Bab 39

4.2K 112 13
                                    

..

Seorang budak perempuan dalam lingkungan umur 2 tahun berlari di dalam mimpiku. Wajahnya persis wajahku dan juga Mikail. Dia seakan memanggilku untuk mengikutnya ke sebuah tempat yang tidak dapat aku tafsirkan.

"Mama, papa akan tinggalkan kita. Papa dah tak sayang kita!" Dia memberitahu.

Tatkala itu, aku terasa seperti dahiku digosok perlahan. Aku membuka kelopak mataku yang terasa berat untuk dibuka. Kelihatan Mikail sedang memandangku dengan wajah yang muram. Dia seakan risau sesuatu benda.

"Abang?" Aku mencapai tangannya. Lantas dia memandangku dengan mata yang terbeliak.

"Maafkan abang, sayang!Semua ni salah abang. Kalaulah abang tak peluk badan Sara kuat-kuat, Sara tak akan pengsan sampai macam ni."

Aku tersengih. Kesian suami aku. Dia punya rasa bersalah tu sampai tak boleh nak describe muka dia macam mana.

"Abang, Sara okay jelah. Tengok! Sara dah boleh bangun macam biasa." Aku memberitahunya sambil memusing-musingkan badanku.

Tiba-tiba, dia memegang bahuku membuatkan pergerakanku terhenti.

"Sara ada benda ke yang belum bagitahu dekat abang?" Anak matanya tajam melihat aku.

Aku terdiam. Adakah dia sudah tahu?

........

Mira memandang biliknya yang sudah lama ditinggalkan sejak hari bakal perkahwinannya itu tak berlaku.

Sambil memikirkan tentang masa silamnya, pintu bilik dibuka dari luar. Kelihatan Puan Zalina dengan wajah yang tersenyum masuk ke dalam bilik.

"Mira tengah buat apa? Tak tidur lagi ke?" Puan Zalina menghampiri anaknya yang sedang duduk bersila di atas katil.

"Tak ngantuk lagi ibu. Mira rasa nak nikmati angin Malaysia. Lama tinggal Malaysia ni." Mira menyengih

"Mira sihat ke dekat sana? Apa-apa jadi kat anak ibu ni?" Puan Zalina mengusap kepala anaknya itu. Sudah lama dia tidak melihat anak perempuannya itu.

"Alhamdulillah!" Mira mengangguk.

Setelah lama menyepi, Mira mengutarakan sebuah soalan kepada ibunya.

"Adik okay dengan Mikail?" Walaupun dulu dia masih sayangkan Mikail tetapi sekarang perasaannya terhadap Mikail semakin pudar dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya.

Puan Zalina mengangguk.

"Ibu seronok sangat tengok perubahan Mikail terhadap Sara. Kalau Mira nak tahu, selepas Mira tinggalkan Mikail, dia seakan tak boleh terima kehadiran Sara. Tapi alhamdulillah, sekarang ni dia dah insaf. Dia dah boleh terima Sara." Mira tersenyum.

Itulah doa dia setiap hari sewaktu di Korea. Dia berharap sangat yang Mikail akan melupakannya dan terus fokus terhadap adiknya sahaja.

......

Aku hanya mendiamkan diri sahaja bermula dari dalam kereta hinggalah pulang ke rumah.

Tatkala aku ingin mendaki tangga untuk naik ke atas, Mikail meraih tanganku dengan lembut. Aku pantas memalingkan wajahku menghadapnya.

"Kenapa Sara tak bagitahu dekat abang yang Sara mengandung?" Anak matanya menikam mataku. Dia seperti mengeluh.

Aku masih menyepi.

"Abang tak penting ke untuk tahu pasal Sara?" Aku terus memandangnya dengan wajah yang berkerut seribu.

"Kenapa abang cakap macam tu?" Aku dapat rasakan yang Mikail seperti penat melayan kerenahku.

"Abang tahu Sara masih ragu-ragu dengan abang. Sebab itu Sara pilih untuk diamkan hal sebegini daripada pengetahuan abang sendiri." Dia bergerak menuju ke sofa di ruang tamuku.

Aku rasa mataku berair. Aku tak minta semua ni berlaku. Aku hanya nak buat surprise dekat dia memandangkan hari ulang tahun perkahwinan kami semakin hampir.

Aku menuju ke arahnya yang sedang memicit kepalanya perlahan. Maafkan Sara abang sebab tak jadi seperti apa yang abang inginkan.

"Sara tahu kan yang abang cintakan dan sayangkan Sara sangat-sangat. Abang hanya ada isteri abang untuk tempat abang bermanja. Tapi kenapa Sara buat abang macam ni?" Dia menarik tubuhku mendekatinya.

Aku tanpa berkata apa-apa terus memeluk tubuhnya dengan linangan air mata.

"Sara cintakan abang! Jangan pernah terfikir yang Sara masih ragu terhadap abang. Sara dah serahkan segalanya terhadap abang. Anak kita ni ialah penyatuan jiwa antara kita." Aku menangis di bahunya.

Mikail mencium ubun-ubunku.

"Terima kasih sayang sebab sudi mengandungkan benih abang. Abang harap Sara ialah wanita yang pertama dan terakhir dalam hidup abang."

Anak yang dikandungkan ini melambangkan ikatan kasih sayang antara kami berdua. Aku bersyukur kerana aku diberi peluang untuk bahagia bersama suamiku.

Terima kasih anak mama kerana hadir dalam hidup mama dan papa.

Aku mengusap perutku yang masih kempis dan hanya menunggu masa sahaja....

......

TBC

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now