Bab 71

7.3K 150 42
                                    

........

Sejak dua menjak ni, tubuhnya kelihatan lesu sahaja. Makan pun tak lalu. Dia langsung tak terima call daripada isterinya itu. Nampaknya hanya sia-sia sahaja usahanya untuk memikat kembali hati si isteri.

"Mikail marilah makan sikit. Nanti kamu sakit siapa yang susah." Datin Rosmizah mengusap belakang anaknya yang dari tadi hanya batuk sahaja.

"Takpelah mummy. Tekak Mika tak selera sangat nak makan." Dia berdehem bagi menghilangkan rasa perit di tekaknya itu. Sudah berapa hari dia asyik batuk sahaja.

"Mikail, kamu takkan jadi macam ni kalau bukan sebab Sara kan?" Soalan tersebut membuatkan si dia terus terdiam tanpa memberi apa-apa reaksi.

Dia juga tidak nafi yang dia sering kali meracau nama isterinya itu sewaktu tidur. Dia boleh tahu pun sebab mummynya yang beritahu.

"Mikail tak tahu mummy. Mikail tak tahu macam mana nak pujuk Sara lagi. Maybe she does not want me anymore." Suara lirihnya membuatkan Datin Rosmizah semakin pilu.

Dia tidak pernah melihat anak lelakinya jadi seperti ini walaupun sewaktu bercinta dengan Mira dahulu. Tapi sekarang segalanya berubah selepas Sara hadir dalam hidupnya.

"Mummy makan. Mikail nak naik atas sekejap."

Datin Rosmizah hanya mampu menghantar pemergian anaknya dengan lirikan mata sahaja. Dia tak mampu nak halang sebab anaknya ini boleh tahan tahap kedegilannya itu.

Namun lain yang terjadi, apabila dia terdengar seperti sesuatu menghempap lantai. Terus dipalingkan wajahnya apabila terdengar suara orang gajinya yang seakan menjerit meminta tolong.

"Ibu! Mika jatuh bu!" Mana ada seorang ibu yang sanggup membiarkan anaknya seperti itu kan.

Terus dia bangun dan menuju dengan cepat ke tempat kejadian.

"Ya Allah Mikail! Kenapa jadi macam ni sayang?" Tidak henti-henti suara yang mula kedengaran seperti menahan tangisan.

.......

Mikail pov

Aku memicit kepalaku yang seakan berpinar-pinar tiba-tiba. Namun apa yang aku nampak hanyalah wajah Sara dan seseorang menghiasi pemandanganku sebelum aku sudah tidak sedarkan diri.

........

Sara pov

Prang! Cawan yang dipegang olehku secara tiba-tiba jatuh berkecai.

Hati aku tiba-tiba rasa tak sedap. Macam ada sesuatu yang berlaku. Ya Allah! Kenapa aku rasa macam ada sesuatu berlaku ni.....

"Sara!" Jerita Heliza dari luar rumah mematikan kerisauan aku yang mula bertandang dalam hati aku tadi.

"Apasal kau ni terjerit-jerit dari luar? Macam nampak hantu ja." Aku memarahinya.

"Sara, Mikail masuk hospital! Dia tak sedarkan diri!" Mataku terbeliak. Rupanya benar apa yang aku rasakan tadi. Ya Allah! Suami aku....

"Mana kau tahu ni?" Suaraku mula kendur. Aku tak mampu menahan tangisan.

"Kakak kau call aku sebab dia call telefon kau tak jawab. Sara jomlah kita balik. Dia perlukan kau ni." Bahuku diusap. Aku jatuh terduduk sambil menahan tangisan yang semakin lama semakin menjadi-jadi.

"Ya Allah tolong selamatkan suami aku." Aku memeluk tubuh Heliza erat seakan meminta semangat daripadanya.

"Sara jom kita kemas dan balik Malaysia." Aku mengangguk. Aku tak mampu lagi nak tinggikan ego aku sebab aku tahu aku masih utuh milik suami aku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 22, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now