Bab 38

3.8K 93 4
                                    


.......

Mark memandang rakan-rakannya yang sedang berseronok dengan perempuan-perempuan yang sedang menari dalam keadaan yang tak dapat diungkapkan. Namun dia tidak berasa seronok pada malam tersebut walaupun malam itu adalah malam kebahagiaan baginya kerana ia adalah hari lahirnya.

Dia masih tidak dapat menghapuskan rasa rindunya yang semakin membuak buak terhadap Mira.

Ahhh!Serabut....

"Bro come and join us!" John, rakan baiknya menghampirinya lalu menarik tangannya. Tapi dia menepis semula.

"Wow bro! What's wrong with you?" John memerlinya.

"Don't ask me this bulls*** question if you already know why I could be like this!" Tanpa menunggu lagi, dia terus beredar keluar dari kelab malam yang semakin menyesakkan jiwanya malam itu.

.......

Pagi itu,

Aku terbangun sendiri tatkala jam telefonku berbunyi menandakan sudah masuk waktu Subuh. Kelihatan Mikail masih dibuai mimpi disebelahku dengan tangannya berada di atas perutku. Aku tersenyum.

Tak sabar rasanya ingin melihat anakku yang wajahnya mesti seiras dengan papa dan mamanya.

I love you abang!

Aku mendekatkan wajahku ke hidungnya yang mancung lalu dikucup dengan pantas.

"Sayang, bangun. Sara nak solat subuh dengan abang." Matanya dibuka dengan perlahan sambil digoyoh kerana masih mengantuk.

"Sorry sayang. Abang terlalu mengantuk sampai tak sedar dah masuk Subuh. Sorry again dear!" Dia lantas bangun dari pembaringannya dan masuk ke dalam tandas untuk mengambil wuduk.

Aku pun tersenyum sahaja tanpa sempat berkata apa-apa. Yang pasti aku sangat cintakan suami aku sekarang ni. Kalau dia tiada, aku tak tahu aku kuat atau tak?

.......

Mark pulang ke rumahnya dalam keadaan tidak terurus.

"Where did you go oppa?" Jane mencengkam baju Mark di bahagian leher kerana dia terlalu marah akan sikap abangnya yang amat ketara berubah setelah pemergian Mira.

"Stop Jane. Don't interfere my problem. Just do your work!" Ditepisnya tangan Jane. Dia berasa rimas dengan sikap adiknya yang tak habis-habis mengongkong hidupnya.

"How long you want to become such this way? Abang tidak kesiankan omma dengan appa ke?" Jane mengeluh sambil matanya menahan tangisan.

Mark terus mendaki tangga tanpa menjawab soalan adiknya itu.

Di dalam bilik,

Selesai membersihkan diri, Mark duduk di atas katilnya sambil tangannya lincah bermain telefonnya. Wajahnya tersenyum seketika apabila gambar di lock screennya memaparkan wajah Mira.

"Mira kenapa awak tinggalkan saya? Kenapa awak tidak boleh beri peluang dekat saya untuk jaga awak?" Kelopak matanya basah seketika. Entah kenapa sebelum ini dengan bekas kekasihnya yang lain, dia tidak berasa seperti apa yang dia rasa dengan Mira.

Tuk!tuk!tuk!

Ketukan di pintu biliknya membuatkan Mark cepat-cepat mengelap matanya yang basah.

"Masuk!" Kelihatan Mrs Tan masuk ke dalam.

"Omma?" Mark membeliakkan matanya.

"Anak omma sihat?" Mrs Tan mengusap kepala satu satunya anak lelaki yang dia ada bersama suaminya itu.

Mark mengangguk lemah. Dia rasa lemah setiap kali melihat wajah ibunya yang seakan merayunya untuk tidak menjadi seperti itu.

"Omma, mianhae~yo." Mark lantas memeluk tubuh emaknya dengan erat sambil ditemani dengan air mata yang semakin mengalir lebat.

"Gwaenchana. Omma tak marahkan kamu. Tapi omma tak mahu kamu jadi begini. Omma rasa kamu macam tak mahu hidup lagi." Diusapnya ubun-ubun Mark dengan lembut. Dia sayang sangat anak lelakinya itu.

Mark tersengih walaupun matanya masih lembap dek tangisan yang baru dialaminya tadi.

"Omma cuma nak kamu bahagia. Omma tahu dia yang terbaik buat kamu. Walaupun sekarang ni dia tinggalkan kamu dan balik ke Malaysia."

Mark mengangguk. Dia pasrah dan dia akan menunggu kepulangan Mira ke pangkuannya. Dia tak akan mengalah kerana dia tahu dia akan memiliki gadis tersebut jua.

......

Mataku meliar di sekeliling dapur melihat apa yang ingin dimasak olehku pada hari ini.

"Nak masak apa ye?" Pelbagai soalan bermain di mindaku.

Tatkala itu, sepasang tangan yang kekar meliar di pinggangku lalu dipeluknya dengan erat. Dicium telingaku yang berada di sebalik rambutku yang panjang mengurai dilepaskan.

"Sayang, hari ini tak perlu masak untuk abang." Dipalingkan tubuhku menghadapnya. Kelihatan dia hanya mengenakan tshirt bersama seluar pendek berwarna hitam.

"Habis nanti abang nak makan apa?" Aku melingkarkan tanganku di lehernya sambil menjongketkan keningku.

Dia tersengih.

"Sayang nak abang makan sayang ke? Buat muka macam tu. Ingat abang tak pandai ke?" Dia mengetatkan lagi pelukannya di pinggangku sehingga terasa senak.

Tatkala itu, pernafasanku terasa sesak. Aku kian lemah. Pegangan di leher Mikail mula terlepas.

Bum! Aku jatuh menghempas ke lantai. Dan aku tidak ingat apa yang terjadi pada aku.

......






TBC

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now