membuka pintu hati anaknya untuk mengetahui perkara yang sebenar.

......

"Assalamualaikum mama!" Aku menyapa mama yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.

"Ya Allah Mika! Terkejut mama. Mama ingatkan Mika tak mahu datang dah rumah mama." Datin Rosmizah mencebik bibir ke arah anaknya.

"Not like that mum. It just Mika tak sihat beberapa hari ni."

"Mana Sara? Menantu mama? Where is she?"

"Assalamualaikum mama." Pantas aku mengalihkan tumpuan ke arah suara tersebut.

Kelihatan Sara sedang berdiri dengan tersipunya di hadapan kami.

"Sara menantu mama! Apa khabar sayang? Jom kita masuk dalam rumah." Seketika mama mematikan lamunanku yang sedang asyik memandang Sara tanpa berkelip dari tadi.

Pantas mama menarik Sara masuk ke dalam rumah. Sebelum itu....

"Don't be too greedy sayang." Mama memerliku.

Aku terkaku seketika.

......

"Sara nak mama masak apa? Mama boleh masakkan. Lagipun lama dah Sara dengan Mikail tak balik rumah mama." Aku tersenyum mangu apabila mama berkata sebegitu.

"Tak perlu susah susah mama. Mama masak ja apa yang patut. Especially feveret food abang Mika." Aku terpaksa menggelarkan Mika dengan panggilan abang di hadapan mama bagi mengelakkan keraguan oleh orang tua tersebut.

"Iyelah...!"

......

"Hi abang! Ada apa nak jumpa Umi ni?" Umi menyapa pandanganku apabila dia mula mengambil tempat di hadapanku.

"Ha Umi! Abang just nak tanya pasal adik abang. Dia ada call Umi tak?"

"Tak da pula abang. Kot dia dah happy dengan suami dia ke. Mana kita tahu kan?"

"Hurm. Abang risau juga kalau dia tu still tak boleh nak terima Mika. Umi kenal kan Sara macam mana?"

Umi mengangguk tanda mengiyakan soalan aku tadi.

"Tak palah sekarang ni Umi nak makan apa. Abang belanjakan!"

"Yeay! Baiklah abang Fattah hari ni. Patutlah Sara selalu puji abang dia ni." Aku tersenyum mengekek. Bertuah punya adik....

......

"Sara, malam ni kita tidur sini ye." Aku menghampiri Sara yang sedang mengambil angin di taman rumahku itu.

"Apa awak ni? Saya nak baliklah!" Aku termangu seketika. Benarkah ini Sara yang aku kenal dahulu?

"Sara janganlah macam ni. Kalaupun Sara benci abang, please demi mama. Mama dah lama tak bermesra dengan abang especially Sara. She misses you so much, sayang!" Aku memegang tangannya berharap dia akan setuju.

"Jangan bersayang sayang dengan saya. Saya gelilah!" Aku diherdiknya kembali. Tetapi aku diam jua.

"Saya setuju sebab mama and not for you! Tapi saya tak nak tidur dengan awak. Awak tidur bawah, saya tidur atas! Muktamad!" Tanpa menunggu lagi, dia terus masuk ke dalam tanpa menghiraukan aku.

Aku memegang dadaku. Ya Allah! Sehingga beginikah dugaan yang harus aku lalui? Sakitnya....

Tanpa disedari oleh Mikail, ternyata Datin Rosmizah sedang menyaksikan adegan mereka berdua.

Maafkan mama Mika....!!!

Setitis air matanya menitis terkena tangan tuanya itu.

.......






TBC

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now