Aku duduk di atas katil setelah selesai membersihkan diri. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 11 malam.
Mana dia ni? Tak habis kerja lagi ka? Hatiku bertanya.
Sedang aku mengelamun,tiba tiba kedengaran pintu rumah ditutup oleh seseorang. Pantas aku berlari keluar dari bilikku untuk melihat.
Tetapi aku terkaku, apabila aku melihat Mika balik dalam keadaan mabuk sehinggakan rakannya perlu memangku tubuhnya.
"Eh Sara! Mika mabuk ni. Awak tolong sat!" Aku pantas menghampiri mereka.
"Erk, biar saya buat! Awak boleh balik dulu."
"Okeylah! Sorry sebab Mika terlalu mabuk sampaikan dia tak sedar diri ni. Assalamualaikum!" Sejurus itu, lelaki itu terus beredar pulang meninggalkanku bersama Mikail.
Aku terus mengendong tubuhnya lalu membaringkannya di atas sofa. Ku lihat wajahnya yang pucat.
Kenapa kau sanggup mabukkan diri kau Mikail?
Aku mengambil sapu tangan yang sudah dibasahi oleh air lalu meletakkannya di atas dahinya. Tatkala itu aku terasa dahinya juga panas.
Demam!!!....
Sejurus itu, aku terdengar dia meracau namaku.
"Sara....Sara jangan tinggalkan abang!" Aku terkesima apabila terdapat sebutir air mata yang mengalir dari kelopak matanya yang terpejam.
Dia menangis???
......
"Fattah kamu ada apa apa hal ke hari ni?" Puan Zalina memandang anak lelakinya yang sedang menuruni tangga.
"Kalau sekarang takdalah,ibu. Tapi lepas ni Fattah nak pergi gim dengan kawan Fattah. Ada apa ibu?"
"Ibu bukan apa, ibu ingat nak pergi rumah adik kamu. Ibu rasa rindu pula nak jumpa dia."
"Hurm, boleh ja. Tapi sekarang ni Fattah nak pergi mandi jap. Dah busuk ni lepas joging. Ibu nak bau?" Fattah mengacah ibunya dengan mengangkat lengannya hampir dengan wajah Puan Zalina.
"Fattah!!"Hampir satu rumah jeritan suara Puan Zalina menyeringai.
Fattah hanya mampu melarikan dirinya ke atas apabila ibunya ingin mencubit lengannya.
"Ibu tak dapat abang!"
Bum! Pintu bilik dihempas kuat dengan ketawa yang tidak berhenti.
Puan Zalina tersenyum memikirkan anak lelakinya itu. Tatkala itu, wajah anak perempuannya, Mira terlayar di ingatannya.
Mira pergi mana? Ibu rindukan Mira???
.....
Aku cuba membuka kelopak mataku dengan perlahan. Terasa berdenyut denyut kepalaku. Sakit yang teramat.
Tetapi apabila aku cuba untuk bangun, tubuhku terasa berat sedikit. Ku lihat ada tangan yang melilit pinggangku. Sejurus itu, aku memandang ke tepi. Sara sedang elok terlentok di tepiku juga.
Dia jaga aku ke semalam???
Pelbagai soalan bermain di mindaku.
Aku memandang semula ke tepi. Tanganku mencapai wajahnya yang putih mulus itu lalu mengusapnya.
Sara, adakah aku bukan suami yang layak untuk jaga kau hingga akhir hayat kau? Adakah diri aku terlalu hina sehinggakan kau tidak mahu menerima aku semula walaupun aku dah insaf dengan segala perbuatanku? Aku sayangkan kau Sara....!!!!
Terus aku mengucup dahinya tanda kasih sayangku yang tidak pernah padam buatnya hingga akhir hayatku....
......
TBC
#maaf bab ni tergantung skit sebab part yg saya dh buat fully tu dh trpadam...so saya kena buat lain.... i hope readers bleh bersabar lagi ye???
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...