......"Mark, I miss you son!" Seorang lelaki tua yang berkacukan orang putih memeluk erat tubuh Mark bersama linangan air mata dari tubir matanya yang tak dapat diungkapkan.
"Miss you too dad!" Aku terdiam seribu bahasa.
"Mira, duduklah!" Aku terkejut.
Wah! Aku sangka ibu Mark tak tahu cakap bahasa aku. Erk! I mean bahasa kebangsaan kitalah.
"Who is this?" Aku perasan mata ayah Mark asyik melihatku dari tadi lagi sewaktu dia peluk Mark.
"Oh! Seems like I forgot about her. Dad, this is Mira. She's my friend. We just know about in 4 months." Mark mengambil tempat di sebelahku.
"Oh I see!" Aku dah terdiam sebab tak tahu nak cakap apa.
"Mira! It just like a beautiful names, isn't?" Mr Tuan sudah bermain jarinya.
"Yah! Dad. Where is Jane?" Aku pun mengangkat muka apabila kelihatan Mark seperti mencari seseorang.
Jane? Siapa tu? Kekasih dia ke? Ataupun isteri dia?
"Jane like usual. She's doing some work as well."
Mark terangguk angguk.
"Mira, please do like your own house, girl? Okay?" Mr Tuan mengangkat ibu jarinya sambil tersenyum. Yah! Baru aku perasan Mark ada iras ayah dia. Patutlah kacak!
Semua tergelak. Dan aku pula....
"Mira...kamu makan di sini ye?" Ibu Mark memegang tanganku.
Aku rasa bersalah sebab aku muslim. Mereka kristian dan aku takut kalau...
"Jangan takut Mira. Omma masak asing untuk kamu!" Dia mengusap tanganku pula. Aku terharu.
"Gomawo omma!" Aku menunduk.
Tatkala itu, aku terasa seperti tubuhku dipeluk. Dan aku tahu itu adalah pelukan ibu Mark sendiri.
"Omma harap Mira dapat bahagiakan Mark." Terdengar rintihan suara tuanya sudah membuatkan aku berasa sebak.
Tapi kenapa dia perlu membahagiakan Mark? Apa maksud omma sebenarnya?
......
"Akak tahu akak salah Sara. Akak tak sepatutnya buat abang Fattah macam tu. Akak terpedaya dengan kata kata abang Remy." Raina memegang tanganku erat ditemani dengan linangan air mata yang semakin deras mengalir.
Mikail pula hanya memandang adegan kami berdua tanpa masuk campur sebab aku dah pesan dekat dia suruh duduk diam.
"Tapi kenapa kak? Abang Fattah terlalu sayangkan kakak. Dia pernah cakap dekat Sara yang dia rasa kakaklah wanita pertama yang berjaya membuka pintu hati dia terhadap perempuan. Dia selalu juga cakap kat Sara yang dia nak kahwin dengan kakak, nak bahagiakan kakak semua tu. Tapi bila kakak buat macam ni, dia rasa hina. Dia rasa diri dia tak berguna lagi." Aku mengeluh.
"Maafkan kakak Sara. Lepas kakak tinggalkan abang kamu, hidup kakak tak tenang. Siang malam kakak meracau nama dia sebab kakak dah bohong diri kakak yang kakak boleh lupakan dia. Kakak hampir kena buang kerja tapi nasib baiklah anak bos kakak tu kawan kakak. Dialah yang banyak mendorong kakak. Kakak tahu kakak salah. Tapi akak tahu juga yang abang Fattah takkan terima kakak dah!" Dia menangis lagi.
"Bagi Saralah kan, kalau abang Fattah tu mungkinlah dia boleh maafkan kakak sebab bohonglah cakap kalau dia dah lupakan kakak sebab dalam bilik dia still ada gambar kakak dengan dia bertunang. Tapi kalau ibu......, Sara tak pasti sebab.....ibu sangat kecewa dengan kakak kerana kakak sanggup putuskan tunang tanpa siasat dulu betul atau tidak abang pernah tidur dengan perempuan lain."
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...