......
Aku memandang lama kawasan perumahanku yang telah lama ditinggalkan aku selama setahun lebih.
Mira dah pulang, ibu!
Aku terasa sebak. Apakah ibu masih menerima aku sebagai anaknya? Bagaimana dengan abang aku pula? Dan paling utama adik aku?
Tatkala itu, seorang wanita yang kian berusia menyapa pandanganku apabila dia keluar dari pintu rumah untuk menyiram pokok bunga.
"Ibu?" Wajahnya terdongak melihat aku. Matanya terbuntang. Wajahnya sayu.
"Mira....?" Tubuhku dihampiri dengan perlahan. Air mata mula mengalir dari tubir matanya.
Lantas dipeluk tubuhku seerat yang mungkin.
"Ya Allah! Mira dah balik sayang. Ibu rindukan Mira sangat sangat!" Seluruh wajahku diciumnya berkali kali.
Aku menangis terhinjut hinjut. Betapa dosanya aku meninggalkan keluarga aku dengan begitu lamanya?
"Maafkan Mira ibu. Mira anak tak guna!" Aku mencium pipinya.
"Mira tak salah. Ibu yang salah." Diciumnya lagi wajahku dengan deraian air mata yang kian lebat membasahi pipi tuanya.
"Siapa tu ibu?" Suara abangku mula kedengaran.
Abangku terkejut melihat aku sedang berdiri di hadapannya.
"Adik! Kau dah balik?" Dia berlari ke arahku lalu memeluk tubuhku pula. Aku mengetatkan pelukanku pada tubuhnya. Aku rindukan mereka semua terutamanya adik aku, Maisara Hanim.
"Abang maafkan Mira. Mira dah malukan keluarga kita depan keluarga Mikail!" Aku tak henti henti memohon maaf daripada mereka berdua.
"Sudah! Benda dah lepas. Sara pun dah senang dengan Mikail. Mari kita masuk!"
Ibu memeluk bahuku lalu menarik aku masuk ke dalam rumah manakala abangku membantu untuk mengangkat begku masuk ke dalam.Ya Allah! Sesungguhnya aku bahagia dengan keluargaku kembali.
TBC
#after this saya continue lagi....sorry sbb pendek.
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomansaMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...