Bab 58

3.1K 121 9
                                    

.......

"Tok, kenapa dia macam dah tak pandang saya. Dia patutnya hanya ingat saya saja bukan isteri dia tu!" Liyana memberontak.

"Kamu ada langgar pantang ke?" Soalan tok bomoh tersebut membuatkan Liyana terdiam.

Pantang? Mana mungkin sebab dia masih lagi menyimpan tangkal tersebut bawah katil dia. Memang tiada siapa yang akan tahu....

"Kalau kamu masih degil, jangan lupa perjanjian kita di mana mayat ni akan tuntut dan dampingi kamu." Liyana mula cuak melihat mayat yang sudah berbau busuk dan hitam itu di sebelah tok tersebut.

"Baik tok...." Dia dah gentar. Walaupun dia memang berniat nak runtuhkan hubungan Mikail tapi dia masih takut dengan semua ni.

"Tapi kamu harus berhati-hati sebab dah ada yang tahu tentang perbuatan kamu ni. Jadi apa-apa, tolong berjaga-jaga." Tok bomoh tersebut memberi amaran.

.......

Sara pov

Aku pulang setelah selesai berjumpa dengan Hazim. Fikiranku seakan melayang apabila sering memikirkan tentang apa yang sudah berlaku.

Aku kecewa dengan Mikail dan sebaliknya aku berasa rindu dengan segala yang berkaitan dengan dirinya itu.

"Sara, macam mana?" Ibu dan kak Mira menyambut kepulanganku di muka pintu. Kelihatan Ain yang sedang berada dalam dukungan kak Mira sudah dibuai mimpi.

Aku mengeluh.

"Biarlah dekat dia ibu. Sara dah penat." Aku mengambil alih Ain lalu mendukungnya yang masih terpejam mata.

"Sara memang tak mahu bagi peluang dekat Mikail ke? Ibu tak rasa itu perangai dia." Mataku terus terarah ke ibu.

"Kenapa ibu cakap macam tu? Ibu nak Sara terseksa dengan dia. Dengan apa yang dia dah buat dekat Sara dan anak kami, ibu rasa Sara masih ada rasa kesian ke dekat dia?" Aku meluahkan rasa geram yang terbuku di hatiku.

"Takpelah adik pergi masuk. Esok dah nak bertolak. Nanti lambat pula." Kak Mira menarik tubuhku masuk ke dalam. Dia tahu aku tengah marah.

Mira pov

"Ibu, maafkan Sara ye. Dia tertekan sangat tu. Akak tak rasa dia maksudkan apa yang dia cakap tadi. Bohonglah kalau kata dia tak sayangkan Mikail." Aku mengusap bahu ibu yang sudah berubah wajahnya.

"Ibu rasa ada yang tak kena dengan Mikail. Kita kena siasat siapa punya kerja semua ni." Ibu masih berkeras.

Tatkala itu,

"Sayang jom!" Mark menghampiriku.

"Eh! Kamu berdua nak ke mana?"

Kami masing-masing tersenyum seketika.

"Nak pergi date kejap ibu. Tak lama pun. Nanti akak balik.

"Ye ibu. Saya pinjam Mira sekejap." Mark berseloroh.

"Mark ni. Bawalah Mira. Ibu tak kisah pun. Dia kan isteri kamu."

Kami masing-masing gelak.

.......

Sara pov

Aku terus menghilangkan diri dalam bilik. Dadaku aku usap bagi menghilangkan rasa sebak yang bertamu.

Ya Allah kenapa susah sangat dia nak bencikan Mikail? Aku memperlahankan suara supaya tidak kedengaran tangisanku.

Aku pandang anakku yang sudah aku letak di atas katil. Aku menghampirinya.

Wajahnya yang persis Mikail aku usap lembut. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa kasihnya aku terhadap zuriat kami berdua ini. Hanya dia sahaja yang menjadi kekuatan aku untuk teruskan hidup.

Teringat kembali sewaktu di pejabat Mikail. Ketika dia membaca surat cerai yang aku berikan. Aku nampak wajahnya sedikit muram apabila aku membincangkan perkara ini dengannya tapi apa aku boleh buat. Hati aku terlalu sakit.

"Errh....."Ain yang mula bergerak sedikit, aku tepuk perlahan punggungnya. Tidak mahu dia bangun lagi memandangkan flight aku malam nanti.

"Tidurlah sayang mama." Aku mencium ubunnya.

.......

Mikail pov

Aku membaling segala kertas yang berada dalam genggamanku. Kenapa aku harus rasa begini?

Mikail, kau dah ada Liyana. Apa lagi yang kau harapkan daripada dia?

Aku memandang kembali surat cerai yang berada di atas meja.

Terasa mataku bertakung.

Kenapa kau harus minta cerai daripadaku? Aku masih sayangkan kau Sara. Tapi hati ini terlalu ego. Itulah yang dikatakan sebagai seorang lelaki yang hidupnya memang selalu penuh dengan ego.

"Sayang, jom pergi makan." Liyana yang masuk dalam bilikku, aku pandang sekilas sahaja.

"Eh! Kenapa you menangis? You tak sihat ke?" Dia menghampiriku lalu meraba-raba dahi aku mahu memeriksa keadaan yang sebenar.

Aku menepis perlahan.

"No need Liyana. I can handle myself."

Aku tahu matanya mula tertancap ke arah borang di depannya itu kerana tangannya mula mengambil borang tersebut dan membacanya.

"Wah! Congrats dear. After this you don't have to worry about her anymore because you hanya milik I seorang." Dia bersorak kegembiraan.

Aku dongakkan wajahku sambil mataku menikam wajahnya.

"Is this what you want Liyana? I masih lagi suami dia. And I know dia tak nak pun bercerai dengan I. So you just get out from here before I change my mind!" Keras suaraku.

Dia mencebik.

"Hei Mikail. Bukan ini ke yang you nak? You told me that she can't give you anything. So what for you still keep her? Dia hanya akan menganggu kebahagiaan kita sahaja! Easy way is just let her go. Lagipun dia ada anak kan!" Aku terus bangun bila isu anak dibangkitkan.

"Ini semua salah kau perempuan. Kalau kau tak tolak bini aku. Anak aku takkan matilah! Anak aku dah mati! Aku ni bapa yang tak guna!" Liyana terus terdiam apabila aku mengherdiknya.

Buat pertama kalinya dia melihat Mikail teresak-esak menangis.

"Babe, please think wisely. I know perasaan you sekarang berkecamuk. You dah tak boleh fikir mana yang betul. But you have me. I always be at your side." Liyana memegang tanganku.

"I nak balik. You cancel je meeting I dengan Dato Hairi tu. Apa-apa inform I." Aku mencapai briefcaseku lalu beredar keluar.

Liyana pov

Aku menghentakkan kaki ku. Geram semua ada.

Aku yang kat depan tak nak. Terhegeh lagi dekat isteri kau tu. Bukan cantik mana pun!

Menyampah pula. Tapi dia akan pastikan Mikail lupa terus tentang Sara. Itu janjinya.

.......


TBC

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now