......."Va bene! Andiamo. Buone vacanze. Goditi la tua luna di miele!"(Okay! Dah sampai. Nikmati bulan madu anda!) Pemandu tersebut memberhentikan keretanya di hadapan Italian Dstar Hotel sejurus kami sampai di situ. Aku terpegun melihat keindahan hotel tersebut. Sangat berbeza dengan hotel hotel yang terdapat di Kuala Lumpur.
"Grazie! Ci vediamo di nuovo!"(Terima kasih! Jumpa lagi!) Aku lihat Mikail berjabat tangan dengan lelaki tersebut sebelum dia beredar meninggalkan kami di hadapan hotel itu.
"Sayang jom!" Mikail menarik tanganku masuk ke dalam hotel. Aku pun hanya mengikutinya dari belakang.
Mataku dijamah oleh pelbagai jenis kaum di sini. Kebanyakannya orang Itali lah. Ada yang datang bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan lain-lain.
Selain itu,
Hotel ini diperbuat dari pelbagai jenis bahan campuran umpama binaan Taj Mahal. Tetapi ini lebih cantik kerana pada setiap dinding dan juga bumbungnya mempunyai dekorasi yang boleh menarik perhatian para pengunjung ke situ.
"Welcome to our Italian Dstar Hotel!" Seorang penyambut tetamu perempuan mengalu alukan kunjungan kami di kaunter pendaftaran.
"Thank you! Can I get my bedroom number?" Aku hanya membiarkan Mikail menyelesaikan perbualannya bersama perempuan tersebut di kaunter malah aku pula asyik melihat pemandangan di dalam hotel tersebut sehingga aku tak perasan yang aku terlanggar seseorang menyebabkan beg aku dan juga barang yang dipegangnya terjatuh.
"I'm sorry!" Aku bantu lelaki tersebut mengutip barangnya dan juga dia mengutip barangku masuk kembali ke dalam beg.
"Its okay! My fault!" Aku terdiam. Kenapa suara ni sangat familiar?
Sejurus aku mendongakkan kepalaku, aku tergamam. Dan dia juga begitu!
"James!" Mataku terbeliak.
"Sara!" Aku dapat melihat wajahnya yang berubah tatkala melihatku.
Aku terus bangun tanpa berkata apa apa dan terus merampas begku dari tangannya.
"Sara.....I miss you so much!" Suaranya yang perlahan itu membuatkan aku sebak. Ya sebab apa? Nanti aku cerita....
"Sayang jom!" Mikail menarik tanganku tanpa sempat aku berkata sesuatu kepada James. Dia pula hanya melihat kelibatku hilang dari pandangannya dengan wajah yang sayu.
.......
"Fattah pergi mana?" Puan Zalina yang sedang menyiram pokok bunga orkid miliknya itu terus memberhentikan kerjanya setelah anaknya baru memarkir kereta di perkarangan rumah.
Fattah terkelu. Mana mungkin dia ingin memberitahu ibunya tentang pertemuannya yang tak disengaja dengan si Raina. Tapi dia tak pernah berbohong dengan ibunya itu.
"Erk...tak pergi mana pun! Kawan Fattah ajak makan." Fattah menghampiri ibunya lalu memeluk tubuh tua itu erat.
Puan Zalina tercengang.
"Ni kenapa anak ibu ni? Ada masalah ke?" Puan Zalina mengusap kepala anak lelakinya lembut.
Sara, Fattah dan juga Mira merupakan satu hadiah yang tak mampu diungkapkan kegembiraannya apabila dikurniakan mereka.
"Fattah rindukan ibu!" Makin erat dia peluk tubuh tua itu. Puan Zalina tersenyum. Seorang ibu mampu merasai apa yang dialami oleh anak mereka.
"Fattah jumpa Raina ke?" Fattah tercengang. Macam mana ibunya tahu?
Fattah lantas meleraikan pelukan di tubuh ibunya lalu berdiri menghadap orang tua itu.
"Mana ibu tahu?" Fattah memegang tangan ibunya. Dia takut kalau ibunya memarahi dia kerana pergi berjumpa dengan Raina, bekas tunangnya itu.
"Fattah takut ibu marah ke?" Puan Zalina tersenyum sambil matanya sudah pun berair manakala tangannya mengusap pipi anak lelakinya itu.
Fattah tercengang lagi. Kenapa ibu menangis?
"Ibu dah tua Fattah. Kalau boleh, ibu nak tengok semua anak ibu bahagia. Ibu tak nak tentukan kehidupan kamu semua. Cukuplah adik kamu Sara! Tapi alhamdulillah akhirnya dia bahagia dengan suami dia." Puan Zalina menahan sebak.
Sejak arwah suaminya pergi meninggalkannya bersama anak anaknya, dia sentiasa menjadi seorang ibu yang tabah dalam membesarkan anaknya sendiri. Dia tidak gentar dengan apa jua halangan yang datang.
Fattah mengeluh.
"Tapi ibu....." Puan Zalina pantas menutup mulut anaknya dengan tangannya.
"Ibu faham. Tapi Raina pun manusia juga. Ada hati dan perasaan. Ibu bukannya sempurna nak marahkan orang selamanya. Ibu tahu Raina berhak diberi peluang sebab ibu boleh nampak betapa marahnya dia bila dia dapat tahu yang kamu pernah tidur dengan perempuan lain. Itu bermaksud yang dia sangat cintakan kamu. Tapi tulah, manusia mudah percaya dengan kata kata orang lain sama ada baik ataupun buruk!" Puan Zalina akhirnya meluahkan isi hatinya.
Berhak anak lelakinya itu untuk merasai kebahagiaan bersama wanita yang dicintai.
"Terima kasih ibu. Ibulah semangat Fattah selamanya!" Fattah lantas memeluk tubuh ibunya erat bersama linangan air mata di pipi. Puan Zalina turut begitu.
Terima kasih Ya Allah!
......
Sejak aku masuk ke dalam suite bilik kami, aku hanya mendiamkan diri sahaja. Kerana apa? Kerana, aku masih terkejut dengan apa yang berlaku tadi!
Kenapa di kala dia ingin membuka hatinya untuk suami sendiri, 'orang' lama muncul kembali? Kenapa? Tidakkah dia berhak hidup bahagia bersama suaminya?
Tatkala aku sedang mengelamun, Mikail menerjah aku dari belakang dengan memeluk tubuhku erat.
"Oh mak kau!" Aku menutup mulut. Malu!
Aku lihat Mikail sudah tersenyum senyum.
"Sayang melatah ke?" Dia meletakkan dagunya di atas bahuku sambil menatap wajahku lama.
Aku tertunduk. Kenapa Mikail suka menyeksa jiwanya?
"Awaklah jahat! Suka buat saya macam macam!" Aku mencebik.
Dia mengetatkan lagi pelukannya di pinggangku.
"Sayang, abang nak tanya sikit boleh tak?" Sesekali tangannya lincah bermain dengan jariku.
Aku pula tidak membantah malah hanya membiarkan sahaja perbuatannya itu. Aku rasa terbuai dan seperti dihargai.
"Hmm...." Aku hanya mengangguk.
"Kenapa abang tengok sayang sejak berlanggar dengan lelaki tu, saya macam banyak mendiamkan diri. Sayang kenal ke lelaki tu?" Mikail melihat aku lagi.
Aku terkelu. James? Takkan dia nak beritahu perkara sebenar kepada Mikail yang James tu bekas kekasih dia sewaktu dia belajar di Korea dulu. Dia takut kalau Mikail menjauhkan diri daripada dia.
"Saya tak kenal pun. Saya yang terlanggar dia tadi sebab terpegun sangat tengok dalam hotel ni!" Aku bercerita sakan dan terus lupa pasal soalan Mikail kepadaku berkaitan lelaki itu.
Tiba tiba Mikail menolak wajahku menghadap wajahnya yang sedang serius.
Aku pun diam tak kata apa.
"Sara, just remember this. You're only mine. Tiada siapa yang mampu menggantikan Sara dalam hati abang. Datanglah seribu wanita sekalipun, abang tetap setia dengan Sara. You're my only wife. I love you." Sejurus itu, Mikail mengucup dahiku lama.
Aku terpana. Sampai begitu sekali dia sayangkan aku?
Aku berasa sebak. Hendak saja aku meluahkan perasaan aku juga tapi ego mengatasi segalanya. Aku takut sebenarnya. Tapi kenapa? Dia suami aku!
Lalu, dia pun bangun beredar keluar dari bilik kami.
Aku mengeluh lagi. Mikail maafkan Sara! Sara tak mampu nak balas cinta Mikail. Sara bukan isteri yang baik. Tapi Sara juga cintakan Mikail.
Ya Allah! Jika benar dia yang terbaik buat aku, Kau utuhkanlah perkahwinan ini hingga ke syurgaMu....
.......
TBC
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...