Bab 25

8.4K 158 5
                                    


......

"Isya, tolong ambilkan telefon abang sekejap dekat meja tu." Sufi memandang isterinya yang baru sahaja keluar dari dapur setelah selesai membasuh pinggan yang digunakan untuk makan.

......

"Abang, Isya nak tanya sikit ni?" Nisya mengambil tempat di sebelah suaminya lalu memeluk lengan sasa suaminya itu.

Anak mereka pula, Haikal khusyuk menonton televisyen yang sedang memainkan cerita kartun.

"Eh! Nak tanya pun sampai kena berpeluk ke?" Sufi memerli isterinya namun dalam hati dia gembira kerana masing masing saling mencintai.

"Eh! Suka hati sayalah kalau nak peluk suami saya. Awak tak suka ke? Takpalah saya tak nak peluk dah!" Nisya menarik tangannya dari lengan Sufi lalu bergerak sedikit jauh dari suaminya itu.

Sufi tersenyum sahaja. Sejak isterinya mengandung anak kedua ini, memang Nisya kuat merajuk. Tapi dia dah faham. Sedangkan waktu mengandungkan Haikal pun, perangainya sama seperti ini. Jadi dia terpaksa menyerah kerana sayang isteri punya pasal....

"Comellah isteri abang merajuk. Nak abang pujuk ke? Kalau abang pujuk, nahas Nisya abang kerjakan. Takkan depan anak pula!" Sufi mengeyitkan matanya. Manakala Nisya sudah berlari entah ke mana. Suaminya memang gatal. Gatal tahap gaban!

......

"Mikail jaga Sara elok elok dekat sana tau!" Datin Rosmizah memandang anak lelakinya sambil tersenyum mesra.

"Baik mama! Sara kan bini Mika. Mika tahu nak jaga dia!" Mikail memeluk tubuh ibunya erat. Aku hanya memandang gelagat dua beranak itu.

"Hope so! Balik nanti ada berita gembiralah ye!" Mama berkata sambil mengangkat ibu jarinya.

Aku terkelu. Sebenarnya aku tak terfikir sampai ke situ sebab aku masih tak bersedia lagi. Tapi Mikail, aku tak tahu.

"InsyaAllah mama! Kalau ada rezeki adalah ye. Kami akan usahakan!" Mikail memalingkan wajahnya ke arahku lalu mengeyitkan matanya. Aku tertunduk malu. Huwaaaa!!!

"Dahlah tu Mika. Sara dah merah mukanya." Mereka berdua ketawa.

Mikail jahat!!!

......

Kirana memandang sekeliling rumahnya yang sudah lama ditinggalkan serta ibu dan adiknya juga. Dia berasa berdosa kerana sanggup meninggalkan ibu dan adiknya yang terkontang kanting dalam kesusahan kerana waktu dulu dia sangat terkejar 'kerja' yang pernah dijanjikan oleh lelaki keparat itu, Kassim yang sudi untuk memberi kerja sebagai kerani di kilang tapi akhirnya dia telah dijual kepada rumah pelacuran. Tetapi nasibnya baik apabila dia berjumpa dengan Mikail kerana waktu itu mungkin Mikail telah membeli untuk dirinya melayan si Mikail. Tapi benda lain yang jadi kerana dia telah bersungguh sungguh meminta Mikail mengambilnya dari sarang tersebut. Akhirnya, Mikail telah menyelamatkannya dari kancah zina itu.

Disebabkan itu, dia menaruh hati terhadap Mikail tetapi pada mulanya lelaki itu layan tapi setelah berjumpa dengan Mira, dirinya ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang khabar.

Kenapa hidupnya tidak pernah mendapat kebahagiaan? Kenapa dia sering diuji sebegini? Dia tak faham.

Tatkala itu, lampu di pangkin rumah menyala menandakan ada orang membukanya. Dari jauh dia dapat melihat wajah ibunya yang sudah dimamah usia.

"Siapa tu?" Wajah tua tersebut tercari cari dirinya.

"Mak.....!" Kirana tidak dapat membendung kesedihannya lalu mengalirkan air mata.

"Kirana!" Puan Maziah terkejut melihat anak perempuannya yang sudah lama menghilangkan diri sejak 10 tahun yang lalu.

Terus Kirana memeluk tubuh ibunya tanpa sebarang kata. Dia tidak mahu mendengar apa sekarang hanya inginkan dakapan ibunya sahaja kerana dia sudah lama dahagakan kasih sayang.

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now