......"Adik ok ke ni?" Teguran abang mematikan lamunanku seketika.
Terasa jernih sahaja di pipiku.
"Okey." Itu saja yang aku jawab.
"Adik beritahu Mikail tak yang adik tidur sini malam ni?" Aku tersentak seketika.
Hari ni langsung dia tak hubungi suaminya itu. Entah ke mana Mikail pergi pun dia tak tahu.
"Sara please jangan macam ni boleh tak? Sampai bila Sara nak layan Mikail macam ni? Sara ingat dia tak da perasaan ke?" Abang memarahiku.
Aku dengan geramnya tanpa sengaja menengking abangku kembali.
"Oh! Selama ni apa yang Sara buat dekat dia, dia selalu mengadu kat abanglah! Patutlah! Rupanya ada orang yang tolong back up!" Aku gelak sinis.
"Sara don' t too much!" Abang sudah bangun sambil matanya tajam merenung wajahku.
Apabila kami hampir gaduh, serta merta aku terdengar suara ibu dari jauh.
"Sudahlah Sara, Fattah! Kamu adik beradik pun nak gaduh ke!" Ibu menghampiriku lalu mengusap lenganku perlahan.
"Bukan ibu! Fattah dah lama sabar dengan perangai Sara ni. Dia buat Mikail tu macam tak da perasaan!" Dapat ku lihat mata ibu seperti menahan tangisan.
"Eh abang! Rumah tangga Sara biarlah Sara yang jaga! Abang dengan ibu jangan sibuk! Sara malas dengan semua orang yang asyik nak menangkan jantan tu je! Apa yang dia ada ha!" Aku menempelak.
Ibu terkejut mungkin.
"Sara kamu sedar tak apa yang kamu cakapkan ni!" Ibu memegang tanganku.
"Ibu, Sara dah malas dengan dia. Sara akan minta cerai dengan dia dalam masa terdekat ni. Apa pun ibu dan abang nak cakap, keputusan Sara muktamad!" Aku terus berlalu pergi dengan hati yang kosong...
Tapi aku tak tahu kenapa,bila aku cakap sebegitu, aku juga yang terasa sakit dihati? Adakah aku hanya bohong sahaja ataupun dalam hati ni aku dah mampu menerima Mikail? Ya Allah, bantulah hambaMu ini....
......
"Ni ha Mikail! Aku dah tempah tiket kau dengan Sara ke Italy minggu depan." Hafzan melemparkan tiket yang terdapat di tangannya di hadapan Mikail.
"Haf! Kau bayar ke semua ni!" Wajahku sudah terkejut beruk.
"Iyolah! Aku belanja kau. Aku nak kau happy dengan Sara. Go and spend your time with her!" Hafzan membalas.
"Thank you bro! Nasib aku ada kawan macam kau." Aku pantas memeluk tubuh Hafzan erat.
"Iyelah!"
......
Dari jauh dapat ku lihat Sara asyik sekali menonton televisyen. Dia sedang melayan drama kesukaannya iaitu Hero Seorang Cinderella. Katanya dia suka dengan pelakon lelaki dalam tu, Fattah Amin. Aku ni suami dia tak da pula dia nak cakap suka atau tak! Jealous!
"Sara, abang nak cakap sikit boleh tak?" Aku duduk di sebelahnya yang sedang bersila.
"Hmm! Apa dia?" Langsung dia tak pandang muka aku. Tak kacak ka aku hari ni???
"Sara boleh ambil cuti 4 hari tak minggu depan?" Terus dia memandang aku dengan wajah yang tertanya tanya.
"Kenapa?" Dia menjongketkan keningnya.
"Erk....abang nak ajak Sara pergi Italy. Abang dah belikan tiket untuk kita berdua. Sara bolehkan?"
Dia senyap tiba tiba!
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...